Assalamualaikum...
Setelah 3 kali berhempas pulas mencuba akhirnya menjadi jugak buat kali keempat. My homemade mashed potato. Penat tau. Mula-mula dulu ikut guna buku resepi. Iolls tak reti masak so guna buku resepi leeewww. Satu-satu tau aku ikut. Tak menjadi jugak Jadi setakat boleh makan je. Aku lebih suka "menjadi" yang boleh buat aku puas hati. huhuhu
Nak tengok hasil yang dulu klik sini...Hidup Ala Barat Itulah Saya
Putih pucat je. Tak macam kepci. Macam muka orang sakit. Dah la putih, pucat pulak tu. Macam VAMPIRE!!! Kira tak passed bagi aku. First time buat pun macam tu jugak. Second time pun tetap sama. Third time ummi tolong pun sama jugak warna. Akhirnya aku fed up. Google resepi, jumpa resepi yang lain dari cara aku buat. Ikut la.. Selalu orang rebus ubi dulu. Aku buat gravy dulu. Sebab???
Sebabnya kalau kuah tak menjadi boleh buang. :P
Tapi buat sikit je la supaya tak rasa bersalah nak buang. Bila dah menjadi, cecepat ambik potato dalam fridge rebus atas dapur. Dengan kulit-kulit lagi. Aku lebih suka buang kulit dulu walaupun hakikatnya rebus dengan kulit lagi manis. Bagi aku, aku lebih suka rebus "bogel-bogel". Lepas ubi dah masak terus lenyek. Tak payah tunggu sejuk baru nak lenyek,kupas kulit. Aku ni kurang sabar sikit dalam memasak. Kalau ada resepi yang boleh siap dalam masa 20 saat, aku akan buat.
Dalam masa 10 saat je. Berlari ke fridge, ambik potato. Ke sinki, basuh. Then campak dalam periuk. Nak cepat sebab kuah dah menjadi dan nak siap.Teruja gituuuwww.. Potato pun kena la cepat masak sebab tu tak menyempat nak buang kulit tu. Kentang kan lambat empuk.
Macam kepci tak?? Sama la tu. Nyum3 sedap tau. Terliur tak? Tolong la puji sikit cakap teliur. Effort tau ni sampai 4 kali. :P
Mula-mula buat gravy macam "eh terangnye warna macam pekat sangat la pulak".
Then letak air. Bila dah siap semua, letak atas mashed potato..
"uuuwwaaa...kepci gelap lagi.kenapa la gatal aku letak air tadi"
But at least menjadi kan.. :D
Lepas mentekedarah,yang lebih simpan dalam peti ais. Aku dengan adik aku makan kuah banyak. Mashed potato satu scoop je tapi gravy bersudu-sudu sebab tu yang last-last macam ketandusan kuah.
Beza kan?? Kali kelima konfem PERFECT!!!!
Lots Of Luv,
Fatin Aziz...