Friday, March 28, 2014

Entry rindu blog

Assalamualaikum...


Sejak start sem ni blog macam terabai je. Niat hati nak jadi blogger tegar tak kesampaian. Walaupun sem ni tak banyak kelas tapi assignment ya ampuuunnnn..Menimbun bagai gunung jerai. Update blog pun guna handphone sebab tak nak readers lari. Mohon datang kembali kepada yang niat nak cari port lepak kat lain. Hewhewhew. Iolls sanggup kejar uolls balik tau. Angkut sorang-sorang datang lepak sini.


Weekend hari tu aku try Google resepi. Tetiba naluri kewanitaan datang dalam kalbu hidup aku. Naluri nak masak. Well umur pun dah 21 kan. Bak kata Umi aku, dah nak jadi Mak orang dah. Excuse me Umi.. I ni baru 21 bukan 31. Tak bermimpi pun lagi nak jadi mak2 apatah lagi jadi bini. `dah jadi bini orang dah sekarang ni. Tak lama lagi jadi mak pulak`.. Oh my.. Aku tak sanggup dengar ayat tu lagi. Yang aku nak dengar ` eh dah umur 21 dah. Tapi nampak macam baru lepas SPM`… Ni baru ada selera aku nak dengar. wakakaka



Gril Chicken Chop with Mashed Potato


Untuk chicken chop ni aku gabungkan dengan mashed potato. Actually nak test power. Ingat tak lagi cara nak buat mashed potato. You know what, Iolls berjaya buat mashed potato tanpa tengok resepi. Successful!!! Gravy pun menjadi. Kalau yang dulu-dulu tak menjadi sangat. Rasa tu jadi tapi warna kurenngggg.. Kali ni punya both menjadi. Happy tu tahap rasa macam juara master chef kalah kan zamir. Ha!! Macam tu la perasaanya... Boleh imagine tak ???



Lenyek kentang sepuas hati, simbolik lepaskan stress

See..Menjadi kan warna tu. Pekat likat..Just nice. Tahap sedap tu yang GILA PUNYA SEDAP. Cair di mulut. * tangan dibahu mata ke atas*...



Tu je yang aku nak cerita.. Hahaha..pendek but padat. Konon berilmiah post aku kali ni. So guys see you when I see you. Next week aku midterm. Doakan aku ye. Seperti mana aku doakan budak degree yang nak midterm dan budak diploma yang tengah final atau bakal menghadapi final. Fighting!!!!


Jom follow saya di socia media.. :)

Instagram
Twitter
Facebook
Online Business


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Tuesday, March 18, 2014

Baru Nak Habis Tahun Dua

Assalamualaikum..


 Alhamdulillah sampai sekarang masih lagi boleh dikawal dari segi semua aspek la. Hehehe. Nak tengok boleh kawal ke tak tengok result. Kalau teruk, nahas memang di tahap bahaya tahap siren keselamatan berbunyi pastu air "hujan" pun turun. Waktu tu tak guna dah tenung result tu sebab menyakitkan hati je kan.



Sementara nak tido semalam, tiba-tiba hati kecil ni berbisik untuk tengok syarikat mana yang ambil pekerja jurusan electrical engineering. Semangat bebenor. Padahal 1 tahun lagi nak praktikal.Google punya google jumpa la satu senarai syarikat-syarikat bumiputera. Dalam 50 list tu ada la lebih dari 10 yang tawar bidang electrical ni. Electrical ni kan luas. Alhamdulillah Tuhan berikan aku kos electrical. Syarikat bumiputera perlu untuk dijadikan pilihan. Boleh dapat cuti raya panjang-panjang. Hahaha.



Zaman dulu kala, aku teringin tau nak keje kat pelantar minyak. Nak gelakkan aku? Gelaklah..Walaupun aku tau lelaki je yang bertapa kat pelantar minyak tu berbulan-bulan. Even sepupu aku yang kerja syarikat minyak pun cakap perempuan ni banyak duduk kat pejabat. Sedddiiihhh... Paling sedih bini-bini yang laki keje kat pelantar minyak. Aku taknak jadi salah seorang dari bini-bini tu. Hahaha.



Scan dengan mata aku yang agak rabun dengan power 175, aku ternampak satu syarikat yang menawarkan pekerja-pekerja untuk kejuruteraan minyak dan gas. Wow, ini geng-geng keje kat pelantar minyak ni. Usha-usha la bini diorang ni macam mana. Scroll bawah sikit. Jumpa perkhidmatan pekerja jurusan electrical engineering. Peluang peluang peluang. Tak dapat keje kat pelantar, ada kaitan pun jadilah walaupun sipi-sipi. Bertempat di PUTRAJAYA.



Impian aku nak keje kat area-aren Kuala Lumpur akan tercapai diiringi usaha dan doa. Haruslah diletak diiringi usaha dan doa. Nanti adalah suara-suara sumbang yang dok kata kat aku ni bajet bagos la bajet dapat la. At least aku berangan. Bermula dari berangan adanya usaha. :D





"Saya yang menulis. Terima kasih kerana membaca"-si gadis bertudung hijau, berbaju purple


"Wahai korang yang budiman lagi kacak dan comel2 belake..Kalau ada tempat praktikal yang best untuk budak electrical engineering ni boleh tak inform kat aku. Sediakan payung sebelum hujan. Tak nak main redah je tempat praktikal tu. So prepare awal. Tolong ek.."



Lots Of Luv,
Fatin Aziz...