Friday, November 30, 2012

Blogger Masuk Dapur

Tiba-tiba aku ditinggalkan seorang diri di rumah yang tersergam indah itu. ^_^
So, perut aku ni lapar tahap dewa. Aku pun masuk la dapur, dengan niat yang suci lagi murni nak kelentang kelentung kan dapur. Mula ingat nak masak nasi dengan lauk-lauk sikit.
Barang-barang semua dah dikeluarkan...

Tiba-tiba....

Aku terfikir, kalau aku masak lauk mesti tak habis sebab malam tak ada siapa pun nak makan. So aku pun decide nak masak western sebab senang, ringkas dan boleh makan untuk seorang. Mula-mula selongkar fridge, nampak daging. Terus pikir nak wat steak la..

Tetapi...

Daging tu kan keras lagi. Kena tunggu lama. CANCEL!!! Perut dah berkeroncong. Selongkar lagi peti ais yang boleh memuatkan aku dari hujung rambut hingga hujung kaki, then jumpa ayam. Hhhmmmm.. much better. Tak payah tunggu lama sangat.

So aku pun mula nak masak...TETAPI dapur buat hal. Kena guna lighter. Mana la aku pandai guna. Aku takut jari aku terbakar. *alasan tak boleh blah* Korang nak kutuk, kutuk la aku terima T_T

Setelah cuba dan mencuba finally dapur dapat dinyalakan. Yeay!
Siapa kata study je susah. Nak masak pun susah tau. Betakung peluh aku satu dapur. Wahaha..

GRILLED CHICKEN WITH MASHED POTATO

Indah khabar dari rupa... :(
Mashed potato macam pucat kan? Tapi biar la at least perut aku kenyang.

Aku makan sedap gila. Nampak tak betapa aku promote air tangan sendiri. :P
Siapa kata gadis modern tak boleh masak?
Boleh la masak tapi antara sedap dengan tak sedap. Wakaka..
Aku punya kategori tak sedap so jangan nak suruh aku masak ye kawan-kawanku. Hekhekhek

Korang jangan ingat aku ni asyik mengadap lappy dengan litar elektrik 24 jam je.
Dapur pun aku mengadap jugak.

Sinki jangan cakaplah. Aku ni CEO kat sinki tu. Semua barang yang ada dalam sinki tu aku yang kena basuh. T_T

Itu sahaja buat kali ini..
SEKIAN~~~

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Wednesday, November 28, 2012

Nama Panggilan Selama 19 Tahun

Kali ni aku nak cerita tentang nama-nama panggilan yang orang suka panggil aku dengan sesuka hati dan sesedap rasa.
Maklumlah bila nama terlalu panjang sampai 3 patah perkataan, macam-macam orang panggil. Mana taknye nama "Fatin" tu teramatlah ramai.

"NUR FATIN SHAZWANI"

Nama Panggilan Pertama

SHAZZY
Waktu ni kalau tak silap form 2 kot. Tengah famous penyanyi hip hop shazzy waktu tu. Memandangkan nama aku SHAZWANI kat belakang, so diorang panggil shazzy. Aku mengamuk kot waktu tu sebab macam pelik. Wakaka *betapa tidak matang*

Nama Panggilan Kedua

SHAZWANI
Nama ni biasanya cikgu-cikgu la suka panggil. Aku pun tak tahu kenapa cikgu suka panggil aku dengan nama shazwani. Padahal panjang kot kalau nak compare dengan fatin.

Nama Panggilan Ketiga

FATIN S
Form 4 dulu, ada 3 orang nama fatin. Dan kitaorang ni bestfriend. Boleh imagine tak macam mana kitaorang hidup satu geng dengan nama yang sama? Haha. Seorang Fatin Fakhira, Sorang lagi Fatin Munawwarah dan aku Fatin Shazwani. Akhirnya kawan bagi nama Fatin S ( short form Fatin Shazwani). Yang 2 orang lagi FATIN F dan FATIN M. Terbaik!!!

Nama Panggilan Keempat

FATIN SQUARE
(Fatin Kuasa Dua)
Disebabkan form 5 pun kitaorang satu kelas and still bestfriend, orang panggil FATIN SQUARE. Sorang Fatin dan sorang lagi Fatin Cube ( Fatin kuasa 3). Ni semua gara-gara Addmath!!!

Nama Panggilan Kelima

ATIN
Ni pulak kawan-kawan masa kat asasi dulu. Aku tak pernah pun suruh diorang panggil Atin tapi tak tahu la macam mana boleh lekat. Actually aku tak suka sangat nama Atin ni sebab nampak macam manja. Muehehe ^_^

Nama Panggilan Keenam

TIN
Nampak tak semakin meningkat waktu, semakin singkat nama aku. Tak kira lelaki atau perempuan. Tiap kali mesej je "tin". Panggil aku "tin". Jerit nama aku "tin". Kawan-kawan asasi dan U sekarang ni. Dah rasa macam diri ni tin biskut, tin milo la pulak :P




Wassalam~~~

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Sunday, November 25, 2012

Penat

Salam uolls..
Apa yang penat? Siapa yang penat?
Aku lah yang penat. Pejam celik pejam celik pejam dan masih lagi celik sekarang, tup tup dah nak hampir final. Tak sangka la pulak. Rasa macam baru semalam berorientasi. Dalam tak suka belajar kos yang bukan pilihan, dah nak final pun. Kalau macam ni, tak lama lagi tanpa disedari, aku dah final year weh! Yeay!!!

Siapa cakap belajar kat degree senang. Sekolah lagi best weh. Ye SEKOLAH. Budak-budak sekolah tolonglah jangan merungut if korang rasa penat atau susah sebab once korang semua masuk universiti barulah korang akan rasa macam nak jadi budak sekolah balik. Mesti korang rasa dah basi benda ni sebab mostly bekas-bekas student mesti cakap benda yang sama. Dont worry aku pun pernah berada di tempat korang. Seniors, parents semua cakap kat aku nanti aku akan rindu sekolah tetapi dengan riak dan takbur ditambah sikit dengan sombong aku cakap "takkan rindu punya. Bukan best pun hidup budak sekolah. Peraturan sana sini".

Yang part peraturan tu la korang akan rindu. Belajar kat universiti memang best. Korang nak pakai apa-apa pun takpe tapi janganlah keterlaluan. Tapi bosan kot. Aku dah tak tahu nak pakai baju apa. Semua baju aku dah pakai. Dah boring dah. * over* Kalau waktu sekolah, korang tak payah pikir nak pakai baju apa, warna apa. Dah tentu-tentu warna putih! Kat sini, hari ni pakai merah and esok merah, orang tegur. Hari ni baju kurung, esok pun baju kurung, orang tegur jugak. Kat sekolah ada orang tegur? Except yang langgar peraturan sesesuka hati sesedap rasa.

Belajar kat sini memang best. Kelas 2 jam, rest 4 jam. Pastu kelas sejam, rest 5 jam. Kadang-kadang, sehari tak ada kelas langsung. Tapi korang ingat boleh melangut waktu-waktu rest tu. Assingment menggunung kiri, kanan, depan, belakang,atas, bawah. Tutup mata dengan assignment, buka mata tengok assingment. Nak update blog pun tak ada masa free. Kena tunggu kelapangan. *Habis fatin yang ko asyik update blog tu boleh pulak?* Bak kata Fatin Liyana, sesibuk mana pun kita, masa tu harus dicari. Yeah! Im agree!

Aku baru tinggal seminggu tak update blog ada orang tegur dah. Termengah-mengah aku menaip before nak kejar bas pergi kelas. *Wahaha..Macam ada peminat la kan* Ok lah ni je buat hari ni. Just a simple entry! Nak tido dulu. Tido itu perlu untuk fokus dalam kelas petang-petang ni...*bagos sungguh alasan itu ^_^*

Lots Of Luv,
Fatin Aziz..

Wednesday, November 21, 2012

6 Ciri Wanita Tak Layak Jadikan Isteri

 Terkejut atau tidak yang fatin aziz sedang membincangkan soal isteri mithali?
Ye ini memang owner blog ni yang menaip. Tak tipu. -_-
 Faktor usia la katakan, memang seronok pun cakap benda-benda macam ni. Aku pergi kelas, dalam kelas, atas bas, turun bas, tunggu lecturer masuk kelas,semua bercerita pasal kawen. Dah naik menggelegak tahi telinga aku dengar.

Jom kita baca kat bawah ni. Semoga mampu mengubah kita sebelum terlambat. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Eh3 ada kena mengena ke? Mesti la ada kena mengena. Nak kawen pun kena prepare fizikal dan mental jugak. Ye dok? Jangan main terkam je. Nak kawen, terus je kawen.






1. Al-Anaanah:
Banyak keluh kesah. Selalu merasa tidak cukup, apa yg diberi semua tidak cukup. Diberi rumah tidak cukup, diberi motor tidak cukup, diberi kereta tidak cukup, dll. Tidak redha dengan pembelaan dan peraturan yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa mengira perasaan suami, tidak hormat kepada suami apa lagi untuk berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yg suami beri pun tidak pernah puas. Ada saja yg tidak cukup.


2. Al-Manaanah:
Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tidak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Padahal suami sudah memberi perlindungan bermacam-macam padanya.


3. Al-Hunaanah:
Ingin pada suami yg lain atau berkenan kepad lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami / lelaki lain. tidak redha dengan suami yang ada.


4. Al-Hudaaqah:
Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan pelbagai ancaman seperti ingin lari dari rumah, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami, dll. Suami dibuat seperti kulinya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.


5. Al-Hulaaqah:
Sibuk bersolek atau tidur atau bersantai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak2, dll.


6. As-Salaaqah:
Banyak bercakap, menggosip. Siang malam, pagi petang asik menggosip saja. Apa saja yang suami lakukan selalu tidak betul dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan sahaja bercakap di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, facebook dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.


Tak ada niat nak mengaibkan sesiapa. Sekadar berkongsi pengetahuan di samping jadikan panduan dalam hidup suatu hari nanti. 
InsyaAllah~~~ 


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Sunday, November 18, 2012

Geledah Popular

Yippiiii!!!
Beli novel lagi...
Nak beli 3 tapi tunggu dapat baucer buku la. Hekhekhek.
So beli 2 je...

Me: Abah jom gi popular.
Abah: Nak buat apa?
Me: Beli novel.
Ummi: Tak habis-habis dengan novel.
Me: (dalam hati)* aku beli nanti ummi yang baca dulu. wait and see!*

Ni la 2 novel yang aku beli. Actually novel Suami Aku Ustaz tu dah pernah baca intro kat web Penulisan2u. Tapi tengah best layan, pengarang tu sambung ke media cetak. So terpaksa la aku geledah popular. Buat macam popular tu aku yang punya!

Ye aku tau novel ni dah lama. Aku kan kuno bin kudis so biar la. :P
Yang satu lagi tu aku beli sebab best seller so aku teringin nak beli plus nak belajar pikat my future husband. Ahaks!

Kepada peminat tegar belog ini, *bajet lebih ko fatin* sekiranya belog ini kelihatan tidak beroperasi, sila faham sendiri ye. Maksudnya, pengurusnya tengah melayan perasaan leleh baca novel sambil kotak tisu ada kat sebelah.
Masa yang terluang akan dihabiskan untuk novel bukan lagi belog. Maaf daku terpaksa curang dengan mu buat sementara waktu. Wekkkk..*geli geleman*

Sekian~~~
Buat macam belog sendiri ye. Nak sepahkan, silakan tapi jangan sampai yang keterlaluan. Nak orang jaga perasaan anda tolong jaga perasaan orang lain dulu...
Wassalam~~~


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Friday, November 16, 2012

Kenali 5 Sifat Wanita Melalui Bantal






1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
seni & manja . Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan.
Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
Mereka jarang membuat keputusan sendiri,
sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan
boleh menerima keadaan seadanya.
Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik.
Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.




Untuk yang ni aku sendiri tak sure no berapa. Macam semua style je aku tido. Hahaha.
Tak sangka pulak dengan bantal pun boleh kenal sifat wanita. Siapalah kaji benda alah ni. Lepas ni apa pulak ek. Nak kena google lagi ni. Explore mana tahu lepas ni katil ke, tilam ke, cadar ke...Bhahaha.

Korang no berape?

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Thursday, November 15, 2012

Shawl From Celesta Hijab

Yeay I got very beautiful shawl from Celesta Hijab!!!
Free of charge.. Lucky of me. Hehe..

Baca kisah aku kejap..

Pada suatu hari, (bajet) ada satu blogger follow aku. So aku follow la balik. Rupa-rupanya blog online shop rupanya. Aku pun follow la sebab aku mengamalkan konsep friendly. Ahaks!

Selang beberapa hari, aku dapat mesej kat shoutbox yang suruh aku bagi alamat and so on. And that was from celesta hijab. Aku pun buka la fanpage kat FB. Scroll punya scroll, aku ternampak status update yang celesta hijab ni tengah wat giveaway bagi blogger yang bertuah yang follow blog diorang yang baru create. Ini dinamakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tau. Tak sangka-sangka aku adalah blogger bertuah tu. Tak pernah-pernah aku bertuah. Hekhekhek. 

Orang dok wat contest sini sana aku tak peduli pun sebab aku tau jarang aku ni nak bertuah. Even cabutan bertuah dari sekolah rendah sampai sekarang pun aku tak pernah menang. Mungkin ni rezeki aku. Alhamdulillah.. Nasib baik aku ni jenis peminat shawl. Kalau tak, bertuah sungguh orang yang aku akan bagi nanti. Hehe..

So pesanan kepada blogger yang suka join contest tu dan contest ni untuk dapatkan hadiah adalah bersabar.. Aku yang tak tahu menahu tetiba dapat hadiah. Korang-korang yang join bagai nak rak follow sana follow sini mesti angin satu badan dengan aku kan. :P

Cer layan gambar gedik manis aku dengan shawl celesta hijab :P

Ummi: Apa ni?
Me: Shawl..
Ummi: Beli online?
Me: Tak la. Orang bagi.
Ummi: Siapa bagi?
Me: Adalah blogger tu?
Ummi: Kenapa dia bagi?
Me: Dah dia nak bagi.
Ummi: Takkan bagi saja2..
Me: Dia buat contest siapa follow blog dia dapat shawl.

*agak2 mak aku percaya tak? siasat macam polis..haha*
Ingat secret admirer la tu~~~
Sekian...



Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Tuesday, November 13, 2012

Contest I Choose To Wear Hijab


  Salam~~~
Hari ni tiba-tiba meronggeng satu blog yang follow aku nampak la contest ni.. Hati ni tiba-tiba rasa terdetik nak join. Dont ask me why. Sebab berlaku tanpa niat. 
Wekkk..
  Ayat sungguh tak boleh blah..

 


Syarat contest ni anda perlulah pertaruhkan gambar anda berhijab yang anda rasakan anda terlalu cantik. Hek3
So aku pilih gambar kat bawah ni untuk contest ni. Anda pun boleh join. Cuma click banner kat atas tu. Menang kalah tu normal. Just for fun. *peace*











 Syarat syarat : 

  1. Buat entry bertajuk "Contest I Choose To Wear Hijab" dan letak banner di atas
  2. Letak gambar yang korang pertaruhkan

Hadiah :

1st prize
RM50
Maxi skirt
Bawal plain
Review blog

2nd prize
RM30
Maxi skirt 
Review blog

3rd prize
RM20
Bawal plain
Review blog

 7 saguhati (Random.org)
Bawal plain (sehelai setiap seorang) + Review blog (untuk 3 pemenang)
Topup RM5 + review blog (untuk 4 pemenang)

Sila follow blog dan twitter sponser topup! 


Tarikh tutup : 7 Disember 2012 (sebulan je)

Kepuasan Meatballs IKEA :)

Salam..
 Before tu read this conversation:

Ummi: Esok kita gi Ikea nak?
Me: Ha??? Nak gi Ikea? Buat pe? Kita makan meatballs nak? -_-
Ummi:??@@???$$$!!
Me: Orang cakap sedap. Jom la try.
Ummi: Orang tu siapa??
Me: Ala orang la... :P

Keesokkan harinya di depan ikea restaurant...

Abah: Nak makan meatballs ke?
Me: Ntah.. Ikut la..(dalam hati JOM LA)
Abah: *terus masuk dan beratur*
Me: * finally boleh makan meatballs*

Tolong lah terliur ye. Aku tengok pun rasa nak makan lagi walaupun dah melantak.


Walaupun belajar kat KL dulu tapi tak pernah plan nak makan meatballs sebabnya apa kejadah nak pergi IKEA semata-mata nak makan benda alah ni. Kalau nak pergi beli perabot ada faedah jugak.
Diibaratkan orang mengantuk disorongkan bantal. Yeay!!! Dapat jugak makan.. Seriously sedap sangat. Dan harga pun "sedap" sangat untuk dibayar..Hehe

Me: Abah sedap tak meatballs ni? Sedap kan?
Abah: Tak sedap pun.
Me: Eleh ye la tu tapi makan over dari orang yang order. Ummi, sedap tak?
Ummi: Sedapppp.. Cheese dia sedap. :)
Me: Abah, nanti kita makan lagi ek. :P
Abah: asbhdgwhfwuhfjhrfrhfuerfu

Sekian~~~

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Sunday, November 11, 2012

Cara Berjalan Wanita ( Lelaki Pun Boleh Baca)

 Memandangkan aku tak ada kerja sepanjang cuti midsem ni *assignment menggunung sebelah laptop* aku pun skodeng la blog-blog kawan aku. Then terjumpa artikel ni. Aku memang suka baca benda-benda yang dikaitkan dengan personaliti ni.

Baca pastu baca. Aku pun senyum sorang-sorang. Bukan gila okay!
Nak tau aku yang mana?
Korang baca dulu dan tengok korang no berapa lepas tu kita COMPARE!!!




1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.




Dah baca? Korang no berapa?
Aku no 3!!! Siapa sama? Give me five.
Banyak kali juga aku cuba untuk kurangkan jalan menunduk ni sebab bagi aku jalan menunduk ni macam budak nerd atau yang tak berapa nak betul.Tapi lepas baca artikel ni terus bangga you olls. Nak jalan menunduk terus la macam ni. :P

Berbual dengan orang yang rapat adalah diri aku. Orang yang tak kenal aku akan label aku sebagai pendiam tetapi orang yang rapat dengan aku akan segera menjuihkan bibir sambil berkata
 " dia ni pendiam? dia ni la yang paling mangkuk ayun dalam geng kitaorang"


Bersikap dingin pun betul gak. (wah terus terang ko fatin!!). Aku ni dingin bertempat. Aku jenis tak suka kalau aku tengah ada problem orang pergi dekat aku then tanya aku " kenapa ni?" , "ceritalah kat aku", "siapa buat ko sakit hati?"  Aku akan cerita jugak nanti tapi biar aku reda dulu karang tak pasal-pasal aku marah kat orang lain, kawan aku pulak kena penyepak bertuah aku (wow ganas minah ni)


 
Yang paling penting...." dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya."  Tolonglah percaya kat aku. Aku tak tipu * sambil buat muka comel*
Aku tak pernah bercinta even cinta monyet so once aku bercinta nanti, akulah wanita paling setia sekali..Muehehe..

Promote diri jap. Cinta muka buku dah banyak. Cinta blogger ada ke belum ek? Kena cetus fenomena baru ni...*tangan di dagu*


Kbye~~~

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Tuesday, November 6, 2012

New Header!!!

Really wanna to thanks to miss cikumi for giving a cute header of course like me. Ahaks.
For my beloved friend...
Thanks tau umi tolong wat header cute kat aku. Nanti aku suruh lagi. Hekhekhek.
Btw comey sangat-sangat and aku suka!!!
Yeay ada header baru....

Korang jom terjah blog cikumi ni. Blog dia comey tau sebab tu aku suruh dia wat. hehe.
Klik nama dia kat atas untuk tengok blog pinky miliknya...




Comey kan? Siapa kata tak comey pakai spec mata hitam. Kalau nampak jugak ambil garpu cucuk mata biar tak nampak terus. Emo tak?


miss cikumi baju yang warna hitam tu ye. Ni gambar lama. Muka pun bebudak lagi. Nak tengok muka matang sila la jenguk blog tuannya..hehe



Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Sunday, November 4, 2012

Segmen :Jom UP Follower Sampai 1000 ++


 Nak tambah followers tak?? Jom join segmen ni. Klik banner tu ok. Jangan terkejut ye kalau aku join segmen macam ni. First time you olls. Sebenarnya tak ada benda nak update so aku join la. Lagipun aku bukak blog kawan aku tengok dia join aku pun join la jugak. Disebabkan kawan aku tu kaki contest, semua benda dia join aku pun dah terikut. Hehehe... Just a simple segmen...


Lots Of Luv,
Fatin Aziz..

Friday, November 2, 2012

Cara Saya Ber-blog

Salam to all bloggers out there..Cewwaahh cakap omputih la plak.
Aku seorang kaki blogging ke? Tak lah. Aku seorang "tangan" blogging. Kalau kaki nak taip macam mana. Tuhan bagi tangan, guna sebaik-baiknya.Hehe..

Dulu ada orang tanya kat aku, aku ni update blog tiap-tiap hari ke. Tiap kali masuk blog aku je ada entry baru. Gila aku nak update hari-hari!!! Ha, kan dah kena.Yang ber-update 3 kali seminggu ni pun pecah otak aku nak pikir story yang aku nak cerita kat sini.

Aku tak adalah update hari-hari tapi jenguk sini hari-hari adalah. Kadang-kadang dalam seminggu mungkin sehari dua aku tak jenguk. Tu maknanya aku tengah busy dengan assignment yang berbukit-bukau dan bakal menjadi gunung Everest tak lama lagi kalau yang ada pun tak siap lagi.


Ni la cara aku!!! Laptop di depan mata bersama assignment. Mana aku pilih..Cer teka. Ahaks
Sebab tu assignment tak pernah nak siap awal :P


Cara aku ber-blogging...

1) Kalau ada cerita baru aku akan update tapi simpan sebagai draft. Begitulah setiap kali aku buka blog. So dalam draft memang banyak la entry yang belum di publishkan. Kalau minggu yang terlalu sibuk, aku akan gunakan autopublish. So semua entry-entry aku akan keluar automatik tanpa ada tuannya. (ala-ala robot gitu)

2) Setiap kali aku on9, akan ada 3 tab yang aku buka sekali gus. Twitter, facebook dan blog. Setiap kali aku on9 jugak lah aku akan ping-kan entry-entry aku kat group-group blogger. Walaupun entry tu yang dah lama. Motifnya adalah nak ramaikan pengunjung dan pembaca. Tak nak blog ni tergendala lama sangat.

3) Yang paling bermasalah bagi para blogger adalah nak cari idea ber-blog. Cara aku, kalau tak ada HOT story, aku akan cari perkara-perkara yang boleh dibahaskan contohnya, cinta, peribadi individu, kegemaran dan sebagainya yang luar dari konteks cerita peribadi aku. Kalau dah memang ketandusan jugak, aku akan promote iklan churpchurp. Walaupun tak ada orang baca, dapat income 20 sen pun jadilah.


Tiga je cara aku. TIGA okay.. Tak perlu banyak-banyak..



Blogging is my passion!!!
Wassalam...

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...