Thursday, May 23, 2013

Pakcik Kawen, Aku Study...

Assalamualaikum..

Kalau diikutkan jam aku waktu Malaysia campur Afghanistan sekarang ni jam 12:28 am pada tarikh 24/5/2013 mengikut garisan khatulistiwa. Ayat macam budak pernah failed Geografi. Ehem3 saya A ok geografi walaupun waktu sekolah dulu nota tak pernah nak siap.Ish dah pagi ni. Anak dara tak boleh tido lewat-lewat nanti bangun susah takde siapa nak masuk meminang.


Hello...


Ni anak dara zaman moden. Tido lambat tapi bangun awal (kadang-kadang). Persoalannya sekarang kenapa aku tetiba rajin menaip pagi-pagi ni? Jawapannya adalah aku baru je habis makan burger segedabak besar. Jangan nak pelik ye. Saya ada alasan tersendiri mengapa saya makan lewat malam. Tengah hari tadi aku makan pukul 12, malam aku ada test. Before test aku tak makan so sebab tu la test tadi aku tak boleh jawab (alasan). Jadi bila dah balik, nak meraikan dengan jayanya kerana dapat menulis jawapan untuk semua soalan walaupun pada hakikatnya aku hentam je, aku belilah burger. Kira ok pe. Bebudak lelaki semua pukul 11 pergi lepak kedai makan order nasi goreng kampung la, mee mamak la. Kesian tau makcik pakcik kedai tu nak balik tido. Aku ni kan budak yang baik...



Bila dah terbongkang kekenyangan haruslah melawan nafsu yang menggila daripada mengular/berbaring/bergolek/termenung di atas katil. Aku ni bila dah duduk atas katil bilang sampai 3 dah berdengkur. So tolong elakkan aku dari duduk di atas katil ye. :P
Cari punya cari inisiatif lain untuk tidak berada di atas katil buat masa terdekat ni, perkara paling mustajab ialah online. Ni je ubat untuk mengantuk bagi budak-budak universiti ni. Belajar sejam, ngantuk, online kejap, tapi hakikatnya berjam-jam. Nisbah online lebih banyak dari study. :P



Kawan aku cakap gambar ni macam teletubbies. Jahat betul la ko. Nasib baik lelaki, kalau perempuan dah lama makan siku aku masak lemak cili api.


 Sebagai selingan je. Takde gambar terbaru. Takde masa nak berphotoshoot memandangkan aku dah nak final. Keadaan muka dah terurus. Jerawat semua nak tumbuh. Minyak semua nak keluar. Kepada yang takde minyak tu boleh contact aku sebab aku ni pun pengeluar minyak jugak.



Minggu depan, minggu akhir aku kuliah. Lepas tu aku akan mengadap study week yang penuh dengan ketekunan seolah-olah masa itu emas. Nak turun beli nasi pun rasa macam "ish masa berjalan. Nak salin baju lagi. Nak jalan ngok ngek ngok ngek lagi. Semua masa tu kalau aku guna untuk study dah habis satu chapter aku rasa"


Masa tu lah, baju dah pakai berbaldi-baldi tak basuh. Buku bertimbun-timbun atas meja malas nak kemas. Kertas-kertas nota bertaburan di lantai. Mangkuk pinggan kat sinki tak berbasuh-basuh, nak guna baru basuh. Kasut-kasut main campak je bila nak masuk rumah, takdenye nak susun elok-elok. Dalam rumah akan jadi sunyi sepi dan tenang, semuanya study dengan tekun sekali. Syabas HOUSEMATES!


Paling tak best, waktu study week, pakcik aku kawen. Pakcik oooo pakcik..tak sabar nak kawen ke sampai tak menyempat nak tunggu anak saudaramu ini habis exam. Antara pakcik kawen dengan study mana aku pilih? Konfem la aku pilih balik kampung untuk pakcik kawen tapi semua tu angan-angan. Ummi aku dengan abah suruh duduk asrama, study.


 "Tingkatkan prestasi, kurangkan C, berdiri di atas usaha sendiri."

Ehem3..Aku tak dapat C ye untuk subjek sem lepas. Tapi nak bagi sedap slogan tu aku letak lah C, dah tak tau nak letak ape.



Untuk makcik-makcik yang lain, tolonglah kalau dah happy sambut wedding tu janganlah tag gambar-gambar kawen kat FB dengan niat riak dan takbur nak jeleskan aku. Aku tak jeles pun. -_-




p/s: Panjang pulak la entry ni. Nak delete sayang. Berpeluh otak aku pikir ayat supaya tak tungging terbalik bahasa aku. Btw rasanya dah boleh tido kot. Makanan pun dah lalu large intestine kot.. 


Lots Of  Luv,
Fatin Aziz...

Thursday, May 16, 2013

Adik Aku Cakap Aku Masuk Universiti Belajar Binggo

Assalamualaikum semua...
Good morning.
Waktu aku taip entry ni pagi so kalau publish malam tu korang layan je la ye.


Asyik cakap pasal busy dengan assignment, test, tutorial boring la pulak. Kat twitter dah penuh aku menghempaskan stress aku so kat blog ni sudah-sudah la bercerita pasal stress sebab stress ko memang tak pernah habis dan jangan buat readers jadi stress bila masuk blog ko tengok perkataan stress banyak sangat terus jadi stress dan keluar dari belog, aku pulak yang stress sebab semua readers dah lari.


Kawan aku cakap assignment dia jenis yang asexual sebab bunuh satu beranak yang lain. Assignment aku pun macam tu. Aku rasa la kan assignment kita dari benih yang sama kot Pikah, sebab tu subur sangat beranak banyak sampai aku semput nak menyambut. So sebagai student engineering yang bagi orang lain hebat sangat la kan ambik engineering sedangkan aku no feeling.. -_- nak cite la sikit apa yang aku belajar sepanjang 2 sem. Its okay.. It is not a long explaination. Just for fun okay..



Ni la benda yang aku belajar dalam sem 2 ni.. Adik aku panggil binggo. Dia cakap..

"eh kak fatin belajar binggo kat u???"

aku pun jawab..

"a'a belajar binggo versi baru.."




Nampak macam wow best belajar ni main-main pangkah-pangkah, guna nombor satu nombor dua, settle. Tapi sebelum nak jadi macam ni liku-liku kehidupan berlaku. Pelbagai onak dan duri harus dirintangi. Segala ombak badai harus diredahi. Baru dapat buat yang ni tapi belum settle lagi. Perjalanan itu masih jauh kehadapan sehinggalah aku kena design litar sendiri mengikut output dan input dan juga "binggo" yang aku buat ni. See?? Interesting right?? :P


Bila selesai satu soalan, korang wajib tarik nafas sedalam-dalamnya untuk selesaikan soalan kedua..Hehehehe.




Rujukan penuh meja hanya untuk selesaikan satu soalan je. Fuuuhhh..
Earphone amat penting ye supaya anda tidak boring ketika selesaikan soalan yang hampir 30 minit baru siap. Tenung tilik check, tenung tilik check, tenung tilik check, baru hantar... :P


Sambil buat assignment mestilah kena ada lagha-lagha sikit iaitu..




Waktu ni aku tengok cerita SUAMIKU JURURAWAT. Sambil gelak-gelak sambil tangan laju je jalan buat kerja. Lepas tu satu-satu kesalahan berlaku.. Itu NORMAL bagiku. :D


Sekian...




This is the only sibling that i have. She's the one that told me about binggo. She's the one who laugh at me about that binggo. She's the one who think that she is cute enough to make this photo like gwiyomi. OMG


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Monday, May 13, 2013

Asal Aku Minat Je Dah Ada Tunang

Assalamualaikum...

Kerja aku banyak nak kena settlekan.. Wish me luck!! Tolong belanja nescafe ke kopi ke livita ke supaya aku boleh stay up siapkan kerja. Aku nak kena design litar tau. Dah macam kena buat projek kerja la pulak. Sampai design-design ni...Berangan jadi designer boleh tak agak-agak walaupun yang kena design tu litar?? Hekhekhek..



Hensem kan kan kan??Dia berlakon dalam cerita "Dalam Hati Ada Taman" aku tak suka sebab tak hensem dan tak kemas..



Ni pun waktu mula-mula dia jadi artis pun aku tak suka sebab serabai. Rambut panjang dengan berjanggut lagi. Mengerikan bagi aku. Aku paling takot dengan lelaki yang berjanggut ni sebab nampak jahat. Kalau janggut seciput tu tak lah. Yang tu nampak comel.Wakaka..


Betapa aku pentingkan fizikal semata-mata. Tak hensem tak minat bila hensem baru minat. Cuba tengok tunang-tunang diorang. Waktu tak hensem pun minat waktu hensem lagi la double triple minat. Muehehehe..


Actually aku tak pentingkan pun rupa paras (tak penting la sangat kannnn), yang penting bagi aku kemas. Kadang-kadang yang tak hensem tapi kemas dan stylo boleh nampak hensem tau. Serius tak tipu. Contohnya kawan aku..Kawan je ye.. :D


Ha..Korang jangan ingat aku ni pentingkan rupa paras. Rupa paras tak penting sangat bagi aku tapi kalau boleh biarlah sedap mata memandang. Sedap mata memandang maksudnya kemas, bersih takde la serabai keluar pergi annual dinner pakai track bottom. Tapi janganlah pulak pergi pasar beli ikan pakai blazer, tie, kasut berkilat sampai boleh tilik muka. Yang tu pun taknak jugak. PELIK!!!


 Ramai orang faham kalau certain-certain orang cakap macam "tak dapat yang handsome takpe asalkan SEDAP MATA MEMANDANG, ada agama, bertanggungjawab cukup la" mesti diorang akan cakap " eleh taknak yang handsome tapi nak yang sedap mata memandang. Samalah dengan maksudnya nak yang handsome kan.."

Salah tu tau.. Taknak taknak taknak... :D


Tu je nak cite..Moral of story cantik tu subjektif. Lain orang lain tanggapan diorang tentang cantiknya seseorang. So kalau bagi korang orang tu tak cantik jangan sesekali jelek-jelekkan dia. Maybe dimata anda dia tak cantik, tapi di mata orang lain dia yang paling cantik antara semua yang ada kat muka bumi ni :P

NOBODY PERFECT..


SEKIAN..

Lots Of Luv,
Fatin Aziz..

Thursday, May 9, 2013

Barang Baru Dimasukkan Sempena Hari Ibu

Assalamualaikum semua..

Malam ni baru sempat nak bernafas selega-leganya. Kalau tak terkejar sana terkejar sini. Siang kelas dari pagi sampai petang. Malam buka FATYYN SHOPAHOLIC SHOPPE. Balas mesej orang tu mesej orang ni. Tengah malam pulak study sampai pukul 3 pagi sebab keesokkannya ada kuiz,test. Due date untuk assignment pulak dah makin hampir. Masa pun dah semput. Dengan aktiviti universiti lagi. Makin nak final, makin banyak la aktiviti yang WAJIB terlibat.


PERCAYA ATAU TIDAK, DALAM MASA STUDY WEEK PUN AKU WAJIB PERGI KEM 2 HARI!!!!


Yang paling paling membuatkan aku termengah-mengah hari selasa malam hari tu. Hari rabu aku ada test. Niat dihati malam selasa nak study tapi bukalah facebook kejap balas mesej-mesej customer. Balas satu, dua masuk, balas dua, empat masuk. Last-last pukul 12 tengah malam baru start study mathematics. Tapi Alhamdulillah, apa-apa pun aku masih lagi boleh jawab soalan maths dengan tersenyum-senyum kambing yang kekenyangan.



Sejak akhir-akhir ni jugaklah aku sibuk dengan barang baru yang nak dimasukkan dalam online shop aku ni. Paling aku tak suka bab-bab upload gambar bila internet dalam keadaan tenat! Paling malas aku nak buat ialah letak harga, kod barang kat description satu per satu, tilik punya tilik, tenung betul-betul takot salah letak harga. Tak pasal-pasal aku kena jawab dengan customer. :P





Ni lah antara barang baru yang dimasukkan dalam page aku tu. Kepada yang berminat boleh lawat ke FATYYN SHOPAHOLIC SHOPPE. Macam-macam ada kat situ.


Dan sekarang ni kami ada buat promosi sempena hari ibu. Promotion barangan TIFFANY & CO.

BAGI SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH KE PAGE SAYA DAN PM UNTUK HARGA.
SAYA AKAN BAGI HARGA MURAH!!!
INGAT YE "PM"!!!

HANYA UNTUK HARI IBU SAHAJA!!!!


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Thursday, May 2, 2013

Dulu Tak Minat, Sekarang Minat

Assalamualaikum..

Selamat bercuti lagi kepada yang bercuti. Yang mengundi sekali lagi selamat mengundi.

Pernah baca tak novel "Sebenarnya, Saya Isteri Dia"? Kalau pernah cer komen sikit best ke tak. Aku dah baca pun. Ummi aku sampai khatam 2 kali. Aku takde la nak baca dua tiga kali. Sebab bila aku dah tau cerita, aku rasa dah tak feel bila baca lagi sebab dah tau muka surat seterusnya cerita pasal apa. So aku memang jenis baca sekali je tapi tak rugi aku beli novel banyak-banyak sebab ummi aku ni jenis yang ulang-ulang baca. Gemersik Kalbu pun dah tak tau berapa kali ulang.


Bukan nak cerita pasal novel atau drama yang makin hot meletop macam popcorn tu. Aku cuma nak cakap yang aku minat kumpulan FORTEEN gila-gila sejak dari mula-mula lagi. Waktu famous dengan lagu Berdua Bersatu. Waktu bila kita add diorang kat facebook, diorang approve. Sekarang tak dah. Aku cuma sempat add Ameerais je sebab waktu tu aku minat dia je. Tapi sekarang aku minat...





Izzue Islam..*pengsan jap*.

Dulu tak minat pun tapi tetiba minat dia sebab dia ni jenis yang gila-gila (macam la aku kenal kan). Cuma tengok kat youtube la. Tengok dia macam gila-gila dengan kawan-kawan dia yang lain. Tambah-tambah aku ni fanatik gile kat drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia.



Nama Sebenar : Muhammad Izzul Islam Mazlan
Nama Komersial : Izzue Islam
Umur : 23 
Tarikh lahir : 2 Jun 1990
Berasal dari : Kota bahru, Kelantan
Pendidikan : SPM
Drama : Sebenarnya saya Isteri dia, gemilang,Cita dan cinta, Aishiteru,Papa Nak Kahwin, Bola Cinta.
Filem : King Kapcai, Chikaro dan 29 Februari


Aku umur 20 tahun. Beza 3 tahun kira ok la kan. Wakaka.. Tengok video kat youtube dia cakap single lagi. Ada peluang la kan. *berangan la fatin sementara boleh berangan ni*. Dia orang kelantan,aku pun kelantan. Kelantan kat kota bahru. AKU PUN!!!! 
Nak alamat boleh,nak pergi merisik.. :P


"Ummi, kak Fatin kalau boleh taknak dengan orang kelantan tapi kalau ummi nak sangat kak Fatin kawen dengan orang kelantan, pastikan orang tu Izzue Islam baru lulus....Muehehe :P"


p/s: Sekadar gurauan semata-mata....Ni entry lama ye tapi dibaharukan..BTW dia pun dah nak kawen pun nanti..NOTED!!!


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Wednesday, May 1, 2013

Siapa Yang Gila Followers Sebenarnya??

Assalamualaikum...

Nak bengang tak boleh sebab kalau aku bengang aku sama je macam individu tu. Nak melatah tak tentu pasal pun tak boleh sebab ni adat berblog. Orang lain lagi la adventure kena!!!


Baru setahun berblog dah kena sedebik. Aku ni jenis yang open minded. Orang suruh buang word verification, aku buang. Orang suruh buat pop-up window untuk ruangan komen aku buat. Orang suruh buang lagu kat blog sebab taknak mengganggu bila baca blog aku ni pun aku buang. Nak komen blog aku? Nak beri cadangan? Aku lagila tak kisah...Aku mengalu-alukan lagi kalau itu yang terbaik.

Blog aku ni bukan aku je yang baca. Aku tau ramai kat luar sana yang singgah even tak baca pun. Aku tak kisah pun. Tapi jagalah adat. Ni public.


"Ingatlah..Kalau kita menjaga aib orang Tuhan akan jaga aib kita"


Walaupun kes ni bukanlah sebab membuka aib tapi ia seolah-olah menunjukkan yang aku ni melampau gila nak followers ramai..


So sebenarnye siapa yang gila followers ni???

Aku ni bukanlah full-time blogger yang 24 jam ada depan laptop keje nak follow orang. Aku ni student, assignment berlambak. Ada bussiness, customer tanya tu tanya ni. Aku ni anak, mak mintak tolong ayah mintak tolong. Aku ni pelajar universiti, kelas dari pagi sampai petang.

Kalau kat fb aku tinggalkan post macam ni..

"new entry for today..jom follow sini nanti anda akan difollow balik.."

Aku akan follow balik. Cuma lambat atau cepat. Kadang-kadang lepas aku post kat facebook, aku off terus tapi kadang-kadang aku akan spent masa lama-lama. Kalau time aku spent masa lama-lama aku follow as soon as possible siapa yang tinggalkan link tu.


Tapi kalau yang follow aku tapi privatekan link macam mana aku nak follow?? Cer cite...Nak aku cari sampai lubang cacing ke??

Mungkin individu tersebut sakit hati sebab aku maybe tinggalkan chat kat chatbox macam ni..

"datang follow sini"

"done follow ur blog"

"datang jalan2 sini"

Semuanya bermaksudkan yang aku dah follow korang. Maybe aku dah lama follow atau baru follow.
Baru follow pun aku cakap "datang follow sini". Dah lama follow pun aku akan cakap "datang follow sini".


Seterusnya untuk makluman korang, aku ni ada 2 akaun..Satu akaun GOOGLE satu lagi YAHOO. Yang GOOGLE atas nama "fatin aziz" yang YAHOO tu atas nama lain. So mana-mana blog yang aku follow atas nama "fatin aziz" tu, maksudnya aku guna GOOGLE la.

Aku juga bukan jenis yang lepas follow tinggalkan jejak macam ni..

"done follow ur blog yang ke 1234" (contohnya)

Aku kalau dah follow aku akan cakap follow. Aku rasa tak perlulah aku cakap no berapa. Tu nampak sangat yang aku nak orang tau aku follow. Kadang-kadang bila aku follow tapi orang tu tak follow balik, aku takkan unfollow balik. Tak kisahlah dia nak follow ke tak yang penting aku laksanakan janji aku nak follow balik.


So ni pesanan..

"Kita ni ada adab dan budaya. Sama-sama nak jadi blogger. Jadilah blogger yang sebetul-betulnya. Niat tu kena betul. Kalau nak jadi blogger sebab nak tambah kawan buat cara elok. Nak tegur biar dengan bahasa yang betul. Apa-apa agama pun ajar kita budi bahasa. Aku bukan orang baik. Aku juga budak jahat. Tapi sama-samalah kita perbaiki dengan bahasa yang elok. Kesian mak ayah yang bawa kita kedunia, bagi peluang lihat dunia, ajar kita bercakap elok-elok,ajar adat budaya tapi kita tak amalkan...Aku manusia biasa yang tak mampu nak bagi balas dengan kejahatan cuma apa yang aku boleh katakan aku doakan agar kata-kata awak tu ialah cermin balik kepada diri awak sebenarnya. Kalau awak bukan seperti yang kata-kata yang awak lemparkan kepada saya berubahlah. Doa orang teraniaya akan dimakbulkan. Jika benar itu kesalahan saya cakap elok-elok saya akan follow awak. Saya ni macam awak juga, mata ada 2 tangan pun ada 2. Hal-hal yang berkaitan terlepas pandang tu normal bagi manusia biasa....."


Lots Of  Luv,
Fatin Aziz...