Wednesday, August 29, 2012

Petua Untuk Kulit Putih

Hye Hye Hye Everybody!!!
Mood aku sewel hari ni sebab tu intro dia macam tu. Korang layan je la ek.
Tak pernah aku update pasal kecantikkan tetiba je entry aku pasal kecantikkan. Pelik tak? Cakap la pelik.* sambil buat muka comel* Nampaknya usia dah semakin matang. Everything must look perfect for me. Hehehe. Mana taknya sekarang ni kalau nak keluar rumah mesti aku mix and match. Yuuuhhhhuuu!! Aku dan pandai "mix and match" dah sekarang ni tau. Nak keluar rumah pun nak iron baju walaupun jauhnya tak sampai sejengkal. Nampak tak betapa aku dah matang? *tepuk tangan sikit*


Ada kaitan ke? Mesti la ada. Nampak tak lelaki handsome tu? Tu la my future husband. :P
Aku nak tunjuk ni la sebab aku nak nampak cantik..Muehehehe..Actually aku pun tak kenal siapa budak ni tapi bila baca kat dalam tu baru aku tahu. Rupanya member of VIP band. Ala yang popular dengan Lagu Sedih tu. Yang ada Adam Af. Ok korang tak layan Malaysia punya lagu. Korang layan K-pop kan? kan? kan? Eleh aku dah tahu. Super junior? Bigbang? Wondergirl?...Bla bla bla.

Aku tak pernah pun beli magazine ni. Ni adik aku punya. Dia gatal nak beli sebab ada Justin Bieber. YYYEEESSSSS!!! Adik aku one of the fan JB. Apa yang menarik pun aku tak tahu. Nak kata single dah jadi hak milik Selena Gomez. Nak kata suara sedap, aku prefer Greyson Chance lagi. Nak kata handsome Shah Rukh Khan lagi la double triple handsome.
" Mana petua ni??Cepat la sikit"
Panjang sangat aku merepek!!!
Scroll bawah cepat...




Read this in 10 seconds!!

 Ni la petuanya. Ada banyak lagi tapi aku snap part ni sebab aku rasa macam nak try because its super duper easy. The others not too complicated but a lot of thing i have to prepare. Honey la, oat la. This one cuma perlukan tomato dengan limau nipis je. Easy right? Konfem-konfem dalam fridge korang ada benda ni kan. But its quite merugikan la juga. Tapi yang lain lagi la merugikan. Madu tu ingat murah ke???

Korang try la. Aku pun ingat nak try sebab balik kampung hari tu semua cakap
"kak fatin ni dulu2 ni putih melepak macam cina. Semua orang nak dukung. Semua orang nak cubit. Sekarang ni je dah hitam sikit"
See?? Hitam jugak yang disebut. Sebut la kurang cerah ke, pudar ke, gelap ke. Perkataan keramat tu jugak yang disebut. Sentap tau!!!

Bukan tak bersyukur dengan apa yang ada tapi tak salah kalau benda ni baik untuk kulit kan? Daripada korang pergi cucuk vitamin C sana sini, baik korang buat macam ni even tak lah seputih orang yang cucuk sana cucuk sini. Yang cucuk-cucuk tu lah nampak macam tak bersyukur dengan kurniaan Tuhan kan?

Aku dah try semalam. Rasa dia agak pedih sikit. Tapi normal la semua produk pun kadang-kadang rasa pedih jugak but at the same time rasa sejuk. Bau pulak macam bau somtam. Sedap. Nyum3..Hehe.. Aku letak dalam peti ais sebab kalau tak letak takut lebam kat luar lama-lama. Lagipun sebiji tomato tu amatlah banyak bila ditumbuk-tumbuk. Boleh pakai banyak kali. Tak adalah merugikan sangat kan. Cara aku, aku tumbuk sebiji tomato lepas tu perah limau nipis then kacau sikit pastu tempek kat muka. Selebihnya aku simpan dalam bekas kecik ala-ala bekas dadih. Then masukkan terus dalam peti sejuk. Senang kan???



Ni la punca adik aku nak beli Yeeezzzz!! Satu page ni je pasal Justin Bieber tapi sanggup beli majalah yang berpage-page yang dia sendiri tak ada nafsu nak baca. Last-last kakak dia ni jugak la yang hadap baca word by word. Tak nak rugi la katakan!!! Tu yang sampai terjumpa petua-petua ni.



p/s: korang cubalah la ek petua ni. Kita tengok siapa yang putih dulu. Siapa putih dulu tunjuk gambar sebagai bukti. Muehehe :P

Sunday, August 26, 2012

Cerita Raya Aku

 Salam Aidilfitri kepada semua. Hari ni dah raya kelapan. Macam mana raya korang? Best? Kepada yang seronok tu alhamdulillah sebab kita masih lagi berpeluang beraya dalam kegembiraan dengan orang yang tersayang. Kepada yang bersedih tu tabahkan hati mungkin ini dugaan untuk anda sebelum anda diberikan kegembiraan yang anda sendiri tidak pernah idamkan. InsyaAllah kerana Allah itu maha adil.

Ok tak nak mood sedih2 ni sebab aku nak bercerita tentang kegembiraan but at the same time sedih jugak sebab ramadhan dah berlalu pergi. Rasa macam sekejap je kan. Pejam celik pejam celik dah habis sebulan. Nasib baik sempat lagi nak celik kalau pejam terus??? Kerja Allah SWT..

 Sebelum bertolak balik kelantan sempat lagi dok snap gambar..Hehehe
(nampak macam tinggi je aku dalam gambar ni)

Korang raya kat mana tahun ni? Aku raya kat kampung aku la. Of course la kelate. Untung parents aku dua-dua orang kelate so tak payah nak berebut nak balik mana kan. Tu orang lain cakap tapi berebut jugak ummi dengan abah aku nak raya pertama kat kampung masing-masing. Last2 raya pertama memang kat kampung masing2. Pagi belah abah then petang belah ummi. Tu pun boleh berebut lagi nak pagi raya pulak nak kampung masing-masing. So aku nasihatkan kepada yang belum berkahwin tu tak payah demand sangat la nak orang senegeri sebab senang nak balik kampung. Kalau dah ada dua family berebut jugak. Tiap-tiap tahun aku lalui tapi bukan aku suami isteri la (bajet ada suami) tapi parent aku.. Muehehehe...

Tahun ni family aku sedondon warna maroon aka merah aka merah hati aka red. Yang mana dalam gambar ada yang berbaju merah tu maknanya my family. Yang warna lain tu korang padankan lah sendiri mana satu family diorang.


 Red Family










Comel je aku tengok budak-budak ni salam nak ambil duit raya. Macam-macam adegan dan telatah mencuit hati ( ayat macam iklan kat astro ceria!!)




Grey Family

 Satu je aku snap for this family sebab banyak lagi permintaan yang panggil nak bergambar. Tak sempat nak snap banyak :P



 Blue Family




 Kalau korang perasan budak-budak yang sama je dalam semua gambar. Nak buat macam mana kalau bab-bab duit raya diorang yang pergi dulu. Tu yang buat family kita orang meriah!!!Hehe




 Green Family



Bagos betul semua duduk sekelompok. Merah sama merah. Biru sama biru. Hijau sama hijau. Kelabu sama kelabu. Cuma ada satu family je tak tangkap. Hijau jugak tapi muda sikit. Senang kerja aku tak payah nak menjerit panggil anak-beranak duduk atas kerusi wat potrait kan. Semua dah dengan family masing-masing. Muahahaha..Lepas bagi duit raya....
.
.
.
.
.
.
.
.


 Makan la apa lagi. Lapar wei!!!Nasi minyak tengah mengeluarkan wap2 yang amat mengiurkan (meremang bulu roma aku taip perkataan tu..:P)


  Ni je la gambar yang aku sempat tangkap. Ada banyak lagi dalam folder tapi yang berilmiah yang ni je. Yang lain kurang berilmiah sikit. Tak wajib untuk dipertontonkan di khalayak ramai. Muahaha..:D


Once again selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin dari hujung rambut hingga hujung kaki aku ucapkan. Raya memang sebulan tapi janganlah sampai over sangat ye. Puasa sebulan tak nak pulak celebrate betul-betul ( baca Quran, puasa, tarawikh,sahur)

Lots of luv,
Fatin Aziz...

Saturday, August 25, 2012

Aku Menangis 7 Hari 7 Malam

Bf : Kita main satu game nak tak ?
Gf : Game apa ?
Bf : Mcam ni , esok awak tak paya contact saya . Mksudnya tak paya text call or apa apa yng berkaitan lah . Saya pun buat mcam tuu dkat awak okay ? Kita tgok spea menang .
Gf : Okay !

Esoknya , si Gf terpksa lah than rindu dkat Bf . Mengenangkan yng ni satu permintaan , si Gf cuba kuatkan hati .

Keesokkan harinya , si Gf call si Bf . Tapi tak dijwab . So si Gf pegi dkat ruma Bf dia . Di luar ruma ,rmai orng . Dia mula rasa pelik then trus msok ke ruma . Sekujur tubuh terbaring kaku di tnga ruma . Dan tubuh tuu adalah jasad si Bf yng dah meninggal . Mak si Bf pun bagi surat dkat GF .
Surat yng bertulis :

Sayang , smlam awak dpat hdup sehari tnpa saya . Saya pasti esok dan seterusnya pasti awak dpat hdup bhagia tnpa saya . Love you ♥
 
 
Kalau benda ni jadi kat aku memang aku akan menangis tak berlagu la jawabnya. Tak berlaku kat aku pun dah rasa sedih kalau betul-betul hanya Allah SWT je yang tau. Minta2 tak terjadi macam ni la ye..
 
Eh2 mabuk ke apa tetiba update benda ni. Orang sibuk pasal raya, open house, kenduri kendara..Heeheehee..
 
Actually aku tengah nak update pasal raya and wedding day tapi gambar tak upload lagi. So just wait and see (sekali lagi bajet ada pembaca tegar..Muehehe)

Sunday, August 19, 2012

Hari Raya Dah Datang. Jom Beraya!!!



Yeay!! Hari Raya Aidilfitri dah tiba. Tanda kemenangan umat Islam berpuasa selama sebulan. Ketupat, lontong, sate, nasi dagang, nasi himpit, lemang, rendang,soto, laksa semua tunggu okay..

Sebelum tu kena buat ucapan hari raya dulu. Baru lengkap!!

Di hari yang mulia ni, fatin nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Fatin susun sepuluh jari memohon keampunan dari semua tak kira yang mengenali secara langsung atau tidak langsung (alam maya). Andai kata tersalah bicara, terkasar bahasa, tersakitkan hati korang selama mengendalikan blog ni sekali lagi dengan tulus ikhlas fatin minta maaf sangat2. Mungkin keterlanjuran tu tidak disengajakan.Sesungguhnya fatin ni pun manusia biasa yang tak akan pernah hindar dari melakukan kesilapan...

 Selamat Hari Raya!!(happy mood is ON right now!!)

Jujurnya fatin berterima kasih kepada semua followers kerana sudi follow blog ni. Dan anda semua adalah kawan saya. Fatin hargai sangat-sangat. Terima kasih juga kepada yang komen entry2 fatin. Semua komen fatin baca. Tak ada tertinggal satu pun.

Kepada kawan2 yang mengenali, tak kira rakan dari SK Seri Indra, SMK Derma mahupun PASUM..Fatin minta maaf banyak2 andai kata ada buat salah kat korang. Sungguh tak ada niat nak sakitkan hati siapa-siapa, nak boikot mana-mana pihak, nak hindar mana-mana golongan. Mungkin itu satu kekhilafan dari tuan empunya badan yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Korang semua kawan yang BEST!!InsyaAllah aku akan ingat korang sampai bila-bila. Semoga persahabatan akan kekal tak kira di mana kita berada.



p/s: apsal macam lembut je gaya bahasa aku kali ni.Macam perempuan melayu terakhir pun ada. Nak minta maaf kenalah berlembut kalau tak mesti tak diampukan ye dak? Hehe.

Wednesday, August 15, 2012

Besday Girl!!! Happy Birthday My Dar..


15/8/1999

Today is my little sister's birthday. Little la sangat. Jangan tanya kenapa muka aku dengan adik aku tak sama. Tapi kita orang dari "sumber" yang sama ok. Hehehe. Aku karate siapa yang tanya. Aku ada tali pinggang hitam campur pink sikit2 dan dikelilingi polka dot. Dan jangan nak bezakan mana satu cantik mana satu hodoh lagi cantik.Mentang2 mata adik aku bulat dan aku sepet suka2 orang nak kutuk aku.Dalam gambar ni nampak macam mata adik aku sepet tapi sebenarnya bulat. Disebabkan itulah ramai puji dia. Ok sentappp jap..Kehkehkeh.

Genaplah umurnya 13 tahun tapi nampak sebaya je dengan aku kan.Cakap la ye. Pleaaassseee..*buat muka comel*. Ramai jugaklah yang tertukar mana satu adik dan mana satu kakak. Tengok macam ni memang la tau nak beza mana adik dan kakak. Tapi cuba kalau berdiri.....mesti terbalik punya. Ok 2x sentappp!!!

Kelebihan adik aku ialah dia pandai senyum nampak gigi. Aku pulak kalau senyum nampak gigi, mata aku akan sepet sesepetnya dan korang akan cakap aku tido. So lebih baik aku tak payah tayang gigi Darlie aku daripada kena kutuk sebab mata sepet walaupun aku akui gigi aku cantik.Muehehe. Disebabkan mata sepet aku jugaklah ada minah sorang ni memandai je nak conteng mata aku dengan eyeliner biar nampak bulat.

Adik aku jugak memiliki ketinggian yang agak perfect. Sebab tu jugaklah cita-cita dia nak jadi macam AWAN DANIA (Flight Attendant). Dan disebabkan cita2 ni la mak aku menolak keras tapi mak aku akan berbangga sekiranya menjadi pilot. Nak harapkan anak sulung memang tak lah nak jadi pilot. Nak bawa kereta Nissan X-Trail ayah aku pun tak sampai. 3x sennttaaappp!!

*aku jegil mata sehabis boleh tak nak nampak sepet*

 Mula2 nak celebrate kat Pizza Hut. Cari nahas la kan nak buka puasa kat tempat macam tu. Pukul 10 pun belum tentu pizza sampai. So ayah aku pun tempah la makan kat restoran. Makan juadah biasa2 je. Ikan masak stim, sotong goreng tepung, ayam goreng halia, kailan ikan masin dan telur bungkus. Benda ni je simple and boleh order before buka puasa. Pizza Hut tu kita tangguh lain kali je la.

Demi anak yang tersayang ayah aku sanggup kerja kat Perlis walaupun pejabat kat Kedah. Takut lambat berbuka karang muka monyok mulut muncung sedepa.

Tu pun adik aku tak puas hati lagi. Nak beli kek pulak. Dia cakap birthday tak bermakna kalau tak ada kek. Mazhab mana la dia guna. Lepas makan beli la pulak kek. Suruh beli yang kecik2 je sebab esok nak balik kampung dah. Sekali dia beli.....

 kek aiskrim

Kecik la jugak tapi sampai sekarang tak habis lagi. Dah la kek aiskrim, kalau bawa esok untuk konfem2 cair meleleh plus tergugat iman aku tengok aiskrim tu.

Tu je la story mory for this night. Tunggu entry seterusnya ye sebab banyak lagi entry yang aku simpan sebagai draft. Nak post semua kang tak terbaca pulak. (bajet ada pembaca tegar!!Muehehe)

Tuesday, August 14, 2012

Twitter Aku Penuh Dengan Tweet Si Dia







 Banyak lagi sebenarnya. Actually dia ni peminat aku sebab tu hari2 dia tweet aku.Haha.Oleh sebab peminat ni setia, aku layan je la. Tak nak la orang cakap sombong pulak kan. Nasib baik aku ni straight, kalau tak mesti orang pikir pelik. 

Memandangkan dah berpisah dan akan terus berpisah, internet di hujung kuku la menjadi peneman untuk contact kawan2 yang jauh. Hehe. Ni kat twitter pun dah banyak asyik bertwitter. Kalau face to face, berzaman belum tentu habis bergosip. Anak sepuluh pun belum tentu habis bercerita.* metafora sikit*. Kalau korang baca kat tweet kita orang ni kat atas, yang tak penting pun boleh jadi isu hebat.

Teringin nak jadi peminat di twitter? Silalah follow saya ye. Klik SINI
(nampak sangat promote diri)


Monday, August 13, 2012

Raya Trend Kita


Eh2 macam berlaku je kat aku. Hehe. Macam terasa la pulak. Waktu raya nak pakai over-over. Hari lain kita selekeh je ye. Raya jugak lah waktu kita minta maaf. Lepas tu buat salah pulak then tunggu raya minta maaf. Hehe..

Raya jugak lah nak siarkan movie2 best waktu lain tak nak pulak. Lepas tu dok melangut depan tv abaikan amalan ziarah-menziarahi. Lepas tu bila jumpa family kat mana-mana tak kenal. Tak pasal2 bercinta dengan family sendiri. Balik2 muka sama jugak. Nak kawin baru tau family sendiri tapi hati sudah cinta sesungguhnya cinta itu buta. Nikah je la walaupun family.

Puasa boleh pulak tahan nafsu daripada makan tapi raya? Ada korang tahan nafsu daripada makan waktu raya? Sate, lontong, ketupat, nasi himpit, lemang depan mata korang tengok je ke? Hehe. Kalau ada macam bohong je. Waktu raya jugak lah nak makan macam2 selepas sebulan puasa, lepas tu rumah sedara tak boleh nak ziarah asyik ziarah toilet je. Cirit-birit. Baju lawa2 jadi kedut2, lencun dengan air sebab asyik keluar masuk toilet. Betul tak? Baik mengaku cepat!! This is an order..wakaka

p/s: lagi 5 hari kita nak raya. INGAT!!! Jangan berlebih ketika raya. Bersederhanalah. Family gathering is more important. Waktu ni la nak jumpa dengan semua biras, beras, cucu, cicit, biut, piut, ipar duai dan kekasih lama waktu kecik-kecik dulu..Pesanan untuk diri sendiri jugak!!

Saturday, August 11, 2012

Normal Delivery Vs Operation. Your Choice??


Assalamualaikum WBT..
Bila umur semakin matang, nombor semakin banyak, kulit semakin berkedut, cuma ketinggian je tak meningkat sampai sekarang, post2 kat sini pun semakin advance, maju dan matang!!.Hehe.Aku jumpa article ni kat Fb. Thanks kepada yang sudi share. Korang pernah rasa? Kalau yang pernah aku ucapkan tahniah kepada kakak2 yang pernah mengalami pengalaman ni. Bukan semua orang dapat rasa. Perempuan je boleh rasa macam mana sakit, perit, gembira, sedih bercampur apabila keluarnya seorang insan yang putih bersih. Tu pun tak semua perempuan berpeluang. Jujurnya aku teringin nak rasa jugak walaupun sakitnya hanya Allah je yang tau. But at least kita boleh rasa macam mana mak, umi, mama, mummy, ibu melahirkan kita.



Sekarang ni ramai yang sanggup buat operation berbanding secara normal. Alasannya? Hanya diorang je tahu. Dikecualikan kalau terpaksa. Yang aku tau la kan. Ramai yang nak buat operation rather than normal sebab takut suami lari. Ye la bila dah bersalin rahim akan jadi longgar so suami tak suka. Hehe. Tapi kan kalau suami betul2 sayang kita kenapa dia nak tinggalkan kita sebab kita yang dah bersusah payah lahirkan zuriat dia kan? Kalau takut rahim isteri longgar tak payah la suruh isteri mengandung kan?? Dan tak payah la buat anak.( tu yang penting!!) Hehe.

Wanita yang bersalin normal ni banyak pahalanya. Berlipat kali ganda pulak tu so apa salahnya kalau bersalin secara normal kan. Plus kalau andai kata nyawa kita dicabut saat tu kita akan dianggap mati syahid. Ganjaran syurga menanti! Betapa besarnya rahmat menjadi seorang wanita.

So kepada wanita2 di luar sana termasuk diriku yang akan menjadi wanita beberapa tahun lagi (sekarang teenager lagi..hehe)tak payah la takut untuk bersalin normal. Sesungguhnya akan ada senyuman disebalik kesakitan yang kita alami itu di samping pahala2 yang dijanjikan Allah SWT kepada kita.

Monday, August 6, 2012

Mengidam Bubur Lambuk

*pic from google*

Salam Ramadan...
Sedap tak bubur lambuk? Emmmmm...(tangan di dagu seolah berfikir). Bagi aku not bad la walaupun oraang cakap makan bubur macam orang sakit je. Aku pun tak tahu kenapa kalau sakit je kaitkan dengan bubur. Even dalam drama pun kalau demam makan bubur. Kalau aku sakit la lagi seronok boleh makan macam2 sebab orang akan beri kita extra care.Hehe.

Benci betul kalau time puasa kena tengok picture makanan. Perut secara automatik berdendang sayang. Aku teringin sangat nak makan bubur lambuk. Tak tahu kenapa tapi memang nak sangat2. Macam orang mengidam yang mengandung 9 bulan pun ada..Haha. So nanti kalau aku pregnant 7 tahun lagi maybe bubur lambuk ni kot yang aku mengidam. Tapi tak best la. Tak adventure!! Senang sangat nak dapat. Kalau boleh mengidam kondo sebijik best gak. Mercedes ke? Kan?

Selalu kalau bulan puasa ada je yang tekan loceng rumah aku ting tong ting tong  bagi bubur lambuk. Sampai kadang-kadang tu rasa nak ambil je kapak pergi ketuk loceng tu biar tak berbunyi terus sebab tak larat nak makan bubur.Tapi this year tak ada pun. Aku pula yang dok melangut kat tepi pagar tunggu orang tekan loceng. Yang ada pun ayah aku tekan bila balik kerja mintak buka pagar WALAUPUN gate tu automatik.Sedihnya!!Kalau nak harapkan beli memang tak la sebab kat dalam rumah ni aku sorang je yang telan bubur ni. Yang lain pandang pun tak. Uhhhuuukkk2..Bubur lambuk miss u so muchhhhhhh....

Sunday, August 5, 2012

Our Malaysian Hero


Ni la hero kebanggaan Malaysia.. Menang kalah beliau dalam tournament mana pun kita tetap sayang dan sokong beliau. Betul tak?

Korang cuba tengok gambar kat atas tu. Cuma tengok mata dia betul2. Merah kan? Macam lepas menangis. Belum pernah lagi aku tengok match bila Lee Chong Wei kalah dia menangis. Tapi semalam memang jelas nampak betapa kecewanya dia sebab tak mampu nak bagi emas kat Malaysia. Tengok Chong Wei terduduk sambil menangis kat gelanggang aku pun jadi nak nanges bukan sebab kalah tapi sebab tengok Chong Wei nanges. Pelik kan tapi benar!!!

 Twitter aku semalam penuh orang dok tweet pasal badminton sampai sanggup ponteng terawikh termasuklah aku. Hehe. Apa2 pun Chong Wei memang usaha gila2. Aku sendiri nampak bermati-matian dia usaha. Macam-macam gaya ada. Kalau aku dah lama lembik kat gelanggang tu. Kira hebat la Chong Wei ni. Menang kalah tak penting yang penting dia tetap pemain no 1 negara. Wahhhhh hebat Malaysia!!!


Sapa yang tengok semalam mesti korang tengok betepa happynya Lin Dan. Aku pulak tiba2 rasa menyampah. Seolah-olah macam over atau lebih tepat menunjuk sebab dia menang. Bukan selama ni dia tak pernah menang pun. 30 kali dia berentap dengan Chong Wei baru 9 kali Chong Wei menang yang selebihnya dia tapi nampak semalam macam 100 kali berentap dan 1st time dia menang... Patut ke aku menyampah??Dia pun nak negara dia menang gak..Hehehe