Wednesday, August 15, 2012

Besday Girl!!! Happy Birthday My Dar..


15/8/1999

Today is my little sister's birthday. Little la sangat. Jangan tanya kenapa muka aku dengan adik aku tak sama. Tapi kita orang dari "sumber" yang sama ok. Hehehe. Aku karate siapa yang tanya. Aku ada tali pinggang hitam campur pink sikit2 dan dikelilingi polka dot. Dan jangan nak bezakan mana satu cantik mana satu hodoh lagi cantik.Mentang2 mata adik aku bulat dan aku sepet suka2 orang nak kutuk aku.Dalam gambar ni nampak macam mata adik aku sepet tapi sebenarnya bulat. Disebabkan itulah ramai puji dia. Ok sentappp jap..Kehkehkeh.

Genaplah umurnya 13 tahun tapi nampak sebaya je dengan aku kan.Cakap la ye. Pleaaassseee..*buat muka comel*. Ramai jugaklah yang tertukar mana satu adik dan mana satu kakak. Tengok macam ni memang la tau nak beza mana adik dan kakak. Tapi cuba kalau berdiri.....mesti terbalik punya. Ok 2x sentappp!!!

Kelebihan adik aku ialah dia pandai senyum nampak gigi. Aku pulak kalau senyum nampak gigi, mata aku akan sepet sesepetnya dan korang akan cakap aku tido. So lebih baik aku tak payah tayang gigi Darlie aku daripada kena kutuk sebab mata sepet walaupun aku akui gigi aku cantik.Muehehe. Disebabkan mata sepet aku jugaklah ada minah sorang ni memandai je nak conteng mata aku dengan eyeliner biar nampak bulat.

Adik aku jugak memiliki ketinggian yang agak perfect. Sebab tu jugaklah cita-cita dia nak jadi macam AWAN DANIA (Flight Attendant). Dan disebabkan cita2 ni la mak aku menolak keras tapi mak aku akan berbangga sekiranya menjadi pilot. Nak harapkan anak sulung memang tak lah nak jadi pilot. Nak bawa kereta Nissan X-Trail ayah aku pun tak sampai. 3x sennttaaappp!!

*aku jegil mata sehabis boleh tak nak nampak sepet*

 Mula2 nak celebrate kat Pizza Hut. Cari nahas la kan nak buka puasa kat tempat macam tu. Pukul 10 pun belum tentu pizza sampai. So ayah aku pun tempah la makan kat restoran. Makan juadah biasa2 je. Ikan masak stim, sotong goreng tepung, ayam goreng halia, kailan ikan masin dan telur bungkus. Benda ni je simple and boleh order before buka puasa. Pizza Hut tu kita tangguh lain kali je la.

Demi anak yang tersayang ayah aku sanggup kerja kat Perlis walaupun pejabat kat Kedah. Takut lambat berbuka karang muka monyok mulut muncung sedepa.

Tu pun adik aku tak puas hati lagi. Nak beli kek pulak. Dia cakap birthday tak bermakna kalau tak ada kek. Mazhab mana la dia guna. Lepas makan beli la pulak kek. Suruh beli yang kecik2 je sebab esok nak balik kampung dah. Sekali dia beli.....

 kek aiskrim

Kecik la jugak tapi sampai sekarang tak habis lagi. Dah la kek aiskrim, kalau bawa esok untuk konfem2 cair meleleh plus tergugat iman aku tengok aiskrim tu.

Tu je la story mory for this night. Tunggu entry seterusnya ye sebab banyak lagi entry yang aku simpan sebagai draft. Nak post semua kang tak terbaca pulak. (bajet ada pembaca tegar!!Muehehe)

2 comments:

Dahlia Daffodil said...

comel la adik ang..hehe..
weyh aq nk gk kek mcm 2..haha

fatin aziz said...

adik je ke? kakak dia mcm mna plak??
klau nak dtg la sini..ada lagi ni..hek3