Saturday, September 28, 2013

Tawaran Untuk Blogger Dan Peniaga Online

Assalamualaikum...

Setelah berfikir puluhan kali sampai nak masuk jutaan kali (ober nak mampoih), aku pun fikir lah yang dah tiba masanya aku bantu para blogger baru mahupun peniaga online yang baru berkecimpung dalam perniagaan.


Nak naik bukan mudah. Nak berjaya bukan mudah. Nak maju bukan mudah. Aku mula jadi blogger dari zero follower hingga la sekarang semua berkat dari blog review orang lain. Jadi kali ni aku nak buat blog review atau online shop review. Syarat yang mudah dan simple.


TAK PERLU BUAT ENTRY ATAU SEBAGAINYA.


Untuk blogger:

Anda perlu drop link blog kat bawah ni. Blog yang menarik perhatian saya, akan direview. So make sure blog korang kemas dan faster loading. Takde nak kena tunggu lama.


Untuk peniaga online:

Anda perlu attach dokumen seperti gambar, produk, harga, dan kalau boleh testimoni kalau ada ke emel 

fatin_0801@yahoo.com.my

Siapkan full advertisement. Maksudnya ayat jualan dan sebagainya perlulah dikarang sendiri. Saya akan publish dan promote kan di blog ni sahaja. Produk anda, diri anda yang lebih tahu. Saya tak mampu nak describe sebab bukan saya yang gunakan product anda. Tersalah explain parah nanti. Hehehe


p/s: Tak semua akan direview oleh saya. Saya akan pilih mengikut citarasa saya. Jadi hias cantik-cantik untuk para blogger dan gunakan ayat-ayat power untuk advertise online shop korang supaya dapat di review.. :D


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Saturday, September 21, 2013

Welcome Juniors!!!

Assalamualaikum...

Hilang tak bermaksud dah tak berminat. Blogging masih lagi tangga teratas walaupun tahap kemalasan makin mengejar untuk berada di tangga paling atas. Student's life always busy walaupun sem baru bukak. First week normal la buang masa sana sini melawat kawasan kampus. Mana taknya bangun pagi-pagi berebut bas dengan budak-budak baru masuk, sampai je dewan kuliah lecturer tak masuk. Huh!!


Second week, dah ada kuiz. Oh My Gosh!! Study boleh jawab, tak study boleh blah. Aku study sikit-sikit campur malas tolak rajin bahagi main-main darab tengok movie Alhamdulillah boleh jawab. Tips ni tau. Tiru la ye kalau nak failed satu sem. Wakakaka


Entry untuk TARONGGA ZOO, SYDNEY aku tak karang pun lagi. Masa tak ada weiii...Hidup ni penuh dengan bangun pagi, berebut bas, sampai kelas berebut tempat nak duduk depan, habis kelas berebut kerusi kat kafe. Habis makan berebut nak solat dalam surau yang sempit. Selepas solat berlari pecut nak berebut tempat lagi nak duduk depan. Habis kelas berebut bas pulak, nak balik cepat. Turun bas,berlari pecut nak sampai rumah, kalau cepat boleh tido dulu satu round. Hekhekhek




Adik tak bagi upload sebab muka dia banyak jerawat dan tak ready nak bergambar.
Kakaknya feduliks apa ni belog kakaknya yang punya.. Yang penting si tudung hijau tu yang ready..Hahaha



Btw WELCOME ALL JUNIORS!!!
Terasa tua-tua sangat walaupun baru second year. Maklumlah jalan sana panggil kakak tanya bilik tutorial/dewan kuliah kat mana. Jalan sini sekat aku panggil kakak tanya mana tempat bas nak balik hostel. Macam-macam. Yang paling aku nak gelak geng budak lelaki berbisik-bisik sesama diorang. Aku rasa diorang nak tanya something kat aku kot tapi takut. Am I like a ghost. Memandangkan aku nampak seperti mereka perlukan seseorang untuk bertanya aku pun tengok la diorang dengan harapan diorang datang tanpa takut atau segan. Tunggu punya tunggu akhirnya satu geng berjalan melintasi aku tanya dengan budak lelaki lain. Malu agaknya. Kemon la. I'olls ni akak-akak la. Tak layan bebudak ni. Ahaks!



p/s: Adik-adik yang tengah usha-usha biasiswa tolong akak sesat sorang ni sama ye. Bagitau scholarship mana yang open lagi. Aku baru sedar dah bulan 9. Banyak yang dah tutup. Nasib baik JPA sempat. I'olls tak apply PTPTN. :P


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Friday, September 6, 2013

Winter In Sydney: Blue Mountain

Sambungan....

16 AUGUST 2013



Central Station


Stesen kereta api. Very the old school uolls. Bergambar kat sini feeling ala-ala zaman dulu kala. Zaman perempuan pakai dress pendek bunga-bunga vintage, pakai topi ada bunga besar gedabak kat kepala plus sarung tangan putih.


Terasa rendah diri yang amat tahap dewa 19. Mat saleh kiri kanan terpacak macam tiang lampu. Aku pulak ibarat rumput-rumput sekeliling tiang lampu. Nak cari sama tinggi dengan aku tengok budak-budak sekolah tadika. Sama la kot.


Candid. 


Suasana di CENTRAL STATION. Sydney ke Katoomba ni dalam 3 jam kot kalau tak silap. Aku tak berapa ingat sebab dah nak masuk sebulan baru nak update kan.

Dalam tunggu train nak sampai, tetiba ternampak orang tengah shooting. Cerita apa aku tak tau dan tak ambil kisah. Yang aku ambik kisah ialah snap gambar. Kamera kat tangan, snap je la kan. KENANGAN. Adik aku je ambik tau. Paling pasti aku tak kenal pun pelakon tu. Kalau Robert Pattinson baru aku gi kejar dia sambil tarik-tarik baju nak mintak autograf. Kalau dia tak layan, aku tarik kaki.



Always feeling model gempak yang semua majalah dia sapu. Cameraman aku la. Tak dibayar mahupun diupah. Secara tak suka tak rela.


Dari Katoomba nak ke Blue Mountain kita orang naik HOP-ON-HOP-OFF. Macam kat KL tu. Bas yang comey-comey. Naik ke puncak kita orang akan naik SKYWAY. Macam kereta kabel tapi yang boleh masuk ramai-ramai. Berdiri ye bukan duduk. InsyaAllah tak gayat.. :P



Pandangan dari atas SKYWAY. Kat sini ni macam tempat rekreasi lebih kurang macam GUNUNG MAT CINCANG. Bukan ada apa pun tapi nak tengok keindahan dari atas. Sama la kat sini. Tarikan pengunjung kat sini ialah THREE SISTERS. Apa tu??


Nampak tak batu-batu terpacak 3 ketul? Tu la three sisters. Kenapa diorang panggil three sisters?? Kenapa tak three brothers?? Mana tahu batu tu perempuan ke lelaki??Tengok kat mana jantina tu?? Sorang pun tak jawab soalan budak terencat akal macam aku. Ada gaya umur 20 tahun tak dengan soalan macam tu??


Pemandangan dari puncak..




Hoyeah my dad hooyeah!!


Abah takde dalam gambar. Tugas dia tangkap gambar anak-anak perempuan dia yang feeling ala-ala model yang baru lepas menang Miss Malaysia..


Sweet couple forever and ever and ever and ever and ever again



Kan aku dah cakap. Minah "barbie doll" ni selalu feeling retis. Kenapa barbie doll?? Sebab seluar biru, baju oren, tudung hitam, kasut line purple. Tengok gambar dia seluar merah, baju oren pulak nanti. Adik Iolls ni memang berani mix and match warna. Iolls berani mix warna pastel je. 


Dia tinggi boleh tengok. Aku pun boleh tengok jugak tapi tengok langit je sebab aku tak sampai nak tengok yang bawak-bawah. Kahkahkah


Bakal retis Uolls.. Vote for her yeah..:P




Ni pulak SCENIC RAILWAY. Dari Katoomba naik bas hop-on-hop-off ke Katoomba platform dan naik SKYWAY ke Blue Mountain. Dari bawah nak naik ke puncak guna SCENIC SKYWAY. Nak turun balik nak tengok THREE SISTERS jarak dekat walaupun tak dekat sangat boleh guna SCENIC CABLEWAY atau SCENIC RAILWAY. Scenic Railway ni macam roller coaster yang hanya menjunam ke bawah sahaja..



Ni pulak SKYWAY. Picture from google nak bagi korang nampak cuak sikit. Hahaha..
Tapi sebenarnya bila kat dalam tu tak rasa pape pun..Boleh lompat-lompat guling-guling 


Ummi dah malas nak jalan...


Gelap la pulak.. Lighting please!!!

Lepas tu kita orang jalan-jalan masuk hutan.. Hutan hujan tropika ke. Hutan belantara ke. Hutan paya bakau ke. Hutan what-so-ever and so on aku tak tau. Aku main masuk je sebab selamat. Kalau tak selamat opkos aku berundur.

Taknak aku tersesat dalam hutan ni. GPS kat tangan pun belum tentu boleh keluar ye dak..Aku tak kawen lagi. Kalau nak sesat-sesat pun tunggu aku kawen dulu. Sesat dengan suami selamat sikit. Hoyeah!! Over mak jemah.




The Sibling.
Baka sama
Mak bapa sama
Tabiat sama : feeling retis
Ketinggian je tak sama


Orang lain masuk hutan tengok khazanah bumi. Aku dengan adik eksyen je lebih.


Lepas penat berjalan, kita orang naik SCENIC CABLEWAY untuk turun ke tempat asal kita orang naik. Maka kembalilah ke tempat asal. Tunggu bas hop-on-hop-off untuk ke THREE SISTERS.



SCENIC WORLD

Scenic World ni tempat yang tadi kita orang masuk la. Naik Skyway, Cableway, Railway. Lepas tu pulak tunggu bas hop-on-hop-off untuk ke THREE SISTERS jarak dekat pulak. Tapi takde la sampai korang boleh sentuh benda alah tu. Belai-belai manja. Cium batu apa semua.

Masuk SCENIC WORLD ni pakej ye. Sekali bayaran je korang boleh menjelajah satu pekan naik bas. Ada tourist guide lagi yang potpet potpet sambil cakap "terima kasih" "sama-sama" "jumpa lagi" "semoga hari yang indah". Diorang praktis tau cakap bahasa melayu sebab ramai je rakyat Malaysia kat situ.




Aku beli ni 3 ketul. Aku memang obses dengan bear-bear macam ni. Selagi mampu beli aku beli walaupun hakikatnya duit ayah aku jugak yang mengalir. Tanggungjawab bapa kan. Hakhakhak



Ni la hop-on-hop-off


Mana satu kakak mana satu adik?? Mana satu umo 20 dan mana satu umo 14??




Happy Family at THREE SISTERS



Cun tak kami bertiga??



One two three. Three all together. Three Sisters. Mana sulung mana bongsu aku tak tau.



Masih di tempat yang sama.




Turun dari three sisters kita orang melawat sekitar bandar pulak. Bandar dia kecik je. Nak kata bandar macam takde la bandar sangat. Lebih kurang pekan la. Apa yang aku perhatikan, kat Katoomba atau Leura ni takde traffic light. Macam mana diorang handle? Lu pikir la sendiri. Diorang takde nak pentingkan diri sendiri. BERTOLAK-ANSUR. Kalau Malaysia boleh tak buat macam tu? Kurangkan marah-marah bila driving. Jangan nak hon sesuka hati. Yang mana elok kita tiru yang mana tak elok kita jangan ikut. Apa-apa pun..

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendir, lebih baik negeri sendiri..



Leura Station...
Tunggu train nak balik Sydney.
Nampak pokok macam unik je apa lagi suruh adik ambik kamera tangkap gambar aku yang macam diva vogue de vassss.. :P





Feeling-feeling retis fofular



Tak dapat jadi model majalah, model blog pun jadilah..


Balik....

Malam macam biasa lepak Circular Quay. Gambar-gambar tempat tu yang aku dah publish sebelum ni..


sambungan...
Day 3: Tarongga Zoo


Lots Of Luv,
Fatin Aziz

Tuesday, September 3, 2013

Winter In Sydney : Around The City

Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan, nak cerita pasal something yang interesting. Ha ni la. Tak interesting bagi korang tapi interesting bagi aku. Malas nak menaip sebenarnya. Jadi kalau tengok gambar melampau banyak dari potpet potpet faham la ye yang sekarang dalam tengah mood malas.






We are in SYDEY.
Beraya di sydney.
Salam perantauan dari kami sekeluarga.. :)

Antara tempat yang aku nak pergi. Finding Nemo punya hal la ni. Kalau korang ingat lagi cerita yang Nemo sesat. Tengok-tengok kat Sydney. Dalam cerita pun ada kapal banyak-banyak. Tu yang aku tergedik-gedik nak gi. Kartun pun boleh membuatkan aku nak pergi tempat ni..



Ada macam cerita FINDING NEMO tak???



15 AUGUST 2013


Flight sampai pukul 10am lebih kurang macam tu la. Pakai baju t-shirt biasa. Keluar Airport cari toilet sebab nak terkencing. SEJUK...lepas keluar toilet masuk aiport balik cari toilet sebab sakit perut. 8 jam perut berehat dari pelaburan konfem-konfem la sakit tak tahan kan..wakaka

Sakit hati bila toilet takde paip air. Stress aku kalau toilet macam ni. Lap dengan tisu?? No way!!! Tapi disebabkan dah biasa travel, botol air kosong dah tersedia dalam beg. Isi air kat sinki dan start "kerja" kat dalam toilet tu senyap-senyap. Make sure botol air tu besar ye. Kalau buang air kecik takpe la botol kecik. Kalau buang air besar, nak ke korang ulang alik ke sinki topup air? Malu malu malu...

Its on 15th August. My sister's birthday. Turun flight wish birthday. How lucky she is.. :(



Turun je flight,ambik teksi balik apartment. Bermalam di apartment sebab ada dapur, ada bilik. Paling best katil untuk 2 orang aku tido sorang-sorang. Nikmat sungguh tak terkata.


Rumah sempit tapi semua lengkap. Peti ais, dapur, mesin basuh,pengering baju, katil 3 biji. COMPLETE!!!


Dapur


Toilet pun aku upload nak tunjuk betapa bestnye apartment ni..


Lepas je mandi,makan. Ambik energy sebab nak kena berjalan jauh lebih kurang 1 km. 1 km pun nak bising ke? Mestilah..Jalan kaki bukan naik kereta. Kalau yang lepas  padicure madicure tak ke rugi. Jimat punya pasal. 1 dollar lebih kurang RM3 kita. Pergi mana? Pergi PASAR beli ikan.

Nak jadi omputeh, kita makan ikan salmon for birthday dinner my sister. Lepas tu ke MARKET CITY beli sayur-sayur. Kat sini murah sikit




Fresh tau ikan salmon kat sini. Rasa macam nak beli je semua. Paling best nak beli ikan kat sini tak payah cakap omputeh siap dengan slang British ke Amerika ke. Bahasa melayu pun boleh sebab banyak orang Indon keje kat sini. Student ambik part time. Best kan.. Untungnya.. :(



Untung pulak jadi ikan. Boleh masuk gambar bawak balik sampai Malaysia. Tak payah nak jadi model seksi2 bagai. Hekhekhek



 Harbour bridge kot kalau tak silap aku. Dah lupa..Maap ya..


Baru aku perasan, jalan diorang takde longkang atau parit. So takde la berbau busuk kan. Semua tempat diorang bersih. Amalan yang dilakukan tak kira siapa pun mereka adalah "nampak sampah buang dalam tong sampah. Walaupun cuma plastik gula-gula." Sebab tu negara diorang bersih!



Sunyi dan sepi. Itulah SYDNEY. Ramai orang, banyak kereta tapi tak bising. Takde bunyi hon sana sini. Rempit sana sini. Drift kereta macam jalan mak bapak ada share kat syarikat jalan raya. Semua orang bergerak pantas. Kejar masa. Kalau yang nak pergi kerja tu diorang jalan punyalah laju. Siapa pernah lepak kat KL Sentral konfem terkejar-kejar tengok orang lari sana lari sini, jalan langkah sebesar kangkang nak kejar LRT. Kalau korang nak tahu kat sini lagi laju. Trafik light pejalan kaki warna hijau berapa saat je. Lampu merah, aku baru pertengahan jalan. Mat saleh dah 50 meter depan aku.


Gambar kat sini akan update banyak lagi sebab selama 3 hari aku kat SYDNEY, kat sini je la tempat aku melepak. Tak kira siang dan malam. Hehehe



Malam aku ada kat sini pulak. Kalau aku cakap aku gi scuba diving korang percaya? Kena la percaya sebab memang aku gi cuba diving pun..


Cantik kan. Agaknya kalau design bilik tido macam ni ada tak yang nak tolong buatkan??







SCUBA DIVING DI SYDNEY AQUARIUM
Tempat ala-ala AQUARIA KLCC je..
Tak payah nak pandang rendah kat aquaria ye..



Comel tak kak ton??Comel leeewwww..Malah lebih comel dari kak ton.



Selesai "Scuba Diving"



Bergambar lagi??




Makan...Very kebuluran..



KEBAB..
Kat sini makanan halal tak susah cari. Kalau yang halal diorang akan letak sijil perakuan halal depan kaunter terpampang besar macam banner kawen. Malah lebih meriah dari banner kawen. Kebetulan waktu aku pergi banyak je rakyat jelata yang muslim kat bumi SYDNEY. Arab, Indonesia, Malaysia KELATE pun sempat lagi jumpa tengah jalan potpet potpet dengan ayah aku tengah-tengah jalan buat macam kat negara sendiri.

Bila kat negara orang la baru kita nampak sebenarnya peramah rakyat Malaysia ni. Jumpa sesama sendiri bagi salam. Tegur. Bersembang macam dah lama kenal.

Kalau kat MALAYSIA, jalan selisih bahu tercuit sikit pun takde nak cakap maaf apatah lagi tanya tinggal kat mana kan....Tambah-tambah kalau yang ada mata seksi atau smokey eyes, jeling mak aii macam nak tercabut mata tu dari tempat asal.



 I wish I could catch them. But....frustrated...


Aku nak snap gambar burung merpati tu. "merpati dua sejoli" tu jugak yang masuk. Haish!!









 Macam dalam movie ala-ala horrow gituw..Sunyi sepi lepas tu penjahat tengah skodeng dari belakang.






Sunyi?? Jalan ni je sunyi. Belakang aku bising dengan muzik dengan orang tengah bergumbira senang lenang.


Merpati dua sejoli ni takpe.



Dan lagi..



Sambungan.. 
Day 2: Blue Mountain..


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...