Tuesday, January 28, 2014

Mulakan Dengan Setapak

Assalamualaikum...


Niat di hati nak update pasal stok barangan baru di Fatyyn Shopaholic Shoppe tapi taknak letak tajuk macam nak jual online kat blog. Nanti semua lari. Blog ni bukan online website jualan cuma diari hatiku yang luhur lagi murni. Maka dengan itu tajuk perlulah jangan terlampau komersial macam tengah buat direct selling!


Bagi yang pernah contact secara personal untuk some product (produt gituuww) kat online shop aku, thank you so much. Certain customer mesti tau kan apa yang aku tengah usahakan. Semestinya gelang dan rantai silver! Sampai balik kampung, pakcik makcik sepupu sepapat semua panggil aku tokey gelang. Huh!! Hodoh betul gelaran tu.


At first, jujur aku cakap yang teringin nak bisnes tudung atau pakaian. Fikir punya fikir terlampau ramailah pulak berbisnes tudung. Aku ni dah la baru nak belajar. Pilih jalan selamat aku cari peluang bisnes yang jarang orang buat tetapi cabaran hebat berbanding jual pakaian.



Sebab apa?

Cuba bayangkan..satu gelang ni berharga RM85. Tudung berharga RM45 yang berkualiti. Yakinkan orang yang kita ni bukan penipu tu yang susah. Customer perlu melaburkan almost RM100 (include postage) untuk satu gelang. Bukan mudah nak yakinkan tu supaya diorang percaya yang kita bukan makan duit diorang tambah-tambah orang baru belajar.


Permintaan tu menggalakkan jugak sebab jarang orang jual silver secara online tapi nak grab pelanggan sebanyak yang boleh tu teramat susah. Tau tak lebih kurang 6 bulan kot aku start bisnes takde sorang pun yang nak. And now aku tarik nafas lega..Sikit demi sedikit orang dah mula cari. Hekhekhek

Jadi bila orang dah mula kenal, barulah kita ke next mission..






Dan misinya adalah memasukkan stok-stok tudung ke dalam online bisnes aku. Bila dah ada followers, mudah la sikit nak promote walaupun takde la semudah 123. Orang yang buat bisnes online je akan rasa perit dan sakit nak cari customer. Even sekarang pun terasa lagi sebab kekadang tu busy dengan study sampai satu sem terus aku abaikan bisnes. Customer pun chow la!!


Kalau korang-korang minat gileerrr-gileerr kat tudung-tudung tu boleh la usha-usha kat Fatyyn Shopaholic Shoppe. Baru je start bisnes tudung tetapi barangan silver masih lagi ada dijual dan untuk lebih exclusive...




PANDORA ALSO HERE...
Harga amat berpatutan dan mampu milik.

Find me at:



Boleh contact kat mana-mana link. Fanpage pun boleh, personal account pun boleh. InsyaAllah akan dilayan sama rata. :P


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Monday, January 27, 2014

Video Of Fun

Assalamualaikum..

Hari tu post pasal Aussie lupa nak selitkan video. Bila baca balik post tu bagus jugak aku tak letak video sekali. Macam sarat la pulak post tu. Malas nak buat part I, part II so nak selesaikan cepat-cepat terus longgok dalam satu entry. Pastu menyesal sebab everytime buka blog loading lambat siot dohh..Hehehe..

Have fun!!!



Itu sahaja ye. Menonjol gila kemalasan aku tahap queen of lazy. Korang layan je la video ni. Biar aku cari ketenangan nak pikir something yang boleh update blog yang macam sarang labah-labah bertenggek.


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Tuesday, January 21, 2014

Homemade Chicken Wrap

Assalamualaikum..


Hari tu ada beli roti tortilla jenama Mission wraps punya. Beli tu sebab nak buat shawarma. Takde roti arab kita guna je la yang seakan-akan.. Bila dah cuti ni mula aku nak buat macam-macam. Workout pun nak, bisnes pun nak. masak pun nak tapi western punya la. Senang dan cepat. Kalau masak yang susah habis terbalik dapur-dapur tu aku berlari ke hulu ke hilir dengan pisau di tangan. Bukankah itu bahaya??


Coleslow umi yang buat. Tak sempat aku nak buat umi dah buat dulu. Macam tau-tau je anak dia nak makan apa.

Chicken wrap yang susah bagi certain orang bila nak gulung. Kan? Kan? 
Lepas gulung konfem berterabur inti-inti dalam tu. Bila gigit habis tangan berlengas dengan sos mayonis apa semua. Tapi aku ada kisah? Yang penting nampak macam wrap. Hahaha

Bahan-bahan:
1. Isi ayam 
(nak guna isi ayam ready make pun boleh cap ayam dinding-aku selalu guna)
2. French fries
3. Mission wrap
(suka hati nak jenis yang mana satu. aku guna potatoes punya)
4.Salad
(Tak suka sayur tak payah letak)
5.Mayonis
(aku tak suka so tak letak. umi suka then umi letak.)
6.Serbuk roti



Mula-mula letak salad. Nak potong kecik-kecik pun boleh. Resepi orang malas dan nak cepat memang macam ni. Mujur aku rajin basuh bersih-bersih. Kalau ada mesin yang boleh basuh sayur, dah lama aku masukkan dalam mesin tu.


Letak Coleslow pulak. Resepi mohon google sendiri ye sebab aku tak buat. Umi aku yang buat. Jujur gituuuu.. 


Letak isi ayam. Yang ni isi ayam disalut dengan serbuk roti. Bukan yang ready make punya. Kat tesco berlambak yang isi ayam ready make. Lebih mudah. Goreng je even ni pun dah mudah kita cari yang mudah lagi. :P


I'm potato's fan. Semua benda nak ada kentang. Nak senang beli fries goreng je. Ada orang rajin, diorang beli kentang, potong ikut saiz diorang nak then goreng tambah ingredient sikit-sikit. Budak engineering suka cari jalan mudah. So ni la jadinya.


Tarrraaaa...
First time wrap tak terburai kalau tak, sepanjang perjalanan aku berjalan mesti akan ada tompok-tompok sos. Dari situ umi boleh tau yang aku ni makan tak bertempat. Port aku konfem depan tv. Wakakaka.


p/s: Aku tak minat mayonis so tak letak. Kalau korang minat bolehla sapu atas roti tortilla tu. Taip entry ni baru perasan dalam peti ada cheese la. So gunakan inovasi tambah cheese pulak..


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Saturday, January 18, 2014

Winter In Melbourne: Mt Buller

Assalamualaikum...

Ini adalah entry tertunggak ye tawan-tawan. Aku minat blogging tapi malas typing. Harap faham! Malas nak update tu memang ada sebab dah lama dah tapi macam tak best la pulak bila travelog Aussie tak lengkap. So nah...Malas cerita panjang lebar. Tengok gambar je la ye. Jimat tenaga,tenang kepala otak nak pikir ayat yang sesuai.



On my way to Mt Buller. Berapa lama nak sampai dari Melbourne aku dah tak ingat. Pergi bulan 8 tahun lepas tahun ni baru update.

First expression.." eh kenapa jalan warna putih semua??"
Umi pun jawab " salji la tu"
Ohmai Ohmai... Boleh tak terpikir. First time memang la macam ni..


Kereta pun dah tak nampak rupa. Semua putih macam tepung gandum. Eksaited bebeh!!!


Waaaallllaaaa...Mabeles!!!!


Dulu tengok kat tv sekarang tengok depan mata. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang



Baju kembung-kembung. Seluar kembung bawah. Sebab takde saiz. Saiz dewasa takde yang pendek semua panjang ikut saiz obersea. Saiz kanak-kanak ada lah. Ohmai jatuh standard aku pakai saiz kanak-kanak. So terpaksa la pakai jugak. Nak amek gambar pun tak lalu sebab nampak macam.....pape2 je la..
Btw umi macam tengah baca doa je.. :P


First time mak jah. 


Dont worry, tak terasa asing langsung sebab jalan kiri " orang Malaysia ke??", jalan kanan " Malaysia kat mana??", jalan depan " dari Indon ke Malaysia?", jalan belakang " Dari mana? Malaysia?"


My boyfriend forever and ever. Boyfriend macam ni ko nak gtau satu Malaysia pun tak kisah. Boyfriend yang belum tentu milik kita jangan ober sangat gtau satu Malaysia. Buat malu diri sendiri je. Jangan bangga benda yang belum tentu milik kita. Peace yo!!


Tengok seluar macam kembung je tu aku la. :(


First time nak main memang macam takot-takot sikit so pergi main kat tempat kanak-kanak. Orang tengok pun ada aku kisah. Beginner act as beginner. Kalau over pergi tempat yang cerun slide tergolek dok baru malu. Pelan-pelan.



Kitaorang tak pergi Mount Stirling. Pergi Mount Buller je.


Geram tengok salji-salji ni. Semua putih. Rasa macam duduk kat tempat yang suci gila. Tak nampak sikit pun kotor. Sampah pun takde. Seluruh kawasan putih memukau.


The only mom in the world yang always support me in everything that i do




 Lets start the game!
Dah rasa macam expert sikit baru naik kat bukit yang tinggi. Adventure tu mabeles!
Muka tu boleh blah kau noks...

Kat sini nak main ski pun boleh. Sebelum main ski sape-sape yang takde asas dont worry sebab diorang ada trainer yang akan train korang sampai boleh main. Aku teringin nak main tapi memandang aku pergi pagi balik petang so masa tu takde. Kalau korang nak main ski, aku suggestkan korang untuk bermalam di Mount Buller. Baru sempat nak main ski plus dengan training class.



My adik lagi la eksaited. Sambut birthday kat obersea main-main salji lagi tu.
Aku sambut birthday main PS1 je. Zaman purba betol.



Rindu giler nak main lagi. InsyaAllah ada rezeki, Im coming!!!


Giliran umi pulak. Everyone must try. Peluang yang jarang dapat so ada peluang gunakan. Asyik luncur dengan pelampung je kat Sunway Lagoon. Luncur salji la pulak.


Mula-mula memang macam gerun. Rasa macam seriau or something like that. Susah nak describe. Bila dan sekali cuba nak kedua, ketiga, keempat, kelima dan kalau boleh nak buat rumah depan bukit tu. Bangun pagi pergi slide then baru masuk rumah breakfast.


Abah's turn. Steady cool walaupun first time. Haruslah tunjuk macho depan puteri-puteri. Jatuh standard la ayah pengecut dengan anak-anak. Hahahaha





How dare you adik. Nak femes sensorang. Sanggup tutup muka Iolls dari masuk gambar.



 Eeeeuuuwwww..macam budak-budak bila tengok perangai aku. Come on behave sikit. Act like you are 20s. Hahaha




Nak main ski tak boleh. Takkan nak main luncur salji sampai ke petang. If uolls nak tau kat sini pun ada cable car as transpor nak naik atas. Kat atas puncak gunung ni la orang main ski. Kalau nak tengok permandangan seluruh pergunungan ni boleh la naik cable car ni. Nak pusing berapa kali pun tak kisah. Aku naik ni pusing 2 kali non-stop tak turun-turun. Takde orang kisah pun. Penjaga pun tak hairan sebab foreigner kan. Mestilah diorang bagi first class punya treat. Macam la kita kat sini kalau foreigner bukan main ko senyum kambing. Tapi kalau sesama sendiri kalau boleh kelat lagi kelat ko bagi senyum. Pakej dengan jelingan maut! Btw tak semua okay..nanti kena banned pulak. Hehehe


Puncak gunung lagi la teramat sejuk dan salji lagi tebal. Kawasan pun nampak kabur je. Macam orang rabun jalan tak pakai cermin mata. Macam tu la rasanya berjalan kat atas puncak gunung. Kalau nak cari orang pun mungkin susah sikit la nak cari. Kepada bini-bini yang takot hilang laki, peluk kuat-kuat. Bukan apa, takot bermadu dengan minah salleh je. Wakakaka





Bukan untuk naik ye. Ni kereta peronda. Kalau-kalau ada kemalangan ke, salji tebal sangat sampai orang yang pergi main ski kat ceruk mana tak boleh balik, diorang ni la yang akan ronda seluruh pergunungan tu untuk bagi bantuan. Ataupun main ski laju sangat terlampau expert nak tunjuk kat makwe-makwe sebelah tetiba terlanggar pokok, terjunam dalam gaung ke, peronda ni yang akan pergi selamatkan.


Jangan ingat anak-anak je pandai posing, umi I pun pandai. Paham-paham la kami dua beradik ikut sape ye. Hekhekhek


My inspiration.
Ketika jatuh mereka ada.
Ketika naik mereka ada.
Ketika sakit mereka ada.
Ketika sihat pun mereka ada.


Love this picture so much.
Cantik kan. Kan? Kan? Kan?
Angguk la sikit!!!


Hot coffee and hot fries memang betul-betul walllaaahhh!!!!
Datang tempat-tempat sejuk baru aku rajin minum minuman panas. Kalau tak asyik letak ais je. Teh ais, nescafe ais, kopi ais.




Waktu ni salji dah mula turun. Dalam petang jugak la rasanya. Makin lewat makin lebat.
Dinasihatkan pakai topi untuk tutup kepala. Jangan bagi kena salji. Salji ni macam hujan jugak. Tak boleh kena hujan. Jangan mentang-mentang salji korang suka hati je tak pakai topi biar kepala semua nampak putih.


Hanya mampu pegang. But I'll make sure kalau sekali lagi pergi aku nak main ski!
Bukan janji tapi PASTI!


Belakang-belakang tu hotel. Kalau nak bermalam pun boleh. Ajak abah bermalam kat sini tapi taknak, alasannya sejuk. Mana taknya, kat Melbourne pun tiap kali abah aku buka tingkap aku bising suruh tutup ni ada hati nak tido kat gunung. Piiirrrahhhhh!


Suasana kawasan tempat orang menginap.



 Tengok gambar baru perasan ada salji atas kepala. Adik aku punya pasal la ni. Main baling-baling salji tiru gaya movie-movie waktu Christmas.


Mount Buller


Turung dari puncak gunung, main slide untuk second round tapi yang ke berapa kali tak ingat. Infinity dah rasanya.


Last picture before saying goodbye to Mt Buller.
I'm promise to you that one day I'll be there again with my family or my new family maybe. Ahaks!!!


Finally habis pun travelog ke Australia.
Yeay!!!
Next travelog Thailand!!!
(itupun kalau rajin)

RECAP:
Lots Of Luv,
Fatin Aziz..

Tuesday, January 14, 2014

Adakah Anda Peminat Gajet?

Assalamualaikum...

Tinggal satu lagi paper sebelum boleh bernafas selega-leganya. Taip cepat-cepat sebab nak sambung study balik. Ni pun sebab nak postkan short entry. Tolong rakan blogger yang lain. So guyzzzz check it out...





Ha!!! Ni nak cakap... Korang boleh ke hidup tanpa handphone. Takde yang canggih-canggih pun tak kisah yang penting ada phone at least boleh call or mesej kan. Yang ada pakwe makwe lagi la tak boleh hidup tanpa phone kan. Tak mesej sehari tak call sehari hidup semua tunggang langgang macam dah takde hala tujuan hidup. Tapi bukan aku la. Sekadar pemerhatian je..Wuahahaha..



Tapi alangkah lebih baiknya sekiranya kita dapat memiliki smartphone. Paling cikai pun satu ye dok?? So kat sini aku akan bagi link untuk korang rujuk senarai harga smarphone ataupun nak beli online pun boleh. Bukan setakat online,COD (cash on delivery) turut disediakan.  Paling best sekarang ni tengah ada promosi Tahun Baru China. Harga semua meletop pow pow bak ang pau kata kow...


Nah linknye... Grab it one!!!!



SELAMAT BERSHOPPING


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...