Thursday, March 28, 2013

Cerita Manis Bak Gula-Gula Kapas 3


First of all, to those yang baca cerita ni PART1 dan PART2, terima kasih sangat sebab sudi baca walaupun mengarut tetapi ini kisah benar...

.........................................................................................................................

SAMBUNGAN DARIPADA PART 2....


Selepas habis minggu lab yang amat menyeramkan aku tu,perasaan lega yang amat datang. Rasa macam hidup ni free je tak ada benda nak fikir lagi. Tetapi bila datang minggu yang seterusnya...



"WHAT??? Lab machine lagi??? Ala bosan la. Dah la susah nak mampos!!!"

Terbeliak mata aku bila dengar kawan cakap next week lab machine lagi...


Dalam fikiran aku konfem aku tak jumpa dah dengan abang tu sebab dia jaga lab grinding bukan lab welding. Bagi sesiapa yang tak faham apa itu welding dan grinding, sila google ye sebab aku pun bukan pandai sangat. Budak Mekanikal tahulah bab-bab ni. Aku cuma belajar BASIC je. Walaupun BASIC tapi dah macam !@#$%^&(()))(*&%#@


KEESOKKAN HARINYA!!!!


Waktu tengah briefing pasal welding,semua budak perempuan...


"Ouch!!!"


"Aaaahhhh...Sakitnye.."


"Weh takut la nak buat ni. Meletup-letup"


"Taknak buat sorang-sorang. Pair leh tak??" 


"Nak balik...Agak2 carry mark banyak tak???"


Tetapi lelaki...Selamba badak je...


Setiap orang harus bukan wajib ye, menghasilkan satu projek. Memandangkan tempat aku barang rosak so assistant tu suruh pindah share dengan kawan. Sebab tu aku guna term "HARUS" walaupun pada mulanya "WAJIB".


Aku pair dengan kawan aku (perempuan).

Perempuan + Perempuan = Tak jadi apa-apa pun

"Takutlah" + "Takutlah" = "Ouch" (kuasa 2)

Tak nak buat + Tak nak buat = Dua2 markah kosong

"Meletup" + "Meletup" = " Opocot api kau meletup"


Walau bagaimanapun, siapa kata perempuan tak mampu buat apa yang lelaki buat???
Aku dengan kawan still usaha tetapi 2 plate tu tetap tak bercantum. So inisiatif yang diambil adalah dengan...


Kawan: Fatin tolong panggil siapa-siapa sebab plate ni tak cantum jugak. Dah nak habis masa ni.

Me: Okay. Jap ek nak cari...


Then aku nak nampak abang-abang tu (abang putih dan abang budiman).


"Eh, bukan diorang jaga lab sebelah ke???" -hati berkata (hekhekhek)


Then ternampak abang putih tu lalu depan tempat projek kita orang. Bila aku disuruh mencari orang, konfem la abang tu lalu pun macam semut je lalu. Maksudnya aku buat tak tahu je sebab aku memang tak nak dia yang tolong..Hehehe..


Lepas tu balik ke tempat asal aku.


Me: Weh tak ada siapa pun la. Semua busy tolong orang lain :P


Kawan: Okay :(


Kawan aku bertungkus-lumus cuba nak cantumkan plate BUT aku pulak pergi tawaf satu lab sebab nak cari abang yang budiman lagi baik hati. Waakakaka..So bayangkan, aku sanggup tawaf satu lab nak cari abang tu walaupun ramai je lagi yang lalu lalang boleh aku mintak tolong.


Dan yang paling paling paling paling teruk aku biar je kawan aku buat projek tu sorang-sorang. Baik tak aku?? :P


Lepas tu kan korang, aku nampak abang yang budiman lagi baik hati tu lalu kat depan tempat projek kita orang. Kurang dari satu saat terus aku angkat tangan suruh dia datang tolong walaupun waktu tu kawan aku tak suruh cari pun. Hahaha..


Tangan aku kan lebih cepat bertindak dari otak!!!!


Lepas je kelas...


"Patutlah tadi kite cari Fatin asyik tak ada pun kat sebelah rupanya pergi cari buah hati..."

Riuh satu kelas. Akibatnya majoriti budak perempuan tahu yang aku admire kat abang yang budiman lagi baik hati. :P



Ada lagi tau..InsyaAllah lepas ni yang terakhir... :D


Wassalam..


Bagi yang keliru...sini nak nak explain..


Abang putih : abang yang tolong acuh tak acuh which is aku tak suka. Totally tak suka even dia handsome tahap gaban pun..

Abang budiman: abang yang tolong aku secara sebetul-betulnya..Dan AKU SUKA!!!

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Thursday, March 21, 2013

Cerita Manis Bak Gula-Gula Kapas 2

...............

Abang tu pun pergi la sebelah aku. Bukan pujuk ke apa ye tapi dia pergi tolong aku.Takkan la di anka pujuk macam budak2... Dia berdiri sebelah aku,then dia perbetulkan besi yang rosak tu. Dari herot petot jadi licin selicinnya. Boleh dikatakan half way projek tu dia yang tolong buatkan.

Dalam hati..

"Selamat projek aku..."


INI YANG AKU MAHUKAN BUKAN YANG CAKAP BLA BLA BLA :P


Dia berdiri sebelah aku sambil buat kerja sambil tu la dia explain kat aku satu persatu. Aku dengan penuh minat tekun dengar benda yang dia explain walaupun niat di hati memang terpesong jauh yang amat!


Budak INTERNATIONAL tu memang la tak faham sebab abang tu explain kat aku dalam bm. So memang terserlah la keakraban aku sebab dia explain aku dengar. Aku tanya, dia jawab. Aku panggil, dia datang. Aku tak panggil pun dia akan datang sambil cakap..


"Macam mana boleh buat???"

"Dapat tak ukuran yang sebenar???"


Once aku cakap..

"Ala ukuran terlebih la. Nak buat macam mana ni??"


Dia akan cakap balik...

"Tak pe lah. Abaikan. Tak boleh nak buat apa pun. Teruskan je la."



Dalam hati..



"Saje je aku nak bercakap..Wakakaka"






Sejak tu la, setiap kali kekonfiusan datang (rasanya tak payah tunggu konfius kot) aku dengan pantas tanpa ragu-ragu angkat tangan mintak bantuan dia. Aku ni jenis yang ragu-ragu sikit kalau nak mintak bantuan orang. Lebih kurang macam..


"Eh nak tanya ke tak?"

"Ala malu la.."

"Suruh kawan aku je la yang tolong aku."

"Nak angkat tangan ke tak?"

"Kalau dia tanya soalan aku nak jawab apa?"


Ha macam tu la. Tapi yang ni laju je. Otak belum interpret apa-apa, anggota aku dah dahulukan. :P


Sampailah habis masa buat projek aku panggil dia dan boleh dikatakan dia je la yang asyik bantu aku dengan group sebelah aku. Sebab group kita orang berdua je kot yang ada problem. Mana taknya aku partner dengan international yang group sebelah aku pulak dua2 perempuan. Memang susah la. 


Boleh dikatakan bergilir-gilir. Lepas tolong group sebelah, group aku lak lepas tu sebelah then aku and vice versa. Waktu ni aku tak perlulah nak angkat tangan sambil terkinja-kinja takut dia tak nampak sebab dia sendiri yang akan datang tengok lenih kurang 10 minit sekali...so sila JELES ye @_@
Feeling aku waktu cuma Tuhan je yang tau..hek3


Sehinggakan kawan aku depan belakang tanya..


"Apsal abang tu selalu je tolong ko?? Kita orang dia tak datang pun tolong. Kalau tolong pun tak adalah sampai macam tu sekali."


 Aku ingat aku sorang je yang tak suka minta tolong abang putih rupanya kawan-kawan aku pun. -_-

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jangan ingat "Cerita Manis Bak Gula-Gula Kapas" ni dah habis. Ada lagi tau....

TUNGGU~~~~


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Friday, March 15, 2013

Cerita Manis Bak Gula-Gula Kapas

Salam..

Kali ni nak cerita story sweet-sweet. Kalau korang baca entry yang lepas dan lepas dan lepas lagi, aku ada cakap yang "masuk minggu kedua aku mula rasa happy" ada kan? Kalau korang geleng maknanya korang tak pernah baca la.. Nak baca klik bawah ni




Ceritanya begini...

Aku paling tak suka masuk lab dan kena operate mesin-mesin ni. Dah macam keje kat kilang dah aku rasa. Bak kata lecturer aku.

"nak jadi engineer yang berjaya,kita kena tahu pelbagai bidang. Buka minda dan luaskan kotak pemikiran"-lebih kurang macam ni la


Mula-mula aku masuk, dah kacau mood aku. Sebab satu mesin wajib ada 2 orang dan WAJIB lelaki dan perempuan. Aku bukannya rapat sangat dengan budak lelaki. Tiba-tiba ada seorang budak INTERNATIONAL dalam kelas kita orang. Selama ni tak pernah muncul pun. Tak pe lah tak penting pun.


Yang menjadi PENTING TERAMAT SANGAT bila budak international pergi partner dengan aku. Kalau korang, takkan nak tolak sedangkan korang belum ada partner. Nak tunggu budak lelaki lain memang berjanggut la sebab diorang memang selalu masuk lambat.


Maybe bagi korang ok ape pair dengan dia sebab boleh try speaking kan? Speaking tu aku tak peduli la. Yang aku peduli adalah dah la aku sendiri pun tak faham assistant lab tu briefing pasal machine, ni pulak nak explain kat budak tu sebab diorang briefing dalam bm. Fuhhhhh!!!!


Pastu keje salah faham. Dia faham lain aku faham lain. Apa aku cakap semua salah, dia cakap semua betul dan bla bla bla. Huhhhh!!!

Akibatnya, dia buat projek ikut suka hati dia dan akhirnya projek tu rosak. Tapi aku bukan nak aibkan dia, cuma nak intro kan story ni. Dan aku pun tak salahkan dia sebab bila berkumpulan kita kena terima la kelebihan dan kekurangan sama-sama kan. (Wah intro pun dah macam karangan SPM)


So bayangkan projek korang rosak lepas tu apa yang korang nak bawa untuk carry mark????


 *curi dari abang google*


Cerita bermula di sini....


Ada dua orang abang (abang la sebab muka muda lagi macam budak praktikal) sorang tinggi lampai, putih (HANDSOME..:P) dan sorang lagi rendah sikit je, kulit melayu la. (budak2 cakap dia manis kira masuk kategori HANDSOME la :P)


Waktu mula-mula nak start buat projek, aku mintak la tolong abang putih tu tapi dia bukan tolong pun. Dia tolong cakap je plus explain tu explain ni. Manalah aku faham! Lepas tu aku tak mintak tolong dia dah.


Waktu projek aku rosak, tiba-tiba abang yang sorang lagi tu datang tanpa diundang. Tak terlintas pun aku nak panggil mintak tolong dia sebab aku TERbekenan kat abang sorang lagi tu. So aku tak pandang pun yang ni, in fact aku tak tau pun dia wujud. Hekhekhek..

Then dia tengok projek aku. Then dia tanya..

"Kenapa ni???"

Aku pun jawab...

"Ntah..Tadi saya pergi sebelah lepas tu balik sini tengok dah rosak"

(serius aku nak nanges tension buat benda tu)


Maybe dia tengok muka aku bengang plus menyampah plus give up plus nak keluar cepat-cepat plus tak nak buat plus nak nanges plus plus plus...

Dia pun pergilah sebelah aku...

Apa dia buat????
.
.
.
.
.
.
.
 .
.
.
.




NANTIKAN SAMBUNGANNYA SEBAB TERLALU PANJANG NANTI BORING :P


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Thursday, March 7, 2013

Eh Result SPM Nak Keluar Kan?

Salam semua... :)

Aku bukanlah calon SPM tetapi nak juga berkongsi rasa berdebar, gementar, cuak bab kata pepatah orang bercinta...

"makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena"

Tapi aku...

Mandi basah je melainkan korang mandi tak buka paip air memang la tak basah.

Makan kenyang je sebab ummi masak sedap rugi tak makan nanti masuk hostel,makan kena catu sebab nak jimat.

Tidur ni je yang tak lena.

Tarikh keluar bila ek? Sepupu aku cakap 20 Mac. Anak kawan ayah aku cakap 18 Mac. Cuak tak????Aku dulu dengar tarikh nak keluar result pun dah cuak. Jangan kata dengar, bila orang tanya "result keluar bila??" jantung terus zzzuuupppp macam nak pengsan.

Kepada korang, korang dan korang yang tengah tunggu result SPM dan STPM, i wish good luck for all of you. Korang dah buat yang terbaik. Apa-apa pun nanti terima dengan hati yang terbuka. Jangan nak buat perkara yang pelik-pelik. Andai kata korang tak dapat seperti yang mana di target jangan rasa down macam aku dulu.

Seriously aku cakap yang aku target straight A's tapi tak dapat terus rasa down gila sehinggakan fikiran aku pernah dihasut tak nak balik rumah dan nak bunuh diri.
INI SERIUS!


SUBHANALLAH

AWAS!!! INI SEMUA GODAAN SYAITAN!!!

Tetapi alhamdulillah, diri aku kembali waras. Dari situ baru aku rasa macam mana orang yang pernah bunuh diri sebab tak dapat 5A dan 8A waktu UPSR dan PMR. Kadang-kadang aku pernah cakap..

"weh korang 4A 1B je kot yang bunuh diri segala bagai kenapa?"

"UPSR je kot. Over la nak bunuh diri segala bagai"

"Tak kesian mak bapak ke?? "


Bukan nak membangga diri tetapi aku capai target yang aku nak dalam UPSR dan PMR. Tetapi untuk SPM je yang aku tak mampu nak dapat straight A's.

Korang tolonglah jangan nak buat kerja-kerja pelik ni. Rezeki ni ada dimana-mana. Even aku tak dapat straight A's masuk U jugak. Buat degree jugak. 

Rezeki itu ada tetapi bagaimana ia datang dan diberi itu berbeza bagi setiap individu!





INGAT!!!!

Sekali lagi aku nak ingatkan JANGAN BUAT PERKARA YANG DILUAR IMAN KITA!!!
Apa pun yang kita dapat terima dengan hati yang terbuka.


"ALLAH TAKKAN MENGUJI UMATNYA DENGAN UJIAN YANG KITA TAK MAMPU NAK TEMPUHI"


Ye. Buktinya, memang aku down 3@4 bulan. Waktu ni baru betul mandi tak basah, makan tak lalu, tidur tak lena sebab asyik menangis. Tetapi aku lalui jugak walaupun pahit dan selepas dari itu aku gembira yang amat sebab apa yang aku dapat melebihi harapan aku nak straight A's.


So, korang get ready fizikal dan mental dengan semua yang bakal berlaku. Ingat! (banyak sungguh pesanan aku) makin kita dewasa makin banyak dugaan dan cabaran. Makin umur kita meningkat makin pelbagai peristiwa akan datang yang menguji mental kita. Semua ini proses untuk mendewasakan kita. Jangan takut untuk maju ke hadapan kerana once you step forward you will see something new in your life!



Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Monday, March 4, 2013

Bulan Mac Sudah

Rasa macam sekejap je dah bulan tiga. Macam baru je masuk tahun 2013.
Selama 2 minggu start sem alhamdulillah happy sekarang ni.
First week memang pressure sangat dengan lecturer yang over, kelas yang pack, masuk lab keluar lab, subjek yang berat sangat.

Tapi....

Masuk je minggu kedua terus happy tu mendadak. Hati bahagia. Pergi kelas pun gembira. Sebab ape???


Biarlah rahsia :P
(nak tahu cerita ape? request kat komen..hehee)




Kalau tengok entry yang dulu memang aku ada cakap aku keliru nak pilih yang mana terbaik untuk aku. Tetapi untuk masa ni aku taknak pikir lagi sebab ada masa lebih kurang 2-3 bulan lagi.


Jadi sekarang ni masa untuk aku bagi peluang dan ruang dalam diri aku untuk cari kegembiraan sendiri.

"sesungguhnya gembira itu tidak akan datang sendiri melainkan kita yang berusaha mencari dan menjadikan kehidupan kita ni gembira"


Semua ni dalam genggaman kita. Kita yang pilih jalan hidup kan. Kalau nak kegembiraan make it happy tapi kalau nak dalam kemurungan dan kesedihan teruskan tanpa usaha mengubahnya. :D


Jap2..

Hari ni hari jumaat kan?

So here the entry for friday..

Dapat jugak aku kawal nafsu kan..hehe..

Walaupun bukan waktu malam tetapi hari jumaat kan memandangkan aku nak bertolak ke Kuala Lumpur kejap lagi so aku mengAWALkan masa la..huhu :P


Wassalam...

p/s: Sebenarnya entry ni untuk hari Jumaat lepas tetapi busy pergi KL sibuk sepupu kawen so postpone ingat nak publish hari jumaat ni tetapi ada pulak yang komen lama sangat tak berUPDATE. so nah amek ni!!!


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...