Friday, November 29, 2013

Siapa Cakap Cari Kawan Baik Tu Mudah?

Assalamualaikum..

Yes Im still here. Final sebulan je lagi sebab tu jarang drop kat sini sebab busy yang amat dengan mini project, assignment dan test. Everytime kitaorang sibuk dengan semua benda ni, for sure sorang dari geng-geng propa which is selalu buat drama sendiri mesti akan jerit..

"AARrrrrrggGGGhhhh..Stress giler!!!Aku taknak belajar dah. Nak stop dan nak kawen."

Ayat ni dah normal dah. Setiap kali stress je sebut pasal nak berhenti belajar dan kawen. Maybe orang tengah nak up sekarang ni. Gadis-gadis 20-an, takde benda nak jadikan topic atau untuk release stress macam ni la jadinya.


So point yang aku nak kongsi kat sini, semua orang konfem akan cakap yang diorang nak cari pasangan hidup yang betul-betul faham dengan diri kita. Cari suami/isteri bukan senang sebab kita nak hidup lama dengan pasangan. Tetapi cari kawan senang ke???


Berkawan biar beribu, bercinta biar satu.


That's right!! Cari kawan pun susah. Kalau cari pasangan nak cari yang boleh terima baik dan buruk kita. Samalah jugak dengan cari kawan. Wajib terima baik dan buruk kita. Supaya yang baik, kita kongsikan yang buruk kita sama-sama tutupkan aib tu. Dalam dunia ni kita perlukan kawan. Berkawan biar beribu tak bermaksud sekarang kita berkawan dengan si polan, esok lusa kita cari orang lain dan tinggalkan dia. Berkawan dengan ramai orang bukan tujuan untuk bila nampak keburukkan seseorang terus kita tinggalkan dia dan cari orang lain tapi hanyalah untuk tambahkan pendapat dan yang paling penting happening. Best ke kalau ada kawan seorang je? Tak best tau sebab tak boleh jerit ramai-ramai bila ada hot story, tak boleh berdrama lebih-lebih bila kawan kita tengah gembira.


Contohnya, kalau kita dah lama berkawan dan dah tau perangai depan belakang, tiba-tiba ada perkara yang boleh terasa hati tu senyap-senyapkan je la. Tak payah la kita nak bising-bising. Normal la kalau setakat terasa sikit-sikit tu. Benda yang kecik tak payah besar-besarkan. Berkawan ni kalau bab-bab terasa ni biasalah, tak pernah lari dari kehidupan. Sebab tu aku cakap "boleh terima baik dan buruk". Kalau kita dah nampak kawan kita ni jenis yang baik, kalau setakat ada benda-benda buruk yang keluar dari diri dia tu butakan la mata kita tu. Anggap semua tu tak jadi. Mungkin kekhilafan dari diri empunya badan. Tapi kalau dah selalu menyakitkan hati, cari pasal sesuka hati, kacau hidup peribadi, family apa semua better cari kawan lain la. Hidup tenang, hati pun gembira!!!


Berkawan ni harus ada give and take. Siapa cakap pasangan suami isteri je perlu give and take? Berkawan pun. Kalau berkahwin kita nak kekal sampai jannah. Berkawan tak nak ke? Nak kekal sampai form 5 je lepas tu putuskan je. Nak kekal sampai universiti je, habis belajar cari kawan lain. Nak kekal sampai sebelum berkahwin, dah kawen taknak jumpa dah dengan kawan lama. Kadang-kadang bila kawan belanja teh ais ke, karipap ke tak salah pun kan kalau kita pun belanja jugak even benda tu tak mahal. Belanja tu tak semestinya Secret Recipe, KFC atau McDonalds, yang penting dia memberi kita menerima dan kita memberi dia menerima. Happy kan macam tu. Kalau menganggap barangan mahal baru belanja,maksudnya kita berkawan bukan sebab nilai persahabatan, tapi mengambil kesempatan!


Kawan yang baik akan selalu berada di waktu susah dan senang.
Kawan yang baik akan sentiasa menjaga aib kawannya.
Kawan yang baik akan sentiasa menyokong apa sahaja yang kawannya lakukan.
Kawan yang baik akan sentiasa akan berada disisi kawannya sehingga orang sekeliling akan tertanya-tanya sekiranya tidak melihat salah seorang dari kalian.
Kawan yang baik akan terima apa adanya tidak kira miskin mahupun kaya atau bijak mahupun kurang bijak.
Kawan yang baik akan saling melengkapi antara satu sama lain. Yang bijak ajar yang lemah. Yang berkemampuan bantu yang susah. 


Sekiranya ada kawan-kawan korang yang macam ni jagalah ukhwah tu sebaik mungkin. Sehingga ke syurga. Nilai kekeluargaan tiada galang ganti. Nilai persahabatan yang kukuh juga tiada galang ganti. Jangan sampai salah seorang dari sahabat kita pergi meninggalkan kita baru kita tahu yang sahabat kita jauh lebih baik dari sahabat yang kita terkejar-kejar nak berkawan.


Lots Of Love,
Fatin Aziz...

Saturday, November 16, 2013

Gelang Percuma Dari Fatyyn Shopaholic

Assalamualaikum...


"Dah lama usha gelang kat Fatyyn Shopaholic tu tapi takde duit nak beli..."


Sesiapa yang rasa dia macam tu boleh la ye join satu contest yang dianjurkan oleh seorang blogger ni.  Aku ni salah seorang sponsor. Orang tahap kemalasan setaraf  dewa ni memang malas nak anjurkan contest. Banyak benda nak kena handle. Join contest pun aku malas sebab nak kena alert. Takut menang tapi terlepas hadiah kat orang lain sebab tak alert kan. Rugi dah tu. Pernah je aku menang contest dapat RM20 tapi aku tak alert so terlepas. Sayang kan...


Kalau korang semua ni yang rajin join contest boleh la klik link ni ye...


Aku malas nak tetapkan gelang mana pemenang bakal menang. So aku pun biar pemenang yang pilih hadiah tu sendiri. Ikut citarasa. Warna apa, design mana semua ikut citarasa pemenang. Best kan. Ada tak blogger yang buat macam tu? Aku je buat macam tu. Semuanya sebab malas. Hahahahaha




 Pilihan sendiri. Banyak lagi design yang ada. Nak tau lebih lanjut silalah join contest tu ye. Ada rezeki dapatlah satu. Takde rezeki pm Fatyyn Shopaholic Shoppe dan beli satu. Hehehe..


p/s: Sekiranya perlukan sponsor boleh pm aku sendiri atau pm page Fatyyn Shopaholic Shoppe. Kita discuss. Ecehhhh...

Lot Of Love,
Fatin Aziz...

Thursday, November 7, 2013

Percutian Singkat

Assalamualaikum..


Mood tengah midterm tapi gatal miang keladi ulat bulu lagi nak menaip buat entry dengan gagah perkasa supaya pembaca tegar yang memang tak tegar takkan lari mencari port lain untuk bertenggek. Alasannya aku dah bersara jadi blogger sebab dah tak nampak cahaya yang aku akan publish entry baru.Sumbat tisu kat hidung gara-gara taknak hingus keluar laju je macam paip bocor. Waktu ni jugak la nak demam, selsema, batuk. Pakej!! Syabas betey!!! Kalau boleh taknak sebarang gangguan semasa menaip sebab aku nak cepat-cepat tido. Nak kejar mimpi dengan Mr Arrogant aku! Nanti terlambat, aku pulak yang menyesal bagai bini hilang suami bila bangun pagi esok mimpi tak sempat nak sampai ke ending.


Last week hari sabtu memang bercadang nak gi Kuala Lumpur sebab abah yang peminat tegar Red Warriors nak tengok bola. Tapi apakan daya tiket dah habis. Jadi nak memujuk pwincess-pwincess yang dua orang ni excited nak pergi KL digantikan dengan Langkawi. Macam bosan jeww. Macam boring jew. Macam hampeh jew. Macam nak bagi penampo jeww kat diri sendiri pulak dok cakap macam tu. :P



Dia ni suka sangat buat muka pelik-pelik everytime nak snap gambar dia. Tak ubah macam kakak dia. Siapakah???



Muka bosan dalam feri. Kalau dah beribu-riban kali pergi Langkawi wajarlah tak rasa apa-apa kan? Tambah-tambah bila si abah ni selalu je pergi Langkawi atas urusan kerja. Pwincess-pwincess ni hanya jadi secretary tak berbayar je. Ikut bontot abah diorang melainkan masuk toilet la.



Kata bosan tapi senyum meleret. Acaner??
Bergambo ni haruslah fake sikit. Kalau tak, macam mana nak terhasilnya gambar-gambar cantik menawan sebegini. Menangis semua photographer tak dapat cari makan lepas ni. Said no to DSLR!!! Guna kamera phone yang cikai pun boleh jadi cantik!


Me: Adik, memandangkan purse tengah tebal apa kata adik belanja kak fatin Baskin Robin.

Adik: Tak bawa purse.

Me: Tapi adik bawa duit kan

Adik: Abah, kak fatin suruh belanja aiskrim.

Me: Taknak aiskrim, KFC pun jadi la. Nak try yang baru.

Adik: Abah, kak fatin suruh belanja KFC.



Taarrraaa!!!!
KFC jeti point Langkawi



Hari kedua nak kelainan pulak kannnn.
Jom pekena masakan Siam pulak. Tinggal kat hujung-hujung negeri ni memang dah biasa makan-makan masakan Siam. Siapa yang datang Perlis roger aku untuk info masakan Thailand yang sedap fuhhh terangkat sampai peluh merecik! Baju tak basah, dahi tak berpeluh, airmata tak keluar, bibir tak merah, bukan pure masakan Siam la gamaknya tu.


Wan Thai Restaurant, Langkawi.
Umi, abah, Izyan berair-air mata sampai boleh cukupkan takungan air mandi kat rumah yang aku pulak selamba lembu je tanya "pedas ke?". Lidah aku ni dah kebal ke memang makanan takde lah pedas mana tapi diorang tu je yang over nak berdrama dengan aku. Kalau abah cakap pedas memang pedas la jawabnye. Kena jumpa doktor agaknya aku ni.




Lepas makan, check in hotel. Perangai abah aku ni pelik sikit. Kalau bercuti mana-mana je dia suka pindah randah hotel. Seminggu aku pergi Sabah, 3 hotel aku duduk. Kat sini pulak 2 buah hotel hanya untuk 3 hari 2 malam. Satu malam di Myhotel satu malam lagi di Baron. 




Lembab tahap datuk kepada datuk ulat gonggok pengurusan hotel ni. snap la gambar dulu untuk mengisi masa lapang. Check in hotel pun lambat. Nak bagi duit pun lambat. Setengah jam jugaklah nak dapatkan kunci tu. Aku ni dah la tak sabar nak golek-golek atas katil empuk ni bagaikan pwincess Snow White.Close up gambar ni sebab nak tengok nampak tak mascara yang aku pakai. Hewhewhew. Taknak tebal-tebal macam Che Ta pulak. Abaikan muka berminyak. Memang tak boleh nak ubah dah.. T_T




Esokkan sebelum balik, breakfast roti canai dulu. Teman umi shopping pulak. Umi dengan shopping ibarat isi dengan kuku. Wajib bersama kemana jua. Tak larat beli pinggan mangkuk, beli cadar pulak dua tiga set. Mujurlah Al-Ikhsan takde buat sale. Kalau tak, aku dengan Izyan akan tarik tangan, kaki, baju, seluar abah masuk boleh beli sepasang kasut ke, beg ke, baju dua tiga helai, jadilah kan. Baru boleh balik dengan hati yang tenang dan puas.


Actually aku pergi Langkawi ni bukanlah bercuti sangat pun. Saja je ikut abah aku kerja. Aku dah cakap kan yang aku ni secretary tak bergaji aka paparazzi umi aku. Secretary original tinggal kat pejabat. Secretary otak biul lagi sewel ditambah senget ni je yang ikut. Baru direstui MEM besar.

SEKIAN


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Saturday, November 2, 2013

Cermin Mata Trend Sekarang

Assalamualaikum....


Zaman sekarang ni jangan kata "tidak" "tak sesuai" "hodoh" atau "jelik" sebab itu dinamakna fesyen. Kalau kita tengok sekarang tengah up dengan fashion yang warna-warna ombre, colour blocking. Kalau dulu-dulu baju hijau tudung purple seluar kuning, orang akan tengok pelik dan teros akan cop si polan tu unfashionable. Tapi sekarang ni yang pelik atau unik tu la orang akan ikut untuk tampil lain dari yang lain dan nampak menonjol.


Aku pun kadang-kadang keinginan untuk mencuba tu tetap ada. Tetapi perlulah lakukan assignment dulu ye supaya tidak di label mangsa fashion.


Trend memakai cermin mata pun dah jadi ikutan sekarang walaupun korang tu tak rabun. Aku pun tak faham betul lah. Aku yang rabun ni kalau ada ubat yang boleh buat mata kembali normal aku nak sangat. So tak payah kelek cermin mata ke hulu ke hilir. Rimas uolls!!! Kalau tertinggal cermin mata kat bilik then pergi kelas apa pun tak boleh. Huruf sebesar GAJAH pun belom tentu aku nampak.

Bagi korang yang kat luar yang sama rabunnya dengan aku atau nak berfesyen gunakan cermin mata ataupun sunglasses yang boleh menampakkan mewah, aku suggestkan korang ke lama web ni



Macam-macam bentuk. Macam-macam saiz. Macam-macam design. Macam-macam jenama. Macam-macam adooo.. Konfem tersembul mata-mata korang tengok gambar-gambar. Rasa nak beli semua je. Dari yang mahal hinggalah ke murah. Dari golongan "Tan Sri" hinggalah ke "Office Boy".


If korang tengah sengket sekarang ni atau dalam erti kata sebenar tak mampu nak beli dengan harga yang mahal. Its okay its alright!!! Ada yang harga around rm100 plus plus. Lagi best sebab tengah ada DISKAUN kak cik, abang cik, kak ngah, abang ngah, adik-adik, pakcik makcik ooiiii. Jom la pakat-pakat serbu. 

PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA.
PERCUMA TAU UOLLS!!
SEKALI LAGI PERCUMAAAAAAAA


Ha..Tengok tu ada kan yang around seratus. Berkualiti dan berjenama. Tak rugi pun korang nak beli. Kalau yang jenis suka shopping online macam aku memang tak rugi pun sebab tak payah la sweat gland bekerja  mengeluarkan peluh yang banyak. Nak pergi kedai cermin mata sambil belek-belek yang mana berkenan tu ambil masa tau. Peluh ketiak-ketiak ni taw. Kat rumah mengadap laptop, dalam aicond, pilih,bank in then sampai!! Easy is better. Buat apa nak merumitkan kalau ada yang mudah ye dak???








TAWARAN MENARIK!!!!

HANYA UNTUK PEMBACA BELOG NI SAHAJA..

"Anda anda dan anda boleh menebus kod diskaun sebanyak RM20 dengan setiap belian RM100. Untuk memudahkan klik link ni http://www.glassesonline.com.my/glasses/scottsfield-peter-%2B-david dan pilih design yang korang nak."

" perlu enter kod GOBLOG20 untuk menikmati potongan harga RM20 tersebut."

Best bukan??
Dah la tengah offer ,dapat diskaun lagi. Lagi best kalau korang beli time tengah offer, so amat bergunalah kod diskaun tu. Tetapi bila dah tamat offer RM20 macam sikit je kan. Jadi moh le kite jammed kat website GLASSONLINE sambil pilih yang mana berkenan. Marilah shopping dengan saya!!!! Kita tengok parcel siapa yang sampai kat rumah dulu..Hehehe