Tuesday, January 28, 2014

Mulakan Dengan Setapak

Assalamualaikum...


Niat di hati nak update pasal stok barangan baru di Fatyyn Shopaholic Shoppe tapi taknak letak tajuk macam nak jual online kat blog. Nanti semua lari. Blog ni bukan online website jualan cuma diari hatiku yang luhur lagi murni. Maka dengan itu tajuk perlulah jangan terlampau komersial macam tengah buat direct selling!


Bagi yang pernah contact secara personal untuk some product (produt gituuww) kat online shop aku, thank you so much. Certain customer mesti tau kan apa yang aku tengah usahakan. Semestinya gelang dan rantai silver! Sampai balik kampung, pakcik makcik sepupu sepapat semua panggil aku tokey gelang. Huh!! Hodoh betul gelaran tu.


At first, jujur aku cakap yang teringin nak bisnes tudung atau pakaian. Fikir punya fikir terlampau ramailah pulak berbisnes tudung. Aku ni dah la baru nak belajar. Pilih jalan selamat aku cari peluang bisnes yang jarang orang buat tetapi cabaran hebat berbanding jual pakaian.



Sebab apa?

Cuba bayangkan..satu gelang ni berharga RM85. Tudung berharga RM45 yang berkualiti. Yakinkan orang yang kita ni bukan penipu tu yang susah. Customer perlu melaburkan almost RM100 (include postage) untuk satu gelang. Bukan mudah nak yakinkan tu supaya diorang percaya yang kita bukan makan duit diorang tambah-tambah orang baru belajar.


Permintaan tu menggalakkan jugak sebab jarang orang jual silver secara online tapi nak grab pelanggan sebanyak yang boleh tu teramat susah. Tau tak lebih kurang 6 bulan kot aku start bisnes takde sorang pun yang nak. And now aku tarik nafas lega..Sikit demi sedikit orang dah mula cari. Hekhekhek

Jadi bila orang dah mula kenal, barulah kita ke next mission..






Dan misinya adalah memasukkan stok-stok tudung ke dalam online bisnes aku. Bila dah ada followers, mudah la sikit nak promote walaupun takde la semudah 123. Orang yang buat bisnes online je akan rasa perit dan sakit nak cari customer. Even sekarang pun terasa lagi sebab kekadang tu busy dengan study sampai satu sem terus aku abaikan bisnes. Customer pun chow la!!


Kalau korang-korang minat gileerrr-gileerr kat tudung-tudung tu boleh la usha-usha kat Fatyyn Shopaholic Shoppe. Baru je start bisnes tudung tetapi barangan silver masih lagi ada dijual dan untuk lebih exclusive...




PANDORA ALSO HERE...
Harga amat berpatutan dan mampu milik.

Find me at:



Boleh contact kat mana-mana link. Fanpage pun boleh, personal account pun boleh. InsyaAllah akan dilayan sama rata. :P


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

2 comments:

Unknown said...

btl...sy pun start dlu rse ssh sgt...skung alhamdulillah fanpage pun dh 2k lebih followers =)

jom bg idea..bole dpt hadiah free - http://eirza.blogspot.com/2014/01/nak-hadiah-free-tak-jom-grab-peluang-ni.html

fatin aziz said...

alhamdulillah... :)