Monday, July 30, 2012

Bercinta Sebelum VS Selepas Kahwin



Assalamualaikum you all..(macam gedik je guna you all)
Ok lah hari ni dah hari keberapa kita puasa pun aku tak ingat. Aku cuma menghitung hari 5 hari awal puasa lepas tu aku tak ambil tau dah. Hehe. Lama jugak aku biarkan blog ni bersarang.Biarlah sekali-sekala nak jugak buat sarang sendiri ye dak? Aku menyepi sebentar sebab tengah melayan feeling aku bila dah start baca novel. Haha. Bila dah start baca novel, gunung berapi meletus sebelah rumah pun aku tak ambil tahu inikan pulak nak update blog memang tak lah.

Korang pun tau kan aku nak story apa kali ini. Tengok je title tu! Tak payah bajet sangat la aku nak taip banyak kali.

"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."


Sweet kan? Hati perempuan mana tak leleh kalau hari2 dapat kata2 macam ni. Baik korang mengaku. Kalau tak..............(lu pikir la sendiri) . Tapi lagi best kalau dapat kata2 macam ni daripada orang yang halal buat kita (suami). Betol tak????

Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.

Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.

Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.

Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.

"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".


Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.

Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.(statement ni buatkan aku rasa orang tu bodoh kurang cerdik sbb sanggup bunuh diri)

Ungkapan-Ungkapan romantis akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing

Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .

Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.

Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".





When you love her, make it clear that you want her. When you love her, don't struggle just to get her but struggle to marry her.- DENABAHRIN

Aku tak pernah rasa apa itu "cinta monyet" atau lebih tepat tak pernah rasa macam mana bercinta. Everyone have their own perception. Korang nak cakap aku ni over ke apa ke terserah la. Maybe dalam hati korang MUNGKIN cakap
" ye la kau x pernah bercinta boleh la cakap macam tu, x rasa perit, sakit, or something else bila putus"

dan aku akan jawab
" kwn2 sekeliling aku hampir semua pernah bercinta. Nangis, merajuk, x ckp dgn org, x angkat fon smua aku tgok and rasa although not directly on me and thats why i avoid from being in love with somebody who are not legally my husband...:)"

* InsyaAllah...aku mengharapkan suatu hari nanti aku akan bercinta kerana Allah bukan kerana NAFSU*

p/s: statement ni boleh menjawab kepada kawan2 aku kenapa aku ni susah nak berkawan/ rapat dengan lelaki....hanya satu..Im afraid if i will fall in love with the wrong person. Seriuosly aku tak boikot @ nak sakitkan hati siapa2 just nak spread out about this article that i got from iluvislam.

Wednesday, July 25, 2012

Kehamilan Kosong





 Hamba Allah:
saya pulak mimpi diri sendiri mengandung...:sedihnya:...padahal kawin pun tak, calon pun takde, mimpi mengandung pulak....mengarut betul




Yang Arif:
AWAS ya, takut JIN yang beritahu dia telah membuntingkan kamu hati hati ya, Jin adakala tindih manusia, adakal lebih dari tu semuanya gara gara, dampingan JIN yang selalu bersama tanpa di sedari awasi diri ya, ingatlah Allah selalu, bersucilah, sebelum tidur dan doakan kebaikan, subhanallah




Hamba Allah:

ha? jin membuntingkan? pernah jugak dengar...tapi apa tanda2nya dan apa mudaratnya? ku berlindung dengan Allah...



Yang Arif:
 bagi yang dah menikah di minta " Allahumma janibnas syaitan.........."
maksudnya syaitan berserta gerak nafsu diri
bagi yang menikah, adakala, HILANG KANDUNGAN
bagi yang berjauhan suami, boleh mimpi , bersetubuh real, seakan suami bersamanya, ada beberapa ayat ayat tertentu boleh di tujukan, agar isteri boleh mimpi basah
orang yang baca ayat tu lupa, ada khadam ayat, dialah terpa buat sesuatu dengan isteri

subhanallah
seterusnya bujang, suka melancap, suka sejenis, suka nafsu, syaitanlah bersama
syaitan buat kerja, manusia tak nampak
tetapi boleh jadi macam macam, perut membusung dan lain lain sebagainya
macam macam boleh jadi, jadi kekalkan diri bersuci, hati, ingat Allah sentiasa, muga Allah beri perlindungan pada muslimat mukminat
inshallah

#copypaste

Sekarang baru aku tahu macam mana yang orang kata mengandung tapi kandungan kosong. Kesian kan? Bawa perut ke hulu ke hilir bila sampai masa tahu2 kandungan kosong. Minta2 jauh dari segala bala. Mintak perlindungan Allah SWT.

Memang betul mimpi tak boleh percaya 100% TETAPI kewujudan jin dan syaitan kita harus percaya bukan? So berhati-hati la. Sandarkan diri kepada Yang Maha Esa. InsyaAllah kita akan selamat.



*sekadar berkongsi maklumat*