Assalamualaikum..
Entry yang ingin dikongsikan belom lagi siap. Actually belom lagi menaip. -_-
Ni kes menggantikan entry sebenar la ni. Tahun ni takde cerita-cerita raya sebab tahun ni kamera di tangan abah aku so tak sempat nak snap-snap gambar. Abah aku pulak snap ala kadar je. Ayah berusia 50-an jangan nak disamakan dengan anak yang berumur 20-an. Darah muda. Mana je ada kamera kat situlah berposing bagai orang sakit otak.
Ada rupa burger bakar Abang Burn tak? Memang la tak sama sebab ni burger bakar KAK FATIN. Limited Edition je. Orang tertentu je boleh rasa. Orang luar tak boleh melainkan lelaki yang satu hari nanti akan jadi orang dalam keluarga. Kahkahkah
Warna berkarat sikit tu potato ye. Kentang bakar. Bukan hangit tau. Memang kalau bakar akan jadi macam tu. Dalam lembut sangat dan gebu. Wuhuhuhu
Gadis moden haruslah dengan idea moden. Bakar guna dapur gas je. Takde masa nak beli arang, hidupkan api dengan berpeluh-peluh semata-mata nak bakar daging dua tiga keping tu. Walaupun orang cakap nak lagi sedap bakar secara original. Bakar ikan pun lebih sedap dengan arang berbanding dapur gas.
I really love potatoes!!!
Niat nak buat mashed potato tapi macam renyah la pulak. Tunggu kentang empuk lagi. Tunggu air rebusan lagi. Elok mashed potato siap, burger dah licin. Kalau yang ni, seiring dan sejalan bagai romeo dan juliet. Eh???
Dijamin Halal :D
Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

