Monday, June 23, 2014

Yeeehhhaaa

Assalamualaikum...

I'm totally free. Duk mengadap buku pagi petang siang malam adalah perkara yang paling ngeri bagi student. Terutama aku lah. Bila orang yang jenis malas nak study tapi terpaksa jugak, beginilah jadinya. Nak tak nak WAJIB pegang. Perkara sensitif bila exam ni, jerawat. Jujur aku cakap, aku nak tengok muka aku pun ngeri apatah lagi orang lain. Jerawat sekilo, eyebag sedozen. Nak tengok panda mai sini tengok muka aku. Tak payah habiskan duit beli tiket. Bagi sedekah bulan ramadhan lagi afdal. What??? Panda lagi comel??
 Ok fooinnee -_-


LIST:

1. Facial treatment. Kengkonon macam orang kaya. Padahal treatment sendiri. Relax kan diri. No stress!!!

2.Kumpul duit poket untuk next sem. Sem ni duit dah habis. Kena topup balik. So jemput la visit my fb page untuk PANDORA raya. Kehkehkeh

3.Workout. Mohon jangan hangat-hangat tahi ayam. Untuk raya uolls and wedding cousin nanti. Cousin kawen Iolls yang tereksaited melampau. Bila I kawen mohon orang lain eksaited jugak please..

4.Update blog. Ummmmm....Bergantung pada kerajinan aku yang rasanya tak pernah rajin pun.

5.Holiday. Let's check air asia dude. Tapi angan-angan, sebab my adik ada exam BESAR. Besar sesangat.

6.Kemaskan blog yang rasa macam serabut,pening,berterabur,sakit mata. Rasa macam nak adjust semua je. Ada je yang tak puas hati. Cerewet?? Untuk dapatkan yang terbaik haruslah cerewet kan. Hati pun senang.


Anggap sahaja ni sebagai intro bagi bermula sem break. Orang lain dah siap ke hulu ke hilir. Aku baru nak cuti. In fact esok baru officially start. 



p/s: ada tak sesiapa yang tau nak adjust lebar untuk bahagian entry tu? Boleh directly contact kat fb untuk bantuan ek. Nak adjust yg tu je. Yang lain jangan SENTUH!!! Jangan OKAY...


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Wednesday, May 28, 2014

Belog Berwajah Baru

Assalamualaikum semua...

Hari tu kan tangan ni tetiba gatal nak ubah blog. Tapi otak tak ready dengan semua-semua ni. Last-last hilang berdesup macam tu je. Pening dengan study lagi. Mana taknya dengan nak mengadap coding dalam subjek microcontroller lagi boleh pulak nak mengadap coding untuk blog ni. Boleh gila jadinya. Muda-muda lagi dah gila. Mintak simpang.



Akhirnya dengan duit poket yang lebih seciput (aceh!!) aku pun upah la orang. Walaupun nampak macam benda simple kot. Boleh buat sendiri tapi aku prefer orang la buatkan. Sesungguhnya mereka lebih expert. Niat nak tunggu lepas final baru nak try ubah semua kat blog ni sebab dah lama biarkan blog dengan background yang sama kan tapi dibatalkan sebab sakit pulak mata kitew nak masuk blog ni dengan putih je semua. Sekali-sekali kena lah ubah angin jugak. Takkan nak sama je tiap-tiap tahun. Orang lain pun jemu jugak kan.



Kalaulah tiba-tiba korang terniat di hati nak ubah template atau nak full edit blog nak cecantik macam Iolls atau nak cantik lagi boleh Uolls pergi kat link and kawtiw dengan owner baik punyeeerrr. Akak yang buat ni pandai kot. First impression aku buka blog ni "wah..blog aku ke ni?". Gitu lah ghopenyer...




Banyak blog dah dia edit. Semuanya cantik-cantik. Rasa macam nak buat semua design pulak. Untuk yang aku tempah ni RM50 je. Selalu RM100. Tapi ada promosi kot. Kot la. Aku pun tak sure. Tetiba iklan tu menangkap bebola mata aku so aku pilih la akak ni. Dah lama jugak aku cari designer untuk edit blog. Finally jumpa jugak dan 100% puas hati. Aku berani konfem korang pun akan puas hati jugak sama persis (oh indong pulok) aku.


Ok tu je. Aku nak sambung buat coding mini project. Mohon doakan aku untuk final and mini project yang masih tak berhasil lagi walaupun minggu depan dah nak present.


Bubye..


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...