Tuesday, September 3, 2013

Winter In Sydney : Around The City

Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan, nak cerita pasal something yang interesting. Ha ni la. Tak interesting bagi korang tapi interesting bagi aku. Malas nak menaip sebenarnya. Jadi kalau tengok gambar melampau banyak dari potpet potpet faham la ye yang sekarang dalam tengah mood malas.






We are in SYDEY.
Beraya di sydney.
Salam perantauan dari kami sekeluarga.. :)

Antara tempat yang aku nak pergi. Finding Nemo punya hal la ni. Kalau korang ingat lagi cerita yang Nemo sesat. Tengok-tengok kat Sydney. Dalam cerita pun ada kapal banyak-banyak. Tu yang aku tergedik-gedik nak gi. Kartun pun boleh membuatkan aku nak pergi tempat ni..



Ada macam cerita FINDING NEMO tak???



15 AUGUST 2013


Flight sampai pukul 10am lebih kurang macam tu la. Pakai baju t-shirt biasa. Keluar Airport cari toilet sebab nak terkencing. SEJUK...lepas keluar toilet masuk aiport balik cari toilet sebab sakit perut. 8 jam perut berehat dari pelaburan konfem-konfem la sakit tak tahan kan..wakaka

Sakit hati bila toilet takde paip air. Stress aku kalau toilet macam ni. Lap dengan tisu?? No way!!! Tapi disebabkan dah biasa travel, botol air kosong dah tersedia dalam beg. Isi air kat sinki dan start "kerja" kat dalam toilet tu senyap-senyap. Make sure botol air tu besar ye. Kalau buang air kecik takpe la botol kecik. Kalau buang air besar, nak ke korang ulang alik ke sinki topup air? Malu malu malu...

Its on 15th August. My sister's birthday. Turun flight wish birthday. How lucky she is.. :(



Turun je flight,ambik teksi balik apartment. Bermalam di apartment sebab ada dapur, ada bilik. Paling best katil untuk 2 orang aku tido sorang-sorang. Nikmat sungguh tak terkata.


Rumah sempit tapi semua lengkap. Peti ais, dapur, mesin basuh,pengering baju, katil 3 biji. COMPLETE!!!


Dapur


Toilet pun aku upload nak tunjuk betapa bestnye apartment ni..


Lepas je mandi,makan. Ambik energy sebab nak kena berjalan jauh lebih kurang 1 km. 1 km pun nak bising ke? Mestilah..Jalan kaki bukan naik kereta. Kalau yang lepas  padicure madicure tak ke rugi. Jimat punya pasal. 1 dollar lebih kurang RM3 kita. Pergi mana? Pergi PASAR beli ikan.

Nak jadi omputeh, kita makan ikan salmon for birthday dinner my sister. Lepas tu ke MARKET CITY beli sayur-sayur. Kat sini murah sikit




Fresh tau ikan salmon kat sini. Rasa macam nak beli je semua. Paling best nak beli ikan kat sini tak payah cakap omputeh siap dengan slang British ke Amerika ke. Bahasa melayu pun boleh sebab banyak orang Indon keje kat sini. Student ambik part time. Best kan.. Untungnya.. :(



Untung pulak jadi ikan. Boleh masuk gambar bawak balik sampai Malaysia. Tak payah nak jadi model seksi2 bagai. Hekhekhek



 Harbour bridge kot kalau tak silap aku. Dah lupa..Maap ya..


Baru aku perasan, jalan diorang takde longkang atau parit. So takde la berbau busuk kan. Semua tempat diorang bersih. Amalan yang dilakukan tak kira siapa pun mereka adalah "nampak sampah buang dalam tong sampah. Walaupun cuma plastik gula-gula." Sebab tu negara diorang bersih!



Sunyi dan sepi. Itulah SYDNEY. Ramai orang, banyak kereta tapi tak bising. Takde bunyi hon sana sini. Rempit sana sini. Drift kereta macam jalan mak bapak ada share kat syarikat jalan raya. Semua orang bergerak pantas. Kejar masa. Kalau yang nak pergi kerja tu diorang jalan punyalah laju. Siapa pernah lepak kat KL Sentral konfem terkejar-kejar tengok orang lari sana lari sini, jalan langkah sebesar kangkang nak kejar LRT. Kalau korang nak tahu kat sini lagi laju. Trafik light pejalan kaki warna hijau berapa saat je. Lampu merah, aku baru pertengahan jalan. Mat saleh dah 50 meter depan aku.


Gambar kat sini akan update banyak lagi sebab selama 3 hari aku kat SYDNEY, kat sini je la tempat aku melepak. Tak kira siang dan malam. Hehehe



Malam aku ada kat sini pulak. Kalau aku cakap aku gi scuba diving korang percaya? Kena la percaya sebab memang aku gi cuba diving pun..


Cantik kan. Agaknya kalau design bilik tido macam ni ada tak yang nak tolong buatkan??







SCUBA DIVING DI SYDNEY AQUARIUM
Tempat ala-ala AQUARIA KLCC je..
Tak payah nak pandang rendah kat aquaria ye..



Comel tak kak ton??Comel leeewwww..Malah lebih comel dari kak ton.



Selesai "Scuba Diving"



Bergambar lagi??




Makan...Very kebuluran..



KEBAB..
Kat sini makanan halal tak susah cari. Kalau yang halal diorang akan letak sijil perakuan halal depan kaunter terpampang besar macam banner kawen. Malah lebih meriah dari banner kawen. Kebetulan waktu aku pergi banyak je rakyat jelata yang muslim kat bumi SYDNEY. Arab, Indonesia, Malaysia KELATE pun sempat lagi jumpa tengah jalan potpet potpet dengan ayah aku tengah-tengah jalan buat macam kat negara sendiri.

Bila kat negara orang la baru kita nampak sebenarnya peramah rakyat Malaysia ni. Jumpa sesama sendiri bagi salam. Tegur. Bersembang macam dah lama kenal.

Kalau kat MALAYSIA, jalan selisih bahu tercuit sikit pun takde nak cakap maaf apatah lagi tanya tinggal kat mana kan....Tambah-tambah kalau yang ada mata seksi atau smokey eyes, jeling mak aii macam nak tercabut mata tu dari tempat asal.



 I wish I could catch them. But....frustrated...


Aku nak snap gambar burung merpati tu. "merpati dua sejoli" tu jugak yang masuk. Haish!!









 Macam dalam movie ala-ala horrow gituw..Sunyi sepi lepas tu penjahat tengah skodeng dari belakang.






Sunyi?? Jalan ni je sunyi. Belakang aku bising dengan muzik dengan orang tengah bergumbira senang lenang.


Merpati dua sejoli ni takpe.



Dan lagi..



Sambungan.. 
Day 2: Blue Mountain..


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...



38 comments:

Nae said...

Alhamdulillah .. untungnya dapat pergy ke negara orang dalam usia sebaya saya lak tu..jeles lah :P hihihi .. cantik sgt2 tempat awak pergy tu .. gmbar awak sorang2 takde ke?? banyak gambar pemandangan jeaa .. btw ,, this is too much awesome , dear!! ^___^

fatin aziz said...

alhamdulillah...
gambar sendri akan dtg..first day smpai mmg tak brape nak tangkap gambar..muka lemau jet lagged..hehe

Unknown said...

Bestnye. feel free to visit my blog eykabaha.blogspot.com ;)

Nawal Izhar said...

best gila dapat pegi oberseaaa.. ehee.. teringin nak pergi..

NaZiRaH @ Ezyra said...

tahniah!
http://nazirahnyerr.blogspot.com/2013/09/pemilik-keychain-ini.html
tinggal nama penuh, alamat, no telefon kat ruangan komen malam ni, saya nak post keychain esok sebab jumaat pejbat post tutup, komen anda takkan di publish...tq..

fatin aziz said...

@eykabaha..i will :)

fatin aziz said...

@nizskyhigh you will one day.. InsyaAllah.. :)

fatin aziz said...

@nazirah..tq so much.. :)

Niena Reen said...

alah.. akak pergi tak ajak saya. hahaha ngada2 lebih. bestnya bestnya! nak pergi jugak. :D

fatin aziz said...

@Niena Reen..jom3 nanti kita pergi sama2..marilah kita kumpul duit.hehe

Shafiqah Rashid said...

best nyerrr maksuuuu. nak ikottttttttt . xD

Arfahani Arsad said...

cool.. suka baca travelog.. nanti bole la bg advice klu arfa nk g sydney ke ;)

Mysara Ab Rahman said...

wah bestnyer...mmg cntuk la n bersih ngra dye

Anonymous said...

wah seronoknya berjalan ke sana,

harapnya nanti akan sampai jugak ke Aussie..

fatin aziz said...

@pkah..nak ikut ke??nanti maksu bawak ye..tpi kena tnya paksu dulu..hahaha

fatin aziz said...

@arfa..come2..anytime..hehehehe

fatin aziz said...

Mysara bersih sangat..susah nak nampak sampah walaupun plastik gula2.. :D

fatin aziz said...

@Wan Ahmad Izudean.. InsyaAllah..jom kumpul duit skrg nak pergi Aussie..:)

Eina Sakinah said...

wahhh bestnya dpt pegi Sydney!!!!

Unknown said...

seronoknye die :)

fatin aziz said...

seronok la jugak..peluang kan..hehe

fatin aziz said...

@Eina Sakinah.. Alhamdulillah.. :)

Diya Hanun said...

bestnyeee..bila lah nak dapat pergi melancong ni ..:'P

fatin aziz said...

alhamdulillah.. :)
InsyaAllah suatu hari nanti..
jom start kumpul duit..hehe

Rohayu Md Isa said...

ala bestnye ... pergi tak ajak yuyu ... sob3

fatin aziz said...

jom3..ramai2 kita pergi nanti ye.. :D

Izzie said...

aaaaaa teringat last year sy g jln2 sydney melbourne time winter jugak. best best best.
sng cr makan kan tapi mahal la. hahaha. byr pejam mata aje.
tapi sy tak g la blue mountain. jelly pegi. hehe
cepat2 next post tak sabar nak bc. ^_^

fatin aziz said...

haha..mmg kena pejam mata pun..kalau tak pejam kelaparan kat sana..hehe..next post dah siap cuma tunggu utk publish je.. :)

licha said...

seronoknyaa :)

sueMUNCET said...

wahhhh.. bestnya...

Unknown said...

seronoknya dia! nak ikt jugak!!!! huhu

fatin aziz said...

@liza licha..alhamdulillah..seronok la juga.. :)

fatin aziz said...

Sue Muncet..alhamdulillah..best la sbb berpeluang kan.. :)

fatin aziz said...

@Intan Zulhilmi..jom..nanti kita pergi sma2.. :P

Unknown said...

fatin bawak balik burung merpati tu 1 kat sue..hheheh nak bela :P

fatin aziz said...

dah balik sini baru order burung..heheh..kena gi pulak la nak bwak balik satu..hehe

Rubiatul Adawiyah said...

seronoknya dapat pegi melancong :D

fatin aziz said...

alhamdulillah.rezeki.. :D