Friday, September 6, 2013

Winter In Sydney: Blue Mountain

Sambungan....

16 AUGUST 2013



Central Station


Stesen kereta api. Very the old school uolls. Bergambar kat sini feeling ala-ala zaman dulu kala. Zaman perempuan pakai dress pendek bunga-bunga vintage, pakai topi ada bunga besar gedabak kat kepala plus sarung tangan putih.


Terasa rendah diri yang amat tahap dewa 19. Mat saleh kiri kanan terpacak macam tiang lampu. Aku pulak ibarat rumput-rumput sekeliling tiang lampu. Nak cari sama tinggi dengan aku tengok budak-budak sekolah tadika. Sama la kot.


Candid. 


Suasana di CENTRAL STATION. Sydney ke Katoomba ni dalam 3 jam kot kalau tak silap. Aku tak berapa ingat sebab dah nak masuk sebulan baru nak update kan.

Dalam tunggu train nak sampai, tetiba ternampak orang tengah shooting. Cerita apa aku tak tau dan tak ambil kisah. Yang aku ambik kisah ialah snap gambar. Kamera kat tangan, snap je la kan. KENANGAN. Adik aku je ambik tau. Paling pasti aku tak kenal pun pelakon tu. Kalau Robert Pattinson baru aku gi kejar dia sambil tarik-tarik baju nak mintak autograf. Kalau dia tak layan, aku tarik kaki.



Always feeling model gempak yang semua majalah dia sapu. Cameraman aku la. Tak dibayar mahupun diupah. Secara tak suka tak rela.


Dari Katoomba nak ke Blue Mountain kita orang naik HOP-ON-HOP-OFF. Macam kat KL tu. Bas yang comey-comey. Naik ke puncak kita orang akan naik SKYWAY. Macam kereta kabel tapi yang boleh masuk ramai-ramai. Berdiri ye bukan duduk. InsyaAllah tak gayat.. :P



Pandangan dari atas SKYWAY. Kat sini ni macam tempat rekreasi lebih kurang macam GUNUNG MAT CINCANG. Bukan ada apa pun tapi nak tengok keindahan dari atas. Sama la kat sini. Tarikan pengunjung kat sini ialah THREE SISTERS. Apa tu??


Nampak tak batu-batu terpacak 3 ketul? Tu la three sisters. Kenapa diorang panggil three sisters?? Kenapa tak three brothers?? Mana tahu batu tu perempuan ke lelaki??Tengok kat mana jantina tu?? Sorang pun tak jawab soalan budak terencat akal macam aku. Ada gaya umur 20 tahun tak dengan soalan macam tu??


Pemandangan dari puncak..




Hoyeah my dad hooyeah!!


Abah takde dalam gambar. Tugas dia tangkap gambar anak-anak perempuan dia yang feeling ala-ala model yang baru lepas menang Miss Malaysia..


Sweet couple forever and ever and ever and ever and ever again



Kan aku dah cakap. Minah "barbie doll" ni selalu feeling retis. Kenapa barbie doll?? Sebab seluar biru, baju oren, tudung hitam, kasut line purple. Tengok gambar dia seluar merah, baju oren pulak nanti. Adik Iolls ni memang berani mix and match warna. Iolls berani mix warna pastel je. 


Dia tinggi boleh tengok. Aku pun boleh tengok jugak tapi tengok langit je sebab aku tak sampai nak tengok yang bawak-bawah. Kahkahkah


Bakal retis Uolls.. Vote for her yeah..:P




Ni pulak SCENIC RAILWAY. Dari Katoomba naik bas hop-on-hop-off ke Katoomba platform dan naik SKYWAY ke Blue Mountain. Dari bawah nak naik ke puncak guna SCENIC SKYWAY. Nak turun balik nak tengok THREE SISTERS jarak dekat walaupun tak dekat sangat boleh guna SCENIC CABLEWAY atau SCENIC RAILWAY. Scenic Railway ni macam roller coaster yang hanya menjunam ke bawah sahaja..



Ni pulak SKYWAY. Picture from google nak bagi korang nampak cuak sikit. Hahaha..
Tapi sebenarnya bila kat dalam tu tak rasa pape pun..Boleh lompat-lompat guling-guling 


Ummi dah malas nak jalan...


Gelap la pulak.. Lighting please!!!

Lepas tu kita orang jalan-jalan masuk hutan.. Hutan hujan tropika ke. Hutan belantara ke. Hutan paya bakau ke. Hutan what-so-ever and so on aku tak tau. Aku main masuk je sebab selamat. Kalau tak selamat opkos aku berundur.

Taknak aku tersesat dalam hutan ni. GPS kat tangan pun belum tentu boleh keluar ye dak..Aku tak kawen lagi. Kalau nak sesat-sesat pun tunggu aku kawen dulu. Sesat dengan suami selamat sikit. Hoyeah!! Over mak jemah.




The Sibling.
Baka sama
Mak bapa sama
Tabiat sama : feeling retis
Ketinggian je tak sama


Orang lain masuk hutan tengok khazanah bumi. Aku dengan adik eksyen je lebih.


Lepas penat berjalan, kita orang naik SCENIC CABLEWAY untuk turun ke tempat asal kita orang naik. Maka kembalilah ke tempat asal. Tunggu bas hop-on-hop-off untuk ke THREE SISTERS.



SCENIC WORLD

Scenic World ni tempat yang tadi kita orang masuk la. Naik Skyway, Cableway, Railway. Lepas tu pulak tunggu bas hop-on-hop-off untuk ke THREE SISTERS jarak dekat pulak. Tapi takde la sampai korang boleh sentuh benda alah tu. Belai-belai manja. Cium batu apa semua.

Masuk SCENIC WORLD ni pakej ye. Sekali bayaran je korang boleh menjelajah satu pekan naik bas. Ada tourist guide lagi yang potpet potpet sambil cakap "terima kasih" "sama-sama" "jumpa lagi" "semoga hari yang indah". Diorang praktis tau cakap bahasa melayu sebab ramai je rakyat Malaysia kat situ.




Aku beli ni 3 ketul. Aku memang obses dengan bear-bear macam ni. Selagi mampu beli aku beli walaupun hakikatnya duit ayah aku jugak yang mengalir. Tanggungjawab bapa kan. Hakhakhak



Ni la hop-on-hop-off


Mana satu kakak mana satu adik?? Mana satu umo 20 dan mana satu umo 14??




Happy Family at THREE SISTERS



Cun tak kami bertiga??



One two three. Three all together. Three Sisters. Mana sulung mana bongsu aku tak tau.



Masih di tempat yang sama.




Turun dari three sisters kita orang melawat sekitar bandar pulak. Bandar dia kecik je. Nak kata bandar macam takde la bandar sangat. Lebih kurang pekan la. Apa yang aku perhatikan, kat Katoomba atau Leura ni takde traffic light. Macam mana diorang handle? Lu pikir la sendiri. Diorang takde nak pentingkan diri sendiri. BERTOLAK-ANSUR. Kalau Malaysia boleh tak buat macam tu? Kurangkan marah-marah bila driving. Jangan nak hon sesuka hati. Yang mana elok kita tiru yang mana tak elok kita jangan ikut. Apa-apa pun..

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendir, lebih baik negeri sendiri..



Leura Station...
Tunggu train nak balik Sydney.
Nampak pokok macam unik je apa lagi suruh adik ambik kamera tangkap gambar aku yang macam diva vogue de vassss.. :P





Feeling-feeling retis fofular



Tak dapat jadi model majalah, model blog pun jadilah..


Balik....

Malam macam biasa lepak Circular Quay. Gambar-gambar tempat tu yang aku dah publish sebelum ni..


sambungan...
Day 3: Tarongga Zoo


Lots Of Luv,
Fatin Aziz

32 comments:

Unknown said...

bestnya..untung dapat g overseas....hehe

Unknown said...

cantiknye permandangan die..

fatin aziz said...

@kacang buncis.. alhamdulillah..syukur dpt peluang.. :D

fatin aziz said...

@cik mun..mmg cantik sgt2.. :D

||aLeaSaRa|| said...

wah bestnya.suka tengok ummi sis,relak je layan anak daranya yang syok bergambar he3..tq sharing this awesome photo ye :)

fatin aziz said...

haha..dia dah biasa dah tgok perangai anak dara yg over melampau ni..hehe

Jejari Menaip said...

wow menarik n cantik permandangan 2..:)

fatin aziz said...

mmg cantik sangat2.. :D

NURUL FILZAH said...

wah.. bestnya pi overseas :)

fatin aziz said...

hehe..alhamdulillah rezeki.. :)

Diana Yahya said...

Bestnya. ..


http://dianayahya.blogspot.com/

Luqman Zakaria said...

best bc travelog neh!

fatin aziz said...

@diana yahya..mmg best!! hehe

fatin aziz said...

@luqman zakaria..terima kasih kerana membaca.. :)

Teena Tna said...

Hmmm, best nya,
Hopefully will be there one fine day...

fatin aziz said...

InsyaAllah..moga2 tercapai impian.. :D

licha said...

masyAllah. cantik sangat the scenery. :)

Rubiatul Adawiyah said...

wahh.. best nya wak... nak pegi jugak.. :D

fatin aziz said...

@Liza Licha indah ciptaan Allah..

fatin aziz said...

InsyaAllah satu hari nanti ye.. :)

aswaleyla said...

waaahh . best nye pergi sydney . jeles kott .

fatin aziz said...

jangan jeles2 ye.. :P

Unknown said...

seronoknya..

fatin aziz said...

alhamdulillah..syukur dpt peluang.. :)

NJihe.am said...

Nak pergi juga. Huhu~ studioous.blogspot.com/

fatin aziz said...

jom kita pergi..tiket free air asia mlm ni..hehe

Izzie said...

aaa cantiknya...
sy dulu tak sempat singgah blue mountain

fatin aziz said...

cantik sgt..nanti pergi singgah la..best!!!

AA said...

wahh bestnyaa!

fatin aziz said...

Alhamdulillah..best sangat.. :)

Unknown said...

bestnya pergi sydney.. dah lama nak pergi, tapi x berpeluang lagi..

fatin aziz said...

InsyaAllah satu hari nanti ye.. :)