Tuesday, March 18, 2014

Baru Nak Habis Tahun Dua

Assalamualaikum..


 Alhamdulillah sampai sekarang masih lagi boleh dikawal dari segi semua aspek la. Hehehe. Nak tengok boleh kawal ke tak tengok result. Kalau teruk, nahas memang di tahap bahaya tahap siren keselamatan berbunyi pastu air "hujan" pun turun. Waktu tu tak guna dah tenung result tu sebab menyakitkan hati je kan.



Sementara nak tido semalam, tiba-tiba hati kecil ni berbisik untuk tengok syarikat mana yang ambil pekerja jurusan electrical engineering. Semangat bebenor. Padahal 1 tahun lagi nak praktikal.Google punya google jumpa la satu senarai syarikat-syarikat bumiputera. Dalam 50 list tu ada la lebih dari 10 yang tawar bidang electrical ni. Electrical ni kan luas. Alhamdulillah Tuhan berikan aku kos electrical. Syarikat bumiputera perlu untuk dijadikan pilihan. Boleh dapat cuti raya panjang-panjang. Hahaha.



Zaman dulu kala, aku teringin tau nak keje kat pelantar minyak. Nak gelakkan aku? Gelaklah..Walaupun aku tau lelaki je yang bertapa kat pelantar minyak tu berbulan-bulan. Even sepupu aku yang kerja syarikat minyak pun cakap perempuan ni banyak duduk kat pejabat. Sedddiiihhh... Paling sedih bini-bini yang laki keje kat pelantar minyak. Aku taknak jadi salah seorang dari bini-bini tu. Hahaha.



Scan dengan mata aku yang agak rabun dengan power 175, aku ternampak satu syarikat yang menawarkan pekerja-pekerja untuk kejuruteraan minyak dan gas. Wow, ini geng-geng keje kat pelantar minyak ni. Usha-usha la bini diorang ni macam mana. Scroll bawah sikit. Jumpa perkhidmatan pekerja jurusan electrical engineering. Peluang peluang peluang. Tak dapat keje kat pelantar, ada kaitan pun jadilah walaupun sipi-sipi. Bertempat di PUTRAJAYA.



Impian aku nak keje kat area-aren Kuala Lumpur akan tercapai diiringi usaha dan doa. Haruslah diletak diiringi usaha dan doa. Nanti adalah suara-suara sumbang yang dok kata kat aku ni bajet bagos la bajet dapat la. At least aku berangan. Bermula dari berangan adanya usaha. :D





"Saya yang menulis. Terima kasih kerana membaca"-si gadis bertudung hijau, berbaju purple


"Wahai korang yang budiman lagi kacak dan comel2 belake..Kalau ada tempat praktikal yang best untuk budak electrical engineering ni boleh tak inform kat aku. Sediakan payung sebelum hujan. Tak nak main redah je tempat praktikal tu. So prepare awal. Tolong ek.."



Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

6 comments:

Rubiatul Adawiyah said...

engineering ke? alahai.. bertuahnya.. good luck for practical ye awak ^^

fatin aziz said...

syukur alhamdulillah walaupun bukan ni yg saya nak..hehe..thanks dear.. ;)

Bahrain said...

Semoga doanya dimakbulkan.

Unknown said...

Jgn takot dik..kwn2 akk rmi jer budak2 eng..siap ade yg master lg. Rilek jer dorg keje dgn laki. No worries. In shaa Allah rezeki ade di mne2. Yg penting fokus study. Keje kemudian. :)

Tedi said...

all the best :)

fatin aziz said...

thanks akak.. :)