Assalamualaikum...
Tajuk havoc kemain noh. Hari ni nak chill-chill je dengan korang. Lebih kurang nak berkongsi, bukan resepi tapi macam apa yang aku selalu buat untuk minum petang atau breakfast sekiranya waktu pagi aku buka saji tengok pinggan kosong je yang ada. Dengan kata yang lebih dahsaat, aku bangun lewat. Kahkahkah
Taknak cakap resepi sebab nanti orang akan cakap, bukan hebat mana pun setakat roti gardenia gulung-gulung, lenyek-lenyek,celup-celup nak bubuh kat belog biar satu dunia baca. Satu dunia kot. Ajet ajet hebak!!
ROTI CHEESE
Simple je. Orang yang malas macam aku memang patut banggakan diri dengan masuk dapur. Bukan selalukan dapur berasap akibat dari aku kaann. Tak sempat nak berasap pun sebenarnya.
1.roti gardenia (korang nak brand apa pun tak kisah)
2. kepingan cheese (aku guna chesedale)
3.telur sebiji.
Sekali nafas je korang baca ye. Sebab simple sangat. Ambil roti gardenia sekeping pastu letak kepingan chesse sekeping, gulung-gulung roti tu jadi bentuk roll then celup dalam telur,masukkan dalam minyak panas untuk goreng, siap!! Masuk ke dalam mulut. Cheese akan cair seperti gambar di atas.
MINI PIZZA
Kalau korang rasa macam menunjuk sangat kan makan breakfast dengan pizza hut, apa kata buat pizza sendiri. Takde la pizza sangat. Rupa je macam pizza. Tapi bolehlah kalau nak fefeeling macam mat salleh makan pizza untuk breakfast. Takde la rasa over sangat bila post gambar kat insta. Takde la jugak ada yang cakap kengkonon mat salleh la tu makan pizza hut pagi-pagi buta.
1.roti gardenia
2. telur hancur ( selalu guna ayam hancur tapi tetiba takde dalam peti)
3. serbuk blackpepper
4. cheesedale
Mula-mula siapkan telur hancur. Cara korang tersendiri ye. Letak telur hancur atas roti. Letak sedikit serbuk blackpepper. Bagi yang lidah kebal sangat tak rasa pedas boleh letak banyak-banyak. Sekilo pun takde hal. Lidah korang bukan lidah aku. Hakhakhak..Lepas tu letak chesse sekeping atas roti tu then bakarkan atas dapur. Toksah nak oven bagai. Guna ceper non stick punya,letak marjerin sikit untuk panaskan ceper, lepas tu baru letak roti. Style aku, aku tunggu sampai cheese tu cair sejibik macam pizza hut. Amacam?? Teringin??
ROTI TELUR CAIR
Nama sebenar aku tak tau. Main letak apa yang lalu kat minda aku je. Cara ni ,favourite aku sedunia sebab bila gigit roti bakar yang rangup-rangup tu keluar telur yang cair 3/4 masak. Cara ni pun senang je. Semudah ABC. Hohoho.
Pertama korang buat lubang kat tengah roti. Nak bulat ke, 4 segi ke, 3 segi ke. Terpulang kat korang la ye.
Panaskan kuali guna marjerin. Bakar roti ni. Ala-ala bakar roti zaman dulu-dulu. Zaman takde toaster. Lepas tu pecahkan telur terus masuk kat lubang yang korang buat. Nak pukul telur dulu pun boleh. Suka hatilah. Takde paksaan pun.
Bila dah nampak telur macam dah masak mengikut citarasa yang nak, tutup lubang tu dengan roti yang yang korang buang tadi. Bukan buang kat tong sampah. Tapi yang buang dari roti tadi. Oh my..Susah benor nak explain. Harap faham la ye.
Lepas tu balikkan..
Jadilah macam ni. Yang sebelah kanan tu. Kiri tu gambar mini pizza yang belum dibakar untuk cairkan cheese. Walau rupa macam buruk sikit, better korang try. Konfem bila gigit korang akan rasa excited sebab telur tu keluar meleleh kat tangan korang. SERIOUSLY!!!
Aku yang menaip...
Sebelum tu, jom follow my twitter and IG..
Dah follow click like sikit..
Lots Of Luv,
Fatin Aziz...
14 comments:
ohh.. hehee, yg first tuh slalu jugak buat, tapi xdek lah letak cheese.. bleh try neh yg laen2 .. tenkiu ~~ skali nfas simple jer nmpaknya.. hehe
Walaupun simple, tapi cukup untuk buat air liur rasa nak meleleh. Mesti sedap nih!! :D
@cikmisi leen try la. senang sangat2 dan sdappp..hehehe
@Niena Reen nak tau sedap ke tak, kena try buat..hehe
senang nak buat tuh..hehe..lagi pon nampak sedap tuh..:) tq sharing..hehe.
most welcome...jgn lupa mencuba.. ;)
perghhhh.. serius laparrr -_- nak buat gak laaa..
pergh, sedapnya...serius terliur. tapi main ingredient dlam semua menu ni, roti n cheese
@Rubiatul Adawiyah.. try la.. senang je. pejam mata pun leh buat.. hehe
@Nae nematoda.. a'a semua roti sbb nk gtau yg roti pun leh wat macam2. asyik roti bkar je boring kan..hehe
mak aiii sodap nya :)
jemput la mencuba..hehehe.. ;)
cm sedap jer leh try nih.,
try la...hehehe
Post a Comment