Last post bulan 6. Dah macam sebulan satu entry. Kemalasan dah berganda-ganda. Cuti sem yang ada digunakan betul-betul. Masuk hari ni,lappy ni kali kedua aku on setelah cuti sem memasuki minggu kedua. Asyik dengan handphone je ke hulu ke hilir. Mana taknya, internet habis limit. Kalau on lappy pun buat sakit hati je. Kang habis aku sumpah seranah,habis pahala puasa aku. Tinggal seciput je.Bulan puasa kan bulan kumpul pahal. Ihiks!!
Puasa dah 4 hari kan. Amacam?? Ok?? Dah ada yang ponteng?? Malu la tewww nak mengaku.Hahaha. Shopping dah? Baju raya warna apa tahun ni? Biskut raya dah tempah? Tudung dah beli? Shawl ke bawal? Kemain syiok tak sabar nak raya kan. Instead of tanya...Terawikh ada tinggal? Al-Quran masuk surah ke berapa? Agak2 sempat habis 30 juzuk? Sempat tak khatam sebelum raya? Sedekah ke belum? Ada jaga mulut dari mengumpat? Jaga hati dari membenci? Jaga mata dari melihat benda bukan-bukan? Ha!!!! Sentap?? Iolls pun sentap jugak. Kahkahkah. Jangan simpan dalam hati okay. *peace*
Back to normal. Borak chill chill.
Masuk ramadhan kelima ni macam mana? Best tak puasa kali ni? Bagi aku setiap kali bulan puasa paling best. Sebab apa? Sebab waktu ni la family berkumpul. Kalau waktu lain, makan tengah hari sendiri-sendiri. Makan malam ada yang diet. Breakfast pulak semua nak cepat tak sempat borak. Tapi kalau bulan puasa, kau diet ke,kau busy ke, kau rushing ke,kau nak terguling ke, kau nak pergi dating ke, semua akan berbuka sekali. Semeja! Best kan...
"done tarawikh","done solat" and etc. Mungkin sesetengah orang akan anggap tak perlu kot tweet segala bagai macam tu. Riak nampak di situ. Memandangkan aku ni sempoi,orang kat twitter kat tweet macam tu sikit pun aku tak heran. Lantak diorang la nak tweet apa pun. Kalau diorang tweet "done tarawikh" pastu letak gambar pakai telekung baru balik masjid, aku rasa seronok je tengok. Sejuk je mata. Betul tak betul tu lain kira. Tipu ke apa bukan dosa aku. Bersangka baik je la. Niat di hati yang penting. Niat tu yang menunjukkan kita ni riak ke tak. Kepada yang takde kaitan, tak payah la pulak nak tambah rencah. Benda yang kecik,diperbesarkan. Benda yang takde pape dibesarkan. Tak best la kalau gaduh-gaduh ni. Mana kemanisan bulan puasa ni?Jadi, follow la twitter aku (ceh,promote twitter sendiri).
Eh3...Tazkirah ramadhan la pulak kan. Gaya ala-ala ustazah pilihan.
Kalau korang setia dengan blog ni (eceh!!!) mesti korang tau yang aku ni gila novel. Kalaulah korang pun gila novel cer cite sikit novel yang aku beli ni best tak (andai kata ada sesiapa yang dah baca..). Kes nak habiskan baucer buku, 3 novel sekali aku angkut. Oh indahnya dunia khayalan.....
Mana satu yang best. Aku beli berdasarkan ranking popular tau. Jangan nak ngade2 cakap semua tak best. Aku siku kang (acah2 manje).
Ni pulak bergedil. Saja nak tunjuk yang I ni masak ok cuti-cuti. Bukan nak riak tapi nak bagi nampak berguna jugak la diri ni ada kat rumah. Kahkahkahkah..
Okay uolls2 sekalian..Selamat berpuasa ok...
Lots Of Luv,
Fatin Aziz..
15 comments:
hahahaaa. sentap sentap! :p Banyak betol soalan dia. bergadoh otak nak jawab satu-satu. hahaaa. dr tiga2 novel tu, satu je pernah baca. isteriku 19 tahun. Besttttttt!
haha, smua novel tu, tak pernah baca lagi...kalau nak bli, kena tggu dapat baucer bku lagi la :D
salam ramadhan :)
@lollipop manis..dah baca sikit. best jgak la. sweet je memanjang. ahaks!!
@nae nematoda..amboi..cepatnye dia habiskan baucer..hehehe
nampak sedap begedil tuh..hee..jom masak2 sendiri..
@radin siti aisyah..kalau puji masakan sendri aci tak??hahaha..jom kita memasak.. ;)
Huishhh mohon bagi rsipi begedel tuuuuu.. sedapnyaaaa... nomnomnom..
Puasa ena setakat ni alhamdulillah, masih hidup.. hehehehhe
@ainaa roseberry..hahaha..harap2 hidup sampai ke hujung la ye..hehehehe
Begedil tu sedap bebeno nampaknye dik, x ade ke resepi? Ce bagi ce bagi.... armilastyle@blogspot.com
Nae nematoda, kalo nak beli novel diskaun blh tgk blog sye, ade link online shop y jual novel dgn diskaun n free delivery..
@armila style...buat suka2 je. main campak2. malu nak share..hahaha
salam ramadhan :)
jmpot join segmen http://www.wawaashihara.com/2014/07/segmen-saya-nak-kad-raya-by-wawa.html
Salam..
Novel Mr. Dimple tu memang best. Nurul dah baca. Hihi
Yang lagi dua tu best tak? Nanti rajen buat la review sikit ke.. hehe
*saya takde blog(dh pencen). saje sesuka cuci mata. Rindu bw ! :D
waalaikumussalam nurul...
yg dua lagi tu best jugak la. akadku yang terakhir best. baru habis baca. maybe sbb suka nukilan acik lana kot.hehe..try la baca. bagi saya mmg best. sbb jalan cerita lain dari yg lain.hehe
waalaikumussalam nurul...
yg dua lagi tu best jugak la. akadku yang terakhir best. baru habis baca. maybe sbb suka nukilan acik lana kot.hehe..try la baca. bagi saya mmg best. sbb jalan cerita lain dari yg lain.hehe
Post a Comment