Thursday, December 6, 2012

Blog Yang Aku Suka Terjah

Assalamualaikum everbody :)
Kali ni bercerita tentang blog pulak ye. Sudah ketandusan idea dalam bercerita sebab aku tak pernah masuk pertandingan bercerita. *ok tak ada kaitan*

Jenis blog yang aku suka baca

1) Entry-entry yang di post tak terlalu panjang. Simple entry dan ayat yang sempoi. Means tak ada ayat scientific or something like that yang membuatkan aku kena cari kamus dewan atau oxford untuk cari maksud atau untuk lebih canggih terpaksa buka GOOGLE TRANSLATE.

2)Tulisan yang tak terlalu kecil macam semut api yang berjalan kat kaki dan gigit kaki aku sesuka hati dia. Nasib baik binatang kalau manusia aku sumpah seranah sebakul dah.

3) Blog yang tidak terlalu bercerita pasal peribadi contohnya "I love my BF" , " Aku benci BF aku", "Aku sedang patah hati", "I miss you sayang" atau yang sewaktu dengannya.

4) Sudah tentu blog yang famous contohnya Fatin Liyana, Irine Nadia Marcello, Dena Bahrin dan Hanis Zalikha.

5) Blog yang tak serabut sampai pening kepala aku. Gadjet kiri kanan. Gambar atas bawah. Doodle setiap bucu.

6) Dah tentu-tentu blog-blog kawan-kawan aku sebab kalau tidak aku yang menyokong siapa lagi kan? Wakakaka...


Jenis blog yang aku suka melawat

1) Blog Lyssa Faizureen sebab aku suka tengok tutorial dia yang simple dan mudah untuk faham.

2) Blog-blog yang comey lotey. Especially blog geng-geng budak sekolah rendah. Terserlah keSWEETan disitu walaupun entry diorang yang di publish tak matured. Hehehe..Jangan marah..

3) Blog yang ada lagu best. Nampak tak betapa aku masuk blog tu hanya nak dengar lagu. *kurang ajor ko fatin*

4) Blog-blog golongan artis contohnya Zahiril Adzim, Yana Samsuddin dan Syamsul Yusof. Aku melawat je tengok apa perkembangan diorang. Baca taklah sebab mostly diorang post pasal kerja dan hal-hal production. Satu pembacaan yang berat. Aku kan suka baca entry yang ringan-ringan je. ^_^



Ok itu je. Aku pun ada kekurangan. Tak semua orang suka dan tak semua orang juga benci. Sedangkan kita tak boleh nak sukakan semua orang so apakan daya kita nak paksa semua orang sukakan kita.

Kalau ada kekurangan pada belog ni tegur ye. Jangan simpan dalam hati and of course aku takkan simpan dalam hati jikalau ini untuk kebaikan bersama seperti ada seorang hamba Allah yang tegur aku untuk buangkan word verification supaya senang dia nak komen. Seriously kalau dia tak tegur aku takkan perasan yang blog  aku ni kena guna word verification :)


Wassalam~~~~


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Sunday, December 2, 2012

Tips Cepat Dapat Jodoh

Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.

1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.

6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)

7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.

10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci. (sebenarnya selalu kena amalkan ini) jauhi yang haram dalam kehidupan anda.
 Semoga membantu anda di luar sana.
InsyaAllah...
Renung-renungkan dan selamat beramal.. :) 
Lots Of Luv,
Fatin Aziz..