Tuesday, October 23, 2012

Midsem Break Bermula!!!!

Salam to all readers.
Now my midsem break dah bermula..Jeles pada orang yang cuti awal dulu daripada aku tapi aku berbangga sebab cuti aku hampir 2 minggu. Hampir ye. Bukan sharp 2 minggu. Hehe. Mula-mula seminggu je tetapi disebabkan jasa baik hati mulia lecturer, dia batalkan kelas untuk esok yang sepatutnya aku ada kelas sejam. Waarrrrggghhh!!! Heavennya belajar kat universiti ni senang-senang je kelas cancel tapi kalau bab nak catch up silibus, aku FAILED!

Walaupun cuti 1 minggu setengah tapi aku balik raya 3 hari je :( so dalam otak aku cell-cell neuron bergerak kiri dan kanan mencari idea ape aku nak buat sepanjang cuti ni. 1 paper core yang menunggu after break langsung aku tak pedulikan. Hahaha.

Setelah berfikir sejenak, aku pun menyatakan hasrat aku kepada ummi ku ( baru lepas test BM, ayat tak leh blah). Aku nak beli novel dalam dua, tiga, empat rasanya dua cukup kot. Bajet boleh habis semua la tu~~~

So kepada korang yang kat luar sana tolong gtau aku novel apa yang best lagi meletup sekarang ni. Maklumlah sejak start degree dah lama aku tak bertapa kat popular. Nak tunggu baucer buku entah bila dapat. Nak tunggu siswa kad, cakap lepas sebulan masuk degree baru dapat. Tapi sebenarnya bila dah 2nd year. Buat penat aku satu kelas pergi buat muka seposen mintak kad.

Kepada semua yang diluar sana tidak kira kenal atau tidak. Selamat hari raya Aidiladha!!! Esok aku balik kampung...Yeay!!!
K bye~~~

Lots Of Luv,
Fatin Aziz..

Wednesday, October 17, 2012

Tambah Wishlist



 Assalamualaikum WBT
Tiba-tiba je rasa nak tambah wishlist. Weekend hari tu pergi Langkawi sebab abah ada dinner so ikut la dua kaki kalau sekaki tak ikut sebab susah nak jalan.
Then nampak la sorang budak ni pegang teddy bear yang besar sangat. Adalah lebih kurang tinggi aku. Hek3..
Terus teruja kot. Nak jugak!!!

Balik je terus update wishlist kat blog mana la tau ada orang baik hati nak hadiahkan kat aku memandangkan birthday aku hanya tinggal berapa bulan je lagi. Kawan-kawan aku kat sini semua dah gtau nak prank aku . Bagos sungguh kawan! Cakap siap-siap. Hehehe



Nampak tak wishlist terbaru aku? Siapa tak nampak aku ketuk kepala tu. Antara banyak-banyak wishlist aku tu yang paling aku nak teddy bear. Sebab???
Bila aku dapat teddy bear tu secara automatik yang lain aku dapat. Nak aku explain?

Dah lama aku mintak kat parents tapi diorang tak bagi. Tak tahu kenapa sebab aku nak beli teddy bear lain bagi je cuma yang besar gedabak je tak bagi even dari kecik lagi nak. So bila ada orang bagi mesti yang special one kan? Hehe. So bila special one yang bagi, secara automatik wishlist kelima dapat. Then semangat nak belajar datang so wishlist keempat dapat. Ada jodoh wishlist kedua dan ketujuh sebagai hantaran :P

Bagos tak bajet hidup aku??
Kbye~~~


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...