Wednesday, October 31, 2012

Vlogging And Blogging. Which One Is Better?

Assalamualaikum WBT....
Apa tu vlogger??Apa tu blogger?? Ramai yang keliru but its okay. Tak masuk UPSR,PMR, SPM, STPM, exam SEMESTER pun dijamin tak masuk..

APA ITU VLOGGER???
Vlogger tu adalah orang yang suka buat video. Ala-ala Matlutfi, Anwar Hadi dan Maria Elena.


APA ITU BLOGGER???
Blogger tu plak adalah pemilik blog yang mempunyai blog sendiri. Contoh, Fatin Liyana, Hanis Zalikha dan Irine Nadia Marcello.


BEST TAK VLOG???
Depends pada individu. Bagi yang malas nak menulis atau menaip diorang prefer vlog. Korang perlu sampaikan everything melalui lisan.

BEST TAK BLOG???
Memandangkan aku sendiri ada blog of course la best. Sebab tak perlu beraksi depan kamera. Tak perlu pakai cantik-cantik. Tak perlu make-up2. Pakai baju tido pun boleh tulis blog.

KEBURUKKAN VLOG???
Eeeemmmm...Ntah...Mungkin orang akan label sebagai GEDIK, POYO, OVER atau BAJET.

KEBURUKKAN BLOG???
Penyampaian kepada orang ramai MUNGKIN disalah tafsir. Lain yang nak disampaikan, lain pulak yang orang faham. Kemudian kecoh satu Malaysia.

KEBAIKKAN VLOG???
Penyampaian lebih teratur. Lebih faham. Lebih teliti.

KEBAIKKAN BLOG???
Menjana minda ke arah Bahasa Melayu yang betol....KOT..:P

BANYAK TAK MASA DIGUNAKAN UNTUK VLOGGING???
Sebagai yang tak pernah ber-vlogging, aku tak sure tapi rasanya banyak masa diperlukan untuk buat video. (Dari apa yang aku tengok melalui video Matlutfi)

BANYAK TAK MASA DIGUNAKAN UNTUK BLOGGING???
Kalau korang dah tau apa yang nak ditulis, jawapannya sekejap je. Tapi kalau korang baru nak cari idea nak menulis agak lama la masa korang perlukan untuk siapkan satu entry.


MANA LEBIH FAMOUS??? VLOGGER ATAU BLOGGER???
Dua-dua boleh jadi famous kalau betul pada tempat dan waktu. Sebagai bukti siapa tak kenal Matlutfi, Anwar Hadi, Maria Elena, Fatin Liyana, Hanis Zalikha dan Irine Nadia Marcello. Kecuali orang yang memang tak berkecimpung dalam dunia alam maya la...




Itu je yang boleh aku explain. Ringkas dan tak terlalu padat and for sure korang faham kan sebab bahasa melayu kot. CINTAILAH BAHASA KITA!!!* tetiba je*



Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

Monday, October 29, 2012

Reddish Girl



Salam my beloved readers.*ada ke yang baca blog kau fatin*
Masa berganti masa. Usia berganti usia. Ketinggian je yang tak berganti-ganti sampai sekarang. Haha..

Tak ada modal nak story mory so just a short entry untuk tidak membiarkan pembaca-pembaca tegar aku tertunggu-tunggu entry dari aku yang cun melecun ni * bajet kau fatin!!*
Akumengarutsudahhhh..

Dulu waktu asasi dulu, roomate aku selalu tanya "fatin, ko memang suka warna merah ke?" Aku dengan megahnya bercakap " mana ada. tak suka pun merah tapi kebetulan je baju banyak warna merah"
Tapi sekarang baru aku sedar yang aku sebenarnya suka jugak warna merah. Aku avoid daripada suka warna merah sebab orang cakap individu yang suka warna merah ni berpendirian tegas. Aku tak nak!! Aku nak jadi sweet. Tapi bukan pinky girl walaupun baju pink berduyun-duyun dalam almari aku. Tapi bila aku tengok gambar-gambar aku pakai baju warna merah rasa macam cun la pulak. Ahaks!

Aku suka tengok orang yang pakai baju warna merah. Nampak menyerlah dan nampak berkeyakinan. Buktinya, dia tetap maintain walaupun tau ramai yang perhatikan termasuklah lembu. Merah la katakan. Tambah-tambah kalau orang yang berkulit putih. Lagi la MELETUP! Lelaki pakai baju merah lagi la cair. Plus bila berdiri di tengah-tengah panas..Waaahhhh...
*Eh3 terlebih sudah...*

Cer tenung sikit ciri-ciri orang yang suka warna merah ni
.
.
.
.
.
 .
.


Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.
Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah
# Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.

# Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.


 MERAH : Merupakan warna kekuatan, kesihatan dan daya hidup yang tinggi. Merah selalunya merupakan pilihan golongan yang aggresif dan outgoing. Mereka yang menggemarkan warna merah juga adalah seorang yang bercita-cita tinggi, nekad untuk mendapatkan apa yang mereka mampu dalam hidup ini, mudah menghakimi sikap seseorang dan berat sebelah. Mereka juga adalah seorang yang optimistik dan tidak boleh duduk diam. Mereka sukar untuk menjadi seorang yang berobjektif dan gemar menyalahkan orang lain atas kesalahan yang dilakukan. Seorang pendiam yang menggemarkan warna merah pula memerlukan kasih sayang dari orang sekeliling. 

Ni je yang aku jumpa sepanjang aku meng-google. Ada yang betul ada yang TIDAK!! Especially yang aktif, agresif dan penuh ghairah..haha..Tolongla~~~~Itu bukan aku..

Ok lah tu je yang aku nak merepek. Bila cuti midsem seminggu blogging la aktivitinya. Test yang menunggu tak dihiraukan. Hek3..


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...