Monday, October 29, 2012

Reddish Girl



Salam my beloved readers.*ada ke yang baca blog kau fatin*
Masa berganti masa. Usia berganti usia. Ketinggian je yang tak berganti-ganti sampai sekarang. Haha..

Tak ada modal nak story mory so just a short entry untuk tidak membiarkan pembaca-pembaca tegar aku tertunggu-tunggu entry dari aku yang cun melecun ni * bajet kau fatin!!*
Akumengarutsudahhhh..

Dulu waktu asasi dulu, roomate aku selalu tanya "fatin, ko memang suka warna merah ke?" Aku dengan megahnya bercakap " mana ada. tak suka pun merah tapi kebetulan je baju banyak warna merah"
Tapi sekarang baru aku sedar yang aku sebenarnya suka jugak warna merah. Aku avoid daripada suka warna merah sebab orang cakap individu yang suka warna merah ni berpendirian tegas. Aku tak nak!! Aku nak jadi sweet. Tapi bukan pinky girl walaupun baju pink berduyun-duyun dalam almari aku. Tapi bila aku tengok gambar-gambar aku pakai baju warna merah rasa macam cun la pulak. Ahaks!

Aku suka tengok orang yang pakai baju warna merah. Nampak menyerlah dan nampak berkeyakinan. Buktinya, dia tetap maintain walaupun tau ramai yang perhatikan termasuklah lembu. Merah la katakan. Tambah-tambah kalau orang yang berkulit putih. Lagi la MELETUP! Lelaki pakai baju merah lagi la cair. Plus bila berdiri di tengah-tengah panas..Waaahhhh...
*Eh3 terlebih sudah...*

Cer tenung sikit ciri-ciri orang yang suka warna merah ni
.
.
.
.
.
 .
.


Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.
Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah
# Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.

# Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.


 MERAH : Merupakan warna kekuatan, kesihatan dan daya hidup yang tinggi. Merah selalunya merupakan pilihan golongan yang aggresif dan outgoing. Mereka yang menggemarkan warna merah juga adalah seorang yang bercita-cita tinggi, nekad untuk mendapatkan apa yang mereka mampu dalam hidup ini, mudah menghakimi sikap seseorang dan berat sebelah. Mereka juga adalah seorang yang optimistik dan tidak boleh duduk diam. Mereka sukar untuk menjadi seorang yang berobjektif dan gemar menyalahkan orang lain atas kesalahan yang dilakukan. Seorang pendiam yang menggemarkan warna merah pula memerlukan kasih sayang dari orang sekeliling. 

Ni je yang aku jumpa sepanjang aku meng-google. Ada yang betul ada yang TIDAK!! Especially yang aktif, agresif dan penuh ghairah..haha..Tolongla~~~~Itu bukan aku..

Ok lah tu je yang aku nak merepek. Bila cuti midsem seminggu blogging la aktivitinya. Test yang menunggu tak dihiraukan. Hek3..


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

12 comments:

FITRAH JAMIL said...

suke warna merah,, mengancam hee :)

fatin aziz said...

hehe..merah mmg tersgtlah mengancam..:)

Unknown said...

merah = berani..
elegant..

fatin aziz said...

thats true!!!

Unknown said...

banyak nyer kelebihan kaler merah kn...

yg penting darah kita juga kaler merah...itu dah pasti..ahaks :)

fatin aziz said...

haha..itu mmg sudah pasti melainkan mahsuri..sbb darah dia putih..hehe

therosputih said...

hai...singgah sini nak anta jemputan...jemput join giveaway terbaru saya...

http://therosputih.blogspot.com/2012/10/special-giveaway-by-therosputih.html

fatin aziz said...

InsyaAllah..:)

ibnuismaini said...

MERAH membara semangat waja..... putihmu bersih budi pekerti.... kuning berdaulat... lalalala~

fatin aziz said...

haha.nyanyi plak.. :)

Engku Muzahadin said...

Perkongsian yang menarik`
Singgah baca entri & FOLLOW sini`
Jumpa link dalam Kelab Blogger Ben Ashaari - Salam perkenalan :)

Keep in touch :D
http://engkumuzahadin.blogspot.com/

fatin aziz said...

salam perkenalan jugak :)