Tuesday, October 9, 2012

Perlukah Ada Rasa Benci

 Siapa yang suka belajar matematik angkat leher! Semua tak boleh angkat kan so semua tak minat matematik la kan. Hehehe. 
Kenapa kita fikir matematik itu susah?
Sebab setiap benda apabila kita fikirkan susah ia akan menjadi susah dan sekiranya kita fikirkan ia mudah InsyaAllah akan menjadi mudah.


 Tengok gambar ni pun macam nak pancung leher. Dah macam tulisan korea atau jepun. Sebab tu kalau ada orang genius matematik bukan main lagi disanjung tinggi. Bukan senang nak selesaikan equation yang entah apa-apa ni.

Percaya atau tidak, believe me or not yang tuan punya belog ini juga tidak suka akan matematik TETAPI matematik lah yang dapat skor tinggi sejak sekolah rendah. Bila masuk U rasa bengong di situ sebab buat soalan 1 tak dapat jawapan, soalan 2 tak dapat jawapan, soalan 3 pun tak dapat jawapan, sampai soalan 4 terus tutup buku then tidur. Ye dak? Mesti korang pun buat macam tu kan.

Tetapi bila dapat solve soalan yang susah, rasa macam kepuasan di situ. Rasa macam nak bagitahu satu Malaysia yang aku dapat selesai soalan matematik. Am I right?

Antara tips yang boleh dikongsi untuk mudah dan seronok belajar matematik
 

1. Jangan gunakan kalkulator semasa membuat latihan Matematik.
Dengan menggunakan kalkulator menyebabkan anda tidak dapat mengingati sifir dengan baik, kurang cekap mengira , mendarab, membahagi nombor2, malah tidak tahu meletak titik perpuluhan apabila operasi Matematik tersebut menggunakan nombor2 perpuluhan.


2. Selalu bertanyakan kawan, guru atau sesiapa sahaja yang boleh membantu kita menyelesaikan masalah dalam pembelajaran Matematik. (SETUJU)

3. Jangan bertangguh apabila anda tidak faham kaedah penyelesaian atau operasinya. Usahakan berkali-kali tanpa jemu sehingga anda dapat memahaminya. Kalau tidak anda akan lebih tertekan apabila guru anda mula beralih kepada topik yang lain, dan masalah dalam pembelajaran Matematik menjadi semakin banyak untuk diseselaikan. (SETUJU)

4. Memahami Konsep Matematik. Apabila pelajar dapat memahami konsep dengan jelas semua penyelesaian Matematik menjadi mudah. Rujuk kepada guru anda bagaimana hendak memahami konsep pada setiap topik yang anda pelajari.

5. "Workout" sekurang-kurangnya 20 hingga 30 soalan sehari mana-mana soalan / topik yang anda kenalpasti yang menjadi masalah kepada anda selama ini. Jika anda berjaya menjawab lebih daripada 3/4 atau betul sekurang-kurangnya 8 daripada 10 daripada soalan-soalan tersebut, anda berjaya. Kalau tak, anda seharusnya mengulangi semula latihan tersebut sehingga berjaya. Cuba dan cuba lagi. (SETUJU)

6. Jangan "give-up". Berputus asa akan menjadikan pembelajaran Matematik anda semakin teruk prestasinya. Matematik adalah satu subjek yang menarik tapi mencabar. Hanya orang yang sanggup menempuh cabaran sahaja yang akan berjaya. (SETUJU)

7. Ulangkaji berterusan. Ualngkaji secara berterusan akan membantu anda mengingati formula, menemukan anda dengan kepelbagaian kaedah dan akan merangsang minat anda untuk belajar Matematik.

8. Mengajar orang lain. Apabila anda memahami sesuatu operasi penyelesaian Matematik, walau semudah mana pun, cuba ajarkannya kepada orng lain. Dengan mengajar kepada orang lain akan menambah ingatan anda dan meningkatkan kemahiran dalam Matematik.(SETUJU)

9. Matematik menajamkan minda. Apabila anda mengulangkaji sesuatu pelajaran dan rasa mengantuk, kembali kepada latihan Matematik untuk seketika, dan teruskan semula belajar matapelajaran tersebut. Latihan Matematik boleh menajamkan minda anda, jadi selang selikan ulangkaji anda dengan jadual belajar yang efektif. Setiap orang mempunyai gaya belajar dan pelbagai kecerdasan.

10. Yakin, anda bijak Matematik! Apabila anda mengamalkan tip-tips di atas, insyaAllah kemahiran anda dalam Matematik akan bertambah. Ini akan membuatkan anda semakin yakin kerana prestasi Matematik anda didapati meningkat dari semasa kesemasa. Yakin lah, anda boleh!

"PRACTICE MAKES PERFECT"
  

Macam mana? Rasa semangat tak, nak belajar matematik? Kalau tak bersemangat jugak tu tak dapat lah nak bantu sebab tak ambil kos kaunseling. Saya budak jurutera. Kalau nak suruh baiki otak boleh kot. Ahaks!
Perkataan (SETUJU) kat hujung tu menunjukkan perkara yang aku selalu buat. Nak kata pro matematik tu tak lah sebab tunggang langgang jugak result matematik kat U ni. Sekadar berkongsi panduan dengan kawan-kawan hasil daripada google. 
Ni apa yang aku belajar. Saja snap gambar terbalik tak nak korang tengok jalan kira. Nanti ada yang pro matematik tengok, malu. Hehehe.


Engineer bukan cita-citaku, tetapi ini bidangku.
Physics bukan minatku, tetapi ini pelajaranku.
Matematik bukan kemahiranku, tetapi ini kelebihanku.
"Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui yang terbaik untuk kita"

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

32 comments:

Unknown said...

sama la...dah masuk u kene amik calculus for engineer 1, 2,3...sakit kepala...

fatin aziz said...

calculus mmg susah..Tak suka blajar calculus. pening kepala..hehe

Khalilah said...

Tang angkat leher tak boleh tahan. Haha Pernah nangis2 study dan wat exercise utk maths ni. Serious. Lagi2 kalau lama tak buat. Rasa nk tercabut kepala. ;)

fatin aziz said...

haha..maths mmg x pernah senang. kalau senang kan bahagia dunia ni..hehehe

Unknown said...

dah lepas lega...slamat bole skor...haha..(poyo)

fatin aziz said...

haha..tahniah la sbb dah lepas..hehe

Mimi Nur Farahin Hassan said...

Saya minat gila2 maths tapi benci bio. Hhaiyhh malangnya subjek yang dibenci ni lah akhirnya jadi diploma hahaha

fatin aziz said...

haha..mcm sya maths xde la benci tapi minat bio. kalau bleh nak bio tpi maths yg dpt..hehe

Nick Nashram said...

tak suka math..tapi mjr exam dapat A..huhu
suka subjek bahasa lagi.

fatin aziz said...

tu la dlm tak suka yang tu bleh skor..hehe

Unknown said...

nak blaja math nih. kene tau skema jawapan dulu. mcm mane jalan kire dia. pastu jgn nak fokus kt salah satu kertas je. make suke anda expert dua2 kertas! ha...!!! comfirm A+. and yg penting.. jgn kedekut ilmu! :)

Akemal said...

pergh..tips yang bagus. teruskan kongsi ilmu ilmu yang macam ni.. :)

sue perbs.. said...

matematik tk dpt elak dlm khidupn sharian..

fatin aziz said...

betul2..belajar math ni perlu kongsi baru ilmu bertambah. :)

fatin aziz said...

thanks..InsyaAllah :)

fatin aziz said...

thats right! bidang apa pun yg kita belajar still relate dgn maths :)

topupbizz4u said...

X SUKA MATEMATIK

Et Ted said...

Masa sekolah dulu sy x suka math.. Hehehehhe singgah sini jap. ,

fatin aziz said...

jgn benci sgt nanti jadi cinta..hehee

fatin aziz said...

ramai yg x suka math..hehe

EPIK said...

saya suka math...best biler dpt jawapan soklan susah2..

Hotel Dibina Atas Pokok

fatin aziz said...

kan..rasa puas sgt2..hehe

PCL said...

gud sharing...bagus utk dorang yg nak exam maths PMR next coming monday.

fatin aziz said...

thanks..hnya berkongsi..hehe..:)

Nursha said...

kak fatin..
sep skit!!
ada persamaan...
saya pada awalnya x minat un Math..
tapi itulaa subjek yang saya selalu skor..
alhamdulilah..
last2..
saya falls in love dengan subject Math + Add-Math :-)

fatin aziz said...

yeah!!! finally ada jugak yg in love dgn math + add math. benda ni mmg susah tpi klau btol2 study best kan..hehe

MéuzAngelo™ XXIII said...

subjek ni feveret aku masa sekolah dulu.. hmm dah 6 taun ek aku tinggalkan sekolah.. hehe.. nk terrer math ni memang kene rajin buat latihan.. [singgah sini pulak :)]

fatin aziz said...

btol2..klau rajin senang je subjek ni..huhu

Dahlia Daffodil said...

ohh aq x ska dgn math dr kecik lgi.huhu

fatin aziz said...

haha..ko xpe la xyah blajar math dah..aku ni wajib ok!!!haha

Nurul Lyana Kz said...

sy amik kos math.. amik calculus baru pening? o0, jgn mcm tu.. tu baru sikit tu.. hehe. sy amik lg banyak sbjek math, lagi bertambah2 pening tau..huhu..

fatin aziz said...

saya x amik calculus cuma amik waktu asasi je dlu. saya belajar engineering dan amik math dalam maths engineering.kos engineering takkan sma dgn pure maths.. Sila faham ye.. jgn salah faham pulak. ni nak bagi jalan kepada yang tak suka maths. :)