Friday, December 13, 2013

Masak Suka Hati

Assalamualaikum


Hidup ni perlu untuk cuba benda baru. Tak kiralah dalam apapun. Baru best hidup ni kan. Bosan sangat asyik makan meggi je kat hostel so balik rumah kita makan meggi jugak tapi olah sikit la kan. Kalau kat hostel meggi rendam air panas je. Sampai kembang pipi, anak-anak tekak, nak habiskan meggi .Sedap tak sedap feduliks la yang penting perut kenyang poket tebal. JIMAT!!!




Masak meggi guna dapur memang best sebab boleh letak bahan-bahan lain. Ayam, udang dan segala-galanya. Cili padi wajib baling dalam periuk kalau tak pedas bukan orang melayu la boh. Makan meggi ni jemu sebenarnya tapi kalau kita buat kuah sendiri tanpa guna perencah sedap pulak sebenarnya.


Mula-mula cari pes tomyam tak jumpa. Niat nak buat tomyam sendiri. Cari serai pulak dalam peti tapi kering je. Cari daun limau purut memang takde la sebab ada kat pokok luar rumah. Nak ambik dah malam. Taknak ambik, tomyam tak sedap. Akhirnya tak ambik. Mana tau tetiba keluar ada orang kejar ke agak-agak sempat tak nak lari masuk rumah?


Jadi bayangkan tomyam tanpa serai, daun limau purut dan pes tomyam. Jadi ke??



Nampak pucat tapi rasa tu ada. Pes tomyam aku ambik yang dah disediakan dalam paket meggi tu. Terdesak sangat!!! Semua dah ready last-last pes tomyam takde mau tak hangin. Air dah rebus, udang  ayam dah sedia,tomato dah potong....bla bla bla.. 

Makanan orang bujang macam ni la ye. Malam-malam makan benda panas ditambah pedas. Sohseh sohseh air hingus keluar tapi TERBAIK..

Abah: Hello, tengah buat apa ni??

Me: Tengah tengok tv.

Abah: Dah makan??

Me: Dah.. Tadi..

Abah: Makan apa??

Me: Makan nasi goreng..

Abah: Masak sendiri ke??

Me: Yela. masak sendiri..

Abah: hahahahahaha.. (dengar gelak kat phone)


Kemon la abah your princess dah besar ok. Setakat nasi goreng ni celah gigi je. Walaupun tak sedap, rupa nasi goreng tu tetap ada. wakakaka


SEKIAN

p/s: Tajuk masak suka hati. Mana tak suka hati kalau bahan takde pun aku redah jugak. Nasib sedap!!! Masuk kereta bawa sendiri...

Lots Of Luv,
Fatin Aziz..

16 comments:

Sofea Lang said...

Masak sesuka hati ni senang.. Resepi sendiri.. Sendiri merasa, sendiri puji.. Hehe

Anonymous said...

kalau dekat rumah masak sedap sebab ada stove dan lauk-pauk, kalau kat kolej macam fatin cakap lah, pejam mata nak abiskan maggi rendam tu..haha

nanti fatin cuba lah wat kerabu maggi, sedap :)

http://www.xpresikuseven.com/2013/08/resepi-kerabu-maggi-thai.html

nae nematoda said...

amboi , cara masak dah style makan kat kedai dah tu...dah lulus ni kalau nak khawin :P

fatin aziz said...

@Wan Ahmad Izudean.. kan..sampai berbulu tekak2 ni nak habiskan semangkuk meggi..sedap ke??nanti nak try la pulak..dah bosan makan benda yang sama je..tq for sharing.. :)

fatin aziz said...

@Nae nematoda..dah lulus ek..ok checked!! tapi calon xde...hahaha

Unknown said...

Perencah tomyam dalam pek meggi tu sedap apa.

Nak paling sedap ialah letak hirisan air limau banyak dan sesuaikan dengan jumplah garam. Seimbang2kan kedua-duanya. Walaupun takda serai,daun limau purut. Tetap terbaik.

Kunci tomyam selain bahan asas adalah air limau dan garam. Hehe.

Salam perkenalan.

http://inibelogabey.blogspot.com

Unknown said...

sedapnyer oi

Pwincess said...

i nak masak sesuka hati pun tk lepas. apa pun tk reti. hm. ada jugak belajar masak. tp entah dah lupa. kot. hahahah =D

fatin aziz said...

@Abe Mirul..mmg sedap tapi boleh rosak otak..tu yg nak kurangkan..hehe

fatin aziz said...

@Nadzim Bakri..tak sedap pun..hahaha

fatin aziz said...

@Nurulee..sama je dgn saya..masih dlm proses belajar..hehehe

Anonymous said...

salam kenal first time dtg sini.. tgk boleh lapar.. nyam

Amaliena Ros said...

maggi kalau masak campak2 ayam udang bagai memang best..hmm, terliur kita tengok gambar tu..

fatin aziz said...

@Alyn Roslan..kalau terliur pergi dapur buat sekarang..hehehe

Rubiatul Adawiyah said...

aiyooo.. tengok megii terus lapa.. xD

fatin aziz said...

jom makan meggi..huhuhu