Friday, December 6, 2013

Tak Pandai Masak Tapi Rajin Masuk Dapur

Assalamualaikum


Kalau mak-mak atau makcik-makcik mesti diorang cakap macam ni " takpe kalau tak pandai masak asalkan rajin masuk dapur." Jadi anak perempuan ni stress kot sebab asyik kena push masuk dapur. Itu yang ummi aku tengah lakukan, Walau bagaimanapun ( penanda wacana uolls) dapat anak yang ketegaq macam aku perlukan effort yang lebih ye ummi..Hahahaha


Ummi: Ummi dulu kalau umur dah 20 dah boleh masak macam-macam dah. Anak ummi ni masak nasi pun kadang-kadang lembik.

Me: Alah relak la.. Baru 20. Nanti-nanti belajar la.. :P

Ummi: Nanti kawen macam mana la..

Me: Ala nanti kawen belajar la..Hehehe


Btw aku memang rajin masuk dapur. Setiap hari berkali-kali  aku masuk dapur. Basuh pinggan, minum air, makan nasi, pergi toilet, mandi 3 kali sehari tu tak termasuk melabur "saham" lagi, tu dikira masuk dapur jugak kan. 


So taaarrraaaaa...


Chicken Grill
Dengar macam hebat tapi kalau translate ayam bakar jerrr


Family tinggalkan aku kat rumah sorang-sorang mestilah kena masak sendiri kalau taknak kebulur. Makan malam kita masak simple-simple je. Takkan nak masak gulai pulak kan. Karang masak gulai jadi sup pulak kan Wakakaka



Style aku masak ni senang je. Campak apa yang ada kat dapur. Rasa macam ok jer aku masukkan. Takde nak tengok kat  buku satu persatu. Kalau yang complicated memang aku tengok buku tapi bahan yang aku masukkan tetap suka hati aku. Pastu bila rasa pelik mula aku salahkan buku masakan tu. Kesian siapa yang menulis buku tu. Terima la kritikan aku

Ayam ni aku perap dengan sos tiram,lada hitam, bawang putih. Tu je. Simple. Tak payah nak start kereta beli sos lada hitam ke, barbeque ke nak buat perapan. Guna je yang ada kat umah. Minyak tak habis masa pun jimat maruah pun selamat. Ye la anak dara keluar malam-malam sorang-sorang. Tak selamat kan.



Then bakar je la. Jangan gelak guling-guling golek-golek tengok ubi kentang tu. Ubi kentang tu memang nampak macam hangit kat luar tapi fully cooked. Takde rasa hangit ke apa semua. Perfect taste la. Sebelum aku bakar ubi kentang tu aku letak lada hitam sikit. Kalau masakan tak pedas tak kawwww!!!

Nak guna aluminium foil balut-balut apa semua pun boleh tapi aku ni pemalas sikit. Basuh bersih-bersih, tabur lada hitam, bakar. Easy kan. Budak engineering ni memang kalau dapat jalan yang mudah lagi dia suka. FAKTA!!!


  
Orang yang selalu lawat blog aku mesti akan cakap aku ni memang suka makan western ke? Dulu masak chicken grill jugak. Lepas tu mashed potato. So nah...Nasi goreng. Siapa cakap aku tak reti masak makanan kampung?? Kalau lapar, semua boleh jadi. Wakakaka.

Ni nasi goreng sardin. Bagi yang pernah dengar bagos. Kalau yang tak pernah (macam kawan aku) dengar la sekarang. Buka-buka kabinet nampak sardin. Buka peti nampak nasi maka bergabunglah mereka. Sebenarnya aku pun tak pernah dengar dulu. Tapi ummi aku ni memang suka try and test. Jadi dah biasa makan so aku try la pulak sebab senang yo..


S: Untungla awak pandai jugak masak. Saya tak pandai. Kalau boleh saya nak belajar masak paling-paling pun nasi goreng je.

Me: Pastu nanti nak kawen masak nasi goreng je??

S: takpe la. Isnin nasi goreng kampung. Selasa nasi goreng cina. Rabu nasi goreng pattaya. Khamis nasi goreng cili padi dan seterusnya ulang-ulang sampai suami saya akan cakap "hari ni nak masak nasi goreng apa pulak"??

Me: Hahahaha



Bukan aku yang masak tapi next mission. Fries tu senang! Coleslaw tu simple! Ayam tu goreng je! Sos black pepper yang kaw-kaw tu kena buat research. Hahaha

Chicken chop ni aku makan RM8.90 dan thumbs up!! Sedap gilooss..


p/s: Rushing sidai baju pulak. Full Housewife untuk 24 jam ni. Tak pandai masak dan tak rajin masuk dapur tu akulah..Hehehe..Tapi sekali masuk dapur, semua bahan aku nak guna, daging,ayam, sotong semua aku nak rembat kauuuu...


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

26 comments:

RaksasaBaik said...

waaa..boleh tahan jugak masakan... hehehehe

Aqilah Azmi said...

wow
untunglah ada tmpt grill tu hihihihihi

sedapnya chicken choppp nakk :((((

fatin aziz said...

@teto yaksa...sekadar nak masuk perut tu boleh la..hehehe

fatin aziz said...

@Akeyla Azmi..mmg untung sbb senang..nak goreng telur hancur pun hentam guna tempat grill tu..hehe

Cik Tieka said...

okeylah ar tu Fatin, atleast ada jgk yg fatin pandai masak..actually 2x5 je kita sebenonya..wkwkwkwkw :D

Wada Harun said...

macam sedap jer, macam sedap jer. hehe

fatin aziz said...

@Cik Tieka..yeay ada geng..come join the club..wakkaka

fatin aziz said...

macam perli jer macam perli jer..hahahaha :P

nae nematoda said...

mak-mak memang macam ni kan bila ada anak dara umur 20 an...haha
mak2 selalu bebel kalau anak tak pandai masak , padahal kalau masak campak2 lulus je pon :D

fatin aziz said...

haha..kan..main campak2 dah la..asalkan masak..rasa tu lain kira..wuaahahaha

Inani Hazwani said...

campak2 pun nmpak sodapp tu ..=D

fatin aziz said...

nampak je..rasa blom tentu..hahaha

Anonymous said...

our moms dulu pun rasanya tak pandai masak jugak kot, tapi bila dah kawin makin lama makin hebatlah...haha

Sofea Lang said...

Blh tahan tu.. Cube lg.. Lme2 blh la tu...

fatin aziz said...

@wan ahmad izudean.. so kiranya kena kawen la ni??hahaha

fatin aziz said...

@sofea lang..hoyeah!!!

cEro said...

Baca post ni je terus jadi lapar...

Mana entah nak cari makanan tgk 1.30 pagi ni. Hujan plak tu...hehehhe

fatin aziz said...

haha...makan meggi je.. :P

IdaShazana said...

Huhu...sodap

fatin aziz said...

:D

ZULHILMI TEMPOYAK said...

hmmmm... tau tak kat mn nak dapatkan bini pilih memasak ni..? heee

fatin aziz said...

cari kat masterchef berlambak..hahaha

Oh Ping Blog said...

mohon pos ke rumah...
yummy

fatin aziz said...

mohon bayar postage..hehehe

ibuhebat said...

tak pandai takpe. boleh belajar. yg penting rajin ;) salam kenal. jemput ke blog akak http://hebatkan.blogspot.com

fatin aziz said...

salam perkenalan jugak.. :D