Assalamualaikum..
Memandangkan sem 4 akan buka, jadi dengan ini aku sibuk nak update segala aktiviti yang aku buat sepanjang sebulan kat rumah. Semua resepi aku nak share sekali gus. Resepi para remaja je. Mudah simple dan sluurrppp.. Hahaha
Rasanya tak perlu plating elok-elok sebab nanti masuk dalam perut jugak kan. Gaul-gaul, letak dalam mangkuk, masuk dalan fridge. Settle!!
Kentang harus direbus dulu sebab kentang kan lambat masak. Nak cepat masak, potong kecil-kecil. Masak je nanti boleh terus gaul dengan mayonis tak perlu nak potong-potong dah. Main campak je. Tapi jangan terlampau masak sampai lembik-lembik pulak. Mashed potato boleh la lembik-lembik. Potato salad tak boleh. Takut bila gaul nanti tak nampak rupa potato dah. Pastu korang nak ke makan dengan kentang yang terlampau lembik gaul dengan mayonis. Kembang anak tekak aku.
Aku tak minat mayonis so guna dalam 2/3 sudu kecil je. Lemon tu over je lebih. Guna sikit je ye. Hurrmmm..main agak-agak je la korang nak banyak mana. Hahaha. Lemon ni MASAM ok. Jangan terlampau banyak. Tahap kemasaman dia KUAT!!
Daun bawang pun agak-agak korang nak banyak mana. Daun bawang ni rasa dia strong jugak. Aku tak minat sangat. Letak sikit je. Kalau korang suka, letak banyak. Resepi cakap letak segenggam!
Hidup tak boleh lurus sangat. Perlu bengkok sikit je. Jangan terlampau ikut satu persatu. Hahaha
Kobis aku letak banyak sebab aku suka kobis. Actually potato salad ni sepatutnya potato je. Macam kosong la pulak kalau potato je bogel-bogel. Pucat macam makanan orang sakit kalau takde warna. Nak nampak sedap tambah kobis. Capsicum hijau, merah, kuning kalau nak letak pun takpe. Kalau ada purple,oren,pink pun letak jugak nak bagi nampak menarik. Tu pun kalau korang jumpa!
Bahan-bahan:
(hidangan untuk aku sorang)
3 biji potato saiz sederhana
3 sudu kecil mayonis
Lemon
Serbuk pati ayam secubit (sesedap rasa)
Daun bawang ikut agak-agak je
Kobis dalam 3/4 helai/kelopak/whatever
SIMPLE!!!
Letak dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk.
Lots Of Luv,
Fatin Aziz...
5 comments:
nampak sedap. thanks kongsi resipi remaja :)
tiba2 rasa lapar.hihi.boleh try ni :)
@alia azmi.. most welcome.. :)
@nur inani..haha..cubalah buat.. :)
menarik...
Post a Comment