Monday, June 4, 2012

resepi terakhir

Kita mulakan dengan Assalamualaikum wbt.....
Ni bukan nak over kononnya aku ni chef cuma nak cerita sikit yang azab aku di dapur dah berakhir. Bukan berakhir terus, makna berakhir bagi aku adalah mak aku akan mengambil alih tugas di dapur dan aku akan menjadi penolong je. Aku still kena tolong mak aku masak. So masakkannya akan jadi masakkan mak aku la bukan aku dah yang selama 2 minggu aku dok masak ni.

Masakkan di atas ni ialah daging sos tiram. Bahan utama dia mesti la sos tiram. Tapi sebagai anak melayu yang suka makan pedas aku masukkan lada hitam supaya ia menjadi pedas. 2 minggu aku dok masak memang adik aku selalu komplen la yang makanan semuanya pedas. Nasib la badan nak buat macam mana memang suka makan pedas.Hehee..Tapi you all jangan ikut aku plak. Makan pedas boleh tapi jangan kerap sangat nanti kena apendiks. Siapa yang susah? Semua orang yang susah termasuk diri sendiri yang terpaksa tanggung kesakitan.


Ni bahan2nya seperti biasa la...
Rasanya tak perlulah aku explain kot sebab gambar dah ada sudah terang lagi bersuluh. Yang macam serbuk tu lada hitam yang ditumbuk halus. Aku guna satu sudu makan je. Korang kalau nak pedas boleh je kalau nak bubuh sekilo, dua kilo, tiga kilo, berkilo-kilo. Tak ada masalah pun. Hahaaha.

Daging jangan dilupakan. Kang tak pasal2 dah ready semua dalam kuali daging tak hiris lagi. Makan la lada hitam tu je..Hek3..

Sos tiram wajib digunakan. Nama pun daging sos tiram. Kalau guna sos tiram jangan letak garam bayak sangat ek sebab sos tiram pun dah masin nanti darah tinggi plak. Masak pun kena berpada-pada gak. Huhuhu.

Macam biasa bab2 mengubah ni 1. Aku guna kicap manis yang sepatutnya kena guna kicap pekat. Kicap pekat tak ada kat rumah aku so takkan aku nak start kereta keluar pergi beli plak. Semata-mata kicap pekat je. Ha! Memasak pun kena kreatif jugak jangan ingat seni lukis je.


Last sekali masukkan semua dalam kuali..Rasanya tak payah la aku cerita over2 sebab aku buat blog ni bukan untuk jadi online chef..Haha..

So dengan ini aku melepaskan takhta chef di dapur kepada tuan empunya badan iaitu mak aku memandang dia dah nak balik rumah..Yeay! Maka dengan ini turun la jawatan aku sebagai pembantu je.Huhuhu..Boleh la aku berbangga dengan mak aku nanti akhirnya aku boleh tunjuk bakat memasak aku.Lepas ni tak ada la cerita masakkan lagi....Haha

p/s:kalau korang nak try boleh je. Tak kena bayar apa2 pun. Sharing is caring....

No comments: