Monday, June 18, 2012

Short Holiday Again


A short holiday again!! Ooopppsss.. Lupa..Assalamualaikum..Biasalah tangan ni gatal nak menaip sampai lupa. Hari sabtu yang lepas aku pergi ke Perak. Pergi rumah pakcik aku sambil-sambil pergi kenduri kahwin anak kawan ayah aku kat Sungai Petani. Alang-alang cuti tiga hari sebab Israk & Mikraj aku pun pergi la melencong ke Perak. Tapi balik hari Ahad. Aku memang suka pergi bercuti dalam jangka masa yang singkat.Bak kata orang zaman sekarang "tangan di bahu mata ke atas". Eh betol ke. Kalau salah sori ek sebab tak biasa guna. Hehehe.

Gara-gara bos ayah aku dari KL nak datang sini sebab nak buat talk kat sekolah sains terpaksa lah family aku balik awal. Kalau tak memang hari Isnin baru aku balik.Bila dapat tahu yang ayah aku kena ambil bos dia kat airport hari isnin tengahari memang aku, mak aku dan adik aku mulut pot pet pot pet habis la. Yang dengarnya ayah aku. Tepat pada Father's Day. Kesian ayah aku sambut hari bapa dengan bebelan tiga beranak. Haha..
 
 
  Lebih kurang macam ni la gayanya. Tapi kita orang taklah over macam ni. Ni gambar hiasan semata-mata. Sebab takkan waktu membebel pun nak capture gambar. Ye dak?


Kalau aku ni ada duit memang beginilah caranya aku shopping. Haha..Tapi ala kadar je la ye memandangkan aku ni bukan anak tan sri mahupun anak jutawan. Aku cuma anak orang biasa saja. Haha. Mesti terpikir pehal la aku ni asyik update pasal shopping je. Nak tunjuk kaya ke shoppaholic ke..Suka hati korang nak buat andaian apa. Yang penting niat di hati ni betul. Aku cuma nak cerita yang aku dah shopping untuk raya. So, puasa nanti tak payah la nak berasak-asak dengan orang ramai nak berebut baju ke apa sebab takut tak ada saiz la, tak cantik la and for sure juga tak letih cuma aku akan letih sebab kena berjalan ke hulu dan ke hilir sebab nak cari baju untuk adik aku nanti. But at least aku  tak payah la keluar masuk fitting room sebab nak try baju kan? Cantik tak mind set aku. Haha.

Tahun ni aku letak target tak nak baju warna pink, purple and merah. Sebab apa? Sebab dalam almari aku dah banyak baju warna-warna macam tu. Feminin kan aku? Tapi bila aku pergi tempat baju girls semuanya warna tu je yang ada. Bila aku pegang yang berkenan warna purple. Mak aku pilih kat aku warna pink. Adik aku try pulak warna merah.Tak ada ke baju yang warna turquoise, kelabu tahi anjing, hijau lumut? * kalau ada kau nak beli ke fatin?* Akhirnya aku beli warna purple dengan pink. Once again add my clothes in purple and pink. Up until the time when I wanted to wear must be fed up with street clothes in the closet for all the same color.You also must have the same situation right..Haha.
 
p/s: ni entry sebelum nak tido sebab tak mengantok. Kepada yang tak nampak tulisan kecik tu alamatnya tak lama la tu. Siapkan wasiat ek. Haha..Gurau2 je ek. Jangan disimpan dalam hati.

No comments: