Monday, July 16, 2012

Anti Sosial Kah Aku???

Salam readers...

1st of all good morning. Tak pernah aku bangun awal tapi kali ni terbangun awal. Tak tahu la kenapa maybe sebab nak menunjukkan yang umur tu makin meningkat. Tanggungjawab tu makin banyak. Masa untuk menjadi anak dara akan menjadi singkat. Masa untuk menjadi mak orang makin hampir. Haha. Mukadimah di pagi hari.

Okay refer to the title. For me its quite interesting to be discuss here just for fun. Bukan nak buka aib sendiri atau apa. Tapi cuma nak berkongsi kepada orang ramai tentang pandangan segelintir masyarakat yang menganggap insan pendiam ni anti sosial. Benarkah? Anti sosial dalam konteks tidak suka bergaul dengan orang ramai bukan sosial tahap kritikal tu.

Antara perkara tentang diri aku yang mungkin orang tak kenal anggap aku ni anti sosial.

1. Aku lebih suka habiskan masa dengan family berbanding kawan.

2. Aku lebih suka menghabiskan masa dengan social networking berbanding face to face.

3. Aku tak suka bergambar dengan orang bukan bermaksud aku suka bergambar dengan bintang
    pulak.

4. Aku tak bercakap dengan lelaki kalau bukan lelaki tu yang memulakan bicaranya terlebih dahulu.

5. Aku berkawan dengan semua tak kira gedik, ayu, kasar tetapi aku rapat dengan yang betul2 buat
    aku selesa.

Ha! Over kan pada pandangan korang. But dont ever judge a book by its cover.
Antara sebab2 aku bersifat sedemikian...

1. Kalau aku habiskan banyak masa dengan kawan, aku akan lupa diri. Asyik bercakap, cakap dan
    terus bercakap sehingga penat menghadirkan dirinya. Kalau hangout sehari tak cukup, sebulan
    pun tak cukup, setahun pun belum tentu cukup. Kalau boleh seumur hidup.

2. Tak suka face to face sebab muka aku akan bertukar warna bila ada orang menyakat aku.Haha.
    Dan satu kelemahan aku adalah bila bercakap aku tak boleh tengok mata orang. Tak percaya
    cuba tanya kawan2 aku.( bajet korang kenal kawan aku la)

3. Ya itu kenyataan! Aku tak suka bergambar apatah lagi berposing TETAPI aku suka mengambil
     gambar. Even longkang tepi jalan pun kalau menarik why not? Dengan DSLR longkang pun leh
    bertukar jadi taman bunga. Maybe sebab tu orang ingat aku ni anti sosial sebab tak banyak cakap
    tapi banyak buat kerja sambil mulut terkunci rapat.( ni kalau orang yg x kenal aku la)

4. Bukan seorang tetapi ramai kawan lelaki bertanya kepada kawan aku adakah aku ni terlalu
    pendiam sehinggakan diorang rasa malu nak tegur aku takot tak dilayan. Haha. Yang ni lucu.
    Mungkin pada pandangan mata kasar aku ni pendiam tapi why not kalau korang approach aku dulu
   confirm kenyataan pendiam tu akan mati serta merta dlm fikiran anda. Trust me! Terbukti berhasil!

5. Orang pendiam tu tak banyak kawan? Lupakan lah. Siapa kata? Aku ramai je kawan. Sebab apa?
    Sebab aku ni pendiam dengan orang yang tak rapat dengan aku. Control everything la. Tapi dengan
    yang rapat gelak macam evil, jalan macam lelaki berbadan tough, wearing jeans every time
    ( no time for skirt), cakap tak seayu peah kat kampung.

Ha! Tu je la ye yang aku boleh taip. Actually banyak lagi tapi tak pe la. Nanti korang bosan! Haha.So ubah fikiran anda yang mengatakan insan pendiam ni anti sosial. Sebenarnya diorang bukan anti sosial cuma ada sebab disebalik semua tu. Kalau nak kenal orang tu kenal dari segi dalaman bukan luaran. Aku banyak juga kawan2 yang pendiam ni. Tapi diorang fun je bila aku ajak keluar apa semua. Sebab diorang rasa selesa. So kita pun kenalah selesa dengan seseorang supaya orang selesa dengan kita

Tapi INGAT!!! Tak semua orang sukakan kita even kita pun tak sukakan semua orang. Kalau orang tak suka jangan dipaksa. Bak kata pepatah berkawan biar beribu, berkasih biar satu!

4 comments:

Liza Razak said...

awak bukan anti sosial..mungkin awak agak pemalu sikit kot

fatin aziz said...

mmg sya pemalu. tpi bgi pndgn org, saya ni maybe anti sosial..hehe

✿INA AINAA✿ said...

org sekarang ni suka sangka buruk kat orang lain.. cuba pandang positive sikit.. open minded, fikirlah, setiap orang ada sebab tertentu atas kelakuan tertentu... sabar jelah..

fatin aziz said...

btol tu aina..menilai seseorg sblm mengenali mmg x patut. sepatutnya knl dlu baru menilai..