Thursday, July 5, 2012

Hantu Novel



Assalamualaikum wbt...
Lama jugak aku cuti dari menulis kat blog ni. Maklumlah hari selasa hari tu baru lepas melawat popular. Rembat 2 biji novel tebal. FUHHH!! Baru habis 1 novel lega gila. Penat wei nak habiskan. Selalu aku beli yang nipis-nipis je. Tapi bila kena beli yang tebal memang seharian aku terperuk dalam bilik. Dah lama aku tinggalkan dunia novel selepas balik dari UM dulu.

2 novel tu mak aku yang pilih. Mak aku pun gila novel so aku tak berapa rasa rugi kalau beli novel pun sebab ramai yang nak baca. Lagipun aku tak berapa suka pinjam kat orang sebab nanti terkejar-kejar nak kena habis kan. Tak gitu kan??

Aku baru habis novel Sebenarnya Saya Isteri Dia. Boleh dikatakan top seller gak la. Dan best gila..Sweet je memanjang. Bab gaduh-gaduh pun still aku senyum baca sorang. Rasa macam nak khatam sekali lagi. Tapi bila ingatkan buku tu sampai 800 lebih muka surat terus terbantut niat aku. Lain kali la baca. Turn nak baca yang satu lagi pulak. Tapi rest la dulu. Biar sweet2 moment dalam novel tadi tu hilang dari ingatan tu dulu. Hehe.Minah jiwang kan???haha

Sinopsis
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?


Kalau korang beli novel ni, aku gerenti korang akan senyum sorang2. Macam aku. Walau dah habis baca pun still tersenyum. Haha. Ok jangan layan aku. Otak tengah sakit...

No comments: