Monday, February 10, 2014

Thailand: Krabi & Phuket

Assalamualaikum...


Ingat tak lagi post pasal Travelog Aussie yang last sekali tu? Konfem tak ingat kan. Macam takde keje la pulak nak ingat segala entry yang aku post kat sini. Aku ada inform yang akan update pasal travelog ke Thailand pulak. Tak havoc mana pun sebab pergi dalam 4 hari je macam tu. Dekat je kan tak perlu bercuti lama-lama. Iolls kan duduk kat perlis...




Waktu aku bercuti ni orang lain tengah berhempas pulas bagai nak gila dengan final exam. Aku pulak menghirup udara segar ala-ala mat saleh yang berjemur tepi pantai kat Phuket konon nak menikmati summer. Jangan salahkan aku. Salahkan universiti aku sebab bagi lama sangat tempoh exam. Bayangkan start exam, 2 Januari hingga 18 Januari. Lewat sangat start. Orang lain nak habis, aku baru nak mula pergi dewan exam. Study week pulak sampai 2 minggu. Tak cukup study week lama, gap antara paper ke paper pulak seminggu. Banyak masa untuk study tu betul la. Kalau dah lama sangat dah jadi bosan jugak kan. Orang lain dah bosan duduk kat rumah, aku baru kemas barang nak balik umah!!


Nak dijadikan cerita, mula-mula abah cakap nak pergi Krabi, aku feeling-feeling naik flight ke apa. Best jugak ni sebab tak lama, sekejap je. Kalau lama aku bosan tahap gaban! Tapi sebenarnya naik kereta. Dalam fikiran aku boleh ke abah bawak kereta sampai ke Krabi dengan Phuket? Kalau setakat Hatnyai takpe sebab dah pernah pergi. And you know what, abah aku cakap dia main redah je. Kalau sampai maknanya sampai lah. Kalau tak sampai???



Aonang Beach Resort. Best giler sebab buka je sliding door bilik, teros kolam mandi which is means korang tak perlu keluar dari bilik then pergi kolam untuk mandi. Buka sliding door terus terjun. And thats what i did.  Even waktu malam. Penat berenang masuk bilik kejap makan ke minum ke pastu sambung balik..Senang sikit aku nak menyelam ke, berenang ke, tidur dalam air ke takde orang kisah.


Ha!! Sambung yang tadi.. Macam mana kita orang boleh sampai ke Krabi ni? Btw abah ni seorang traveller. Tu yang paling aku patut letak dalam mindset aku. Dia pergi overseas dengan kawan-kawan 3 orang lagi tak kira mana pun, Sydney, Melbourne, Shenzhen, Hong Kong, New Zealand tak pernah guna travel agent tau. Berdikari kata kau!


Mula-mula abah nak bawa kita orang pergi Aussie memang macam tak yakin je semua tempat boleh pergi but andaian tu salah! Kalau bergantung dengan travel agent belum tentu korang boleh masuk ceruk-ceruk mana sebab mostly mesti bawa-bawa tempat yang hebat dan jadual mesti packed! Yang ni lebih santai..Tak perlu terkejar-kejar. Just nice!!



Memandang bertolak tengah hari Sabtu, malam baru sampai jadi tak boleh nak pergi jalan-jalan. Sempat pergi makan dengan ronda-ronda keliling pantai. Orang Malaysia banyak kot. Tak terasa asing langsung. Tepi-tepi jalan penuh kereta Malaysia. Makanan halal banyak, pilih je mana yang korang berkenan. Rumah urut lagi banyak noks..


Motif kita orang pergi Krabi sebab nak snorkeling. Huh!! Dah lama aku tak bermain dengan air. Maklumlah Iolls ni perempuan Melayu terakhir so kalau mandi kolam-kolam ni Iolls segan sikit. Sebab tu Iolls mandi kolam tengah malam. Hakhakhak


Menunggu turn nak naik bot melawat 7 pulau kot kalau tak silap sambil snorkeling. Harga dalam RM100++ seorang termasuk makan semua. Complete!! Makanan ditanggung HALAL.

Kalau nak cerita bab sweet-sweet ni banyak. Dua entry pun belum tentu habis. Bila dah bercuti ni mata ni mesti liar usha-usha orang. Jangan cakap aku, korang pun sama kan!!! Hahahaha. Untuk mengurangkan gedik, tak payah cerita. Ahaks!



Waktu ni assistant pemandu bot suruh tengok something. Tapi aku tetap tak nampak dan tak faham. Jujur aku tak faham English diorang. Hahahaha


 Ada nampak macam sambil berenang aku tangkap gambar tak gambar ni???


Macam ni la bot yang kita orang naik. Banyak bot disediakan. Tahap pengurusan diorang TIP TOP. Aku bagi 4 Bintang!!!


Gambar original yang diambil sendiri okay. Guna DSLR. Jangan cakap aku ciplak kat google pulak!! Tau gambar ni cantik. Hohoho. Masuk lif tekan sendiri


Waktu ni berombak sikit. Snorkeling pun asyik dilambung ke tengah laut. Tak payah kayuh dengan kaki nak berenang ke apa. Ombak dah tolong tapi bahaya sikit la. Paling penat nak lawan ombak nak ke tepi laut sikit. Kuak sekuat mana pun tak bergerak. Lelah aka semput waktu tu.




Jangan suruh aku namakan kesemua pulau yang aku pergi. Phi Phi Island je yang aku ingat. Lain pulau I dont care and I dont want to care. Tugas aku duduk dalam bot pegang kamera!


Pulau ni aku tak ingat nama. Paling pasti pulau ni ada filem hollywood shooting kat sini. Tajuk filem pun aku tak sure. Kalau tak silap abah aku cakap pelakon Leonardo De Caprio yang berlakon. Bukan TITANIC ye. Pasir tak payah cakap, lembut sangat. Sampai tourist guide tu cakap better jangan pakai selipar atas pasir sebab terlalu lembut takut tak boleh jalan dan SEJUK. Rasa nak golek-golek atas pasir. Tapi macam yang aku cakap Iolls kan perempuan melayu terakhir so bertertib la sikit. Hekhekhek



I punya abah suka sangat gambar ni sampai letak background kat iphone dia tau. Anak you yang snap ni. Kalau tak cantik kemain kutuk. Lebih pedas dari Papa Jo (masterchef) kutuk. Kalau cantik buat tak tau je. Tengok-tengok letak kat iphone. Hurrrmmm..


Snorkeling time!!!
Perhatikan gambar tu betul-betul. Kalau korang betul-betul tengok konfem nampak ikan-ikan berenang. Kalau nampak duyung gua cakap lu havoc! Gambar aku dengan abah tak nampak sangat sebab ni adik aku yang snap. Orang dah cakap close up, dia buat jauh jugak sebab nak bagi nampak semua dalam satu gambar. Ok! Tak boleh bantah.


Adik aku ni penakut sikit. Mandi kolam ok. Masuk laut dalam, takut sikit walaupun life jacket dah pakai. Nak turun dah tapi tak jadi. Menyesal aku turun dulu. Tak boleh nak tarik dia.Sepatutnya adik aku turun dulu. Paksa baru jalan!!!



Destinasi terakhir. Kat sini kita orang diberi masa selama satu jam. Nak berenang ke snorkeling ke apa ke hentam sajalah. Kiranya ni tempat lepaskan gian bagi yang tak berpeluang nak mandi.


Abah aku siap tido lagi kat bawah pokok. Berdengkur noks!!! Aku dengan adik apa lagi, dalam air la. Peluang..Peluang..Peluang..Jangan sia-siakan. Bayar mahal!!!


Time to go!!! HUHUHUHU (caps lock nak tunjuk betapa sedihnya aku)





Penat satu hari keliling pulau. Malam tu jalan-jalan kat kedai-kedai tepi pantai je. Meriah macam kat Pantai Cenang tapi yang ni lagi meriah.


Balik tido. Esok bangun pagi. Let's move to PHUKET.


Actually takut jugak nak gi Phuket ni. Sebab aku pergi tarikh tu elok-elok 24 Disember. Takut TSUNAMI. Hehehe



Phuket, kita orang stay kat Hilton. Kat gambar terpampang. Bukti itu perlu okay!!! Taknak orang kata aku ni cakap tak serupa bikin. :P

Krabi ke Phuket dalam 3 jam tak termasuk sesat. Bertolak dalam pukul 9 pagi sampai dalam pukul 2. Target nak sampai pukul 12. Memang sampai pukul 12 tapi cari hotel tak jumpa. Apa nak buat hotel tu dah nampak tapi pintu masuk tak jumpa. Hahaha


Me: Adik... Apsal pakai selipar datang obersea?? Selekeh...

Adik: Apa pulak?? Tengok mat saleh tepi pantai..Pakai selipar jepun jugak. Lagi pun ni selipar JEPUN kot selekeh apanya.


Last-last aku jugak kena beli selipar jepun. Gila jalan atas pasir guna flat shoe. Tak pasal-pasal kasut aku lekang sebab basuh lepas kena pasir pantai. PADAN MUKA KO!!!



Sampai je Phuket, lepas makan dan solat terus jalan-jalan kat pantai. Esok dah nak balik. Takut tak sempat. Phuket ke Bukit Kayu Hitam lebih kurang 8 jam. Kena bertolak pagi. Lambat nanti gate kat sempadan tutup tak balik rumah la jawabnya. Tu pun hampir-hampir nak tido kat Hatnyai sebab sesat berjam-jam kat pekan Hatnyai tu. Hati dah gembira tapi tiba-tiba je abah jumpa jalan keluar. OMG..Sedih balik...Hahaha


Mat dan minah salleh. Fuh!!!
Macam-macam...Macam mana iman lelaki yang tengok minah saleh tu..(mohon faham..haha)



Its me!!
Sebenarnya kita orang tunggu sunset. Kat Phuket ni sunset cantik gila. Rasa macam romantik pulak tunggu sunset dengan abah. Hahaha.. Macam dalam novel gitu...


I told you already..
Cantik bukan??
Indah ciptaan Allah SWT..



Adik aku sentiasa over. Konon berseni sangat la mintak tangkap gambar macam ni.


Actually Krabi dengan Phuket ni sesuai tempat untuk berehat. Tenangkan fikiran. Bercuti kat sini pun takde lah adventure sangat macam pergi Aussie dulu. Semua nak pergi. Set masa. Makan cepat. Kat sini more relax. Habiskan masa kat pantai je. 4 hari cukup je nak melawat satu Krabi dengan Phuket kalau ada kenderaan sendiri.


Kotak komen nanti mesti ada sorang akan cakap "takkan gambar permandangan je? Mana gambar family? Tak banyak pun gambar sis fatin.." macam entry lepas-lepas, travelog Aussie. Tapi yang ni jujur aku cakap dalam koleksi tak banyak sangat gambar family. Frankly takde sangat. Banyak gambar permandangan je. Semua aku dah letak dalam blog ni.


Untuk membezakan dengan gambar-gambar lain..Nah..


Family yang kecil tapi bahagia.
As usual Im the photographer.. :P
Garang pulak muka ummi tu padahal dah warning awal-awal nak tangkap gambar ni. Hahaha


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

27 comments:

Shafiqah Rashid said...

bestnyaa bestnyaaa bestnyaaa! teringin gila nokss nak p krabii. wuuu~

fatin aziz said...

haha..jom kita pi nanti noks.. :P

sitirohaida said...

panjangnya entry..heheh..tapi takpe..suka sebab tengok pemandangan yang cantik2 tu..

Aqilah Azmi said...

Omg...........
bestnya aaaaaaaaa
qila baca sampai ke sudah takde skip skip hiks.
Mmg cantik ah gambar semua hee~~~ <333

fatin aziz said...

@kisah si dairy..travelog kan..panjang la sikit..hehehe.. :P

fatin aziz said...

@Akeyla Azmi..haha..buat lawak la pulak..btw thakns sbb membaca..dtg la sini selalu..hikhik

Nur Madihah said...

wow! laut tu sangat lawa!! jelly nya XD

fatin aziz said...

@Nur Madihah.. lawa kan..hikhikhik..

fiqah said...

berangan nk pi sini.. bila entah nak jadi.. huhu

http://sihatrampingtk.blogspot.com/2014/02/komen-pertama.html

fatin aziz said...

InsyaAllah.mula2 mimpi..lama2 jadi kenyataan..macam saya..huhu

Pondok Usang said...

wow... shantiknyaaa...

fatin aziz said...

mmg tersangat cantik..:)

Rubiatul Adawiyah said...

wah... seronoknya awak.. hmm. kita tak berkesempatan nak pegi sane :'(

Unknown said...

memang cantik Krabi..

fatin aziz said...

Rubiyatul Adawiyah..Alhamdulillah Allah bagi rezeki lebih.. :)

fatin aziz said...

Munera sulaiman..cantik sgt.. :)

nabella said...

wahh seronoknyaaa pergi krabi .boleh lah nih sebab kita minat travel backpackk hehe

fatin aziz said...

nabella..nice..jom kita pergi sama2..hehehe.. :P

Books and Beauty said...

Ya Allah cantiknya Krabi..

fatin aziz said...

nadia..indah ciptaan Allah SWT.. :)

Lya Amie said...

bestnya melancong !

Unknown said...

Assalamualaikum. Bestnya. Teringin pula nk pegi melancong kt sana. pemandangan cantik2..

Unknown said...

Assalamualaikum. Bestnya. Teringin pula nk pegi melancong kt sana. pemandangan cantik2..

Farrah MF said...

Syoknya! View cantik sangat!
Salam kenal dr Kak Farrah.

fatin aziz said...

@alia azmi...best sangat2..hehehe

fatin aziz said...

Nasuha Puteri Nass.. pergilah nanti ye..best tau..hehehe

fatin aziz said...

Farrah MF..salam kenal utk kak farrah jugak.. :)