Sunday, June 3, 2012

penangan masterchef

Assalamualaikum wbt..
Ok dah baca tajuk di atas? So ada kena mengena la dengan tajuk kan.Aku suka tengok Masterchef ni dari dulu lagi. Tapi tak boleh tengok full la sebab duduk kat kolej.Terbatas sikit.Balik2 tahu je Ezani yang menang.Apa lagi mak aku pun puji2 la. Maklumlah Dr gigi pandai memasak. Bukan setakat pandai je kat dapur pun excellence.

Kalau aku, nak masuk dapur pun malas bak kata mak aku. Padahal aku suka je memasak. SERIUS aku cakap cuma aku tak suka orang merasa dan komplen.Haahaha.So memandangkan parent aku tak ada kat umah aku pun tunjuklah bakat memasak aku. Yang makan pun adik aku.Dia komplen pun aku peduli apa dia pun bukannya reti masak.Hahaah.

Selama 2 minggu mak aku tak ada kat umah memang dapur tu berasap la. Setiap kali orang call aku mesti tanya macam ni:

Caller: Makan kat rumah macam mana???Beli kat mana???Dekat2 rumah ada orang jual tak???
Me     : Tak la. Masak je. Umi dah beli lauk Fatin masak je la.
Caller :Hahaha. Boleh ke masak?
Me     :Boleh la setakat nak makan.....(dalam hati dah berasap..hehe)

Bukan seorang tau. Banyak la. Tapi tak apa sebab ye la budak yang baru umur 19 di zaman moden ni kebanyakkan better beli kat luar je. Memang aku mengaku kadang2 aku fikir jugak macam tu. Kereta ada start je pergi beli. Kan mudah...Tapi disebabkan mak aku cabar aku masak apa lagi masak la.

Tapi mak aku selalu bising macam ni:

Umi: Umi dulu umur 19 dah orang masuk meminang dah. Masak ni celah gigi. Anak umi ni masuk
          dapur pun nak kena "jemput".
Me  :Hahahaha...Eeeeeiiiii..Gatal nak kawin. Tak malu.
Umi : Umi cakap yang betul.

Memang aku mengaku mak aku ni HOT kot dulu kat kampung (dengar dari nenek2 sedara aku la) sama lah macam ayah aku. HOT + HOT=KEBABOOMMM. Tapi kawin di usia yang lanjut sebab tu la kawan2 ayah aku dah ada cucu yang ayah aku anak sulung baru nak masuk U..Haha

(Keluar tajuk kejap)

Ha! Hari ni aku masak western plak. Spaggeti!!!My favourite!!Mesti korang cakap dalam hati "alah spaggeti je pun over lebih".Tapi aku buat cara sendiri. Biasalah Masterchef pun diorang ubah2 resepi. Aku pun nak kreatif gak.Hehe.

Bahan2nya:

1) 2 biji tomato
2) 7 biji cili padi ( nak bagi pedas sebab aku suka pedas)
3) 1 1/2 labu bawang besar
4) sedikit daging yang dicincang halus (malas nak beli daging cincang)
5) sosej dan bebola ikan
6) 2 ulas bawang putih
dan jangan dilupakan.....

 Sos prego la.Korang ingat aku larat nak buat tomato pes sendiri. Yang senang kan ada.Sori kalau gambar terbalik.Malas nak edit.Huhuhu.


Ni la hasilnya.Sedap tak? Kalau tak sedap pun ada aku kisah korang bukan rasa pun.Hehehe. Sedap tak sedap lain kira asalkan masuk perut, kenyang, buuurrrpppp, Alhamdulillah...

Itu je la..Jangan lupa saksikan Masterchef Selebriti. Dr Faiz dengan Salamiah Hassan dah terkeluar.

p/s: terima kasih kerana membaca entry yang panjang lebar ni..:-)

2 comments:

✿INA AINAA✿ said...

ya Allah, pndainyew masak!!! boleh kawen dah nie.. hikhik... ena pun suke memasak, tp msk western tau la... lau mskkan kg xreti.. tabik spring same sis

fatin aziz said...

haha..bleh la setakat nak makan sendri my dear..btw thanx..kwen tu blom la lagi..hek3