Saturday, July 21, 2012

Pengalaman Berpuasa Di Perantauan

Assalamualaikum...
Dah tengok tajuk? Ok kalau dah, set dalam mind korang yang aku ni over. Tajuk bukan main lagi di perantauan. Bajet oberseas la tu. Padahal KL je pun.

Aku bukak twitter dengan FB tengok tweet kawan2 aku yang mengadu tak boleh balik sambut ramadan dengan family la, sedih la, rindu makanan mak la, makanan sahur tak sedap la. Chill la you all!!! Sedap je mulut aku cakap macam tu sedangkan aku pun tahun lepas sama jugak. Sebulan berpuasa di kolej. Tak boleh nak balik rumah. Hanya student2 seangkatan dengan aku je tahu kenapa kita orang semua tak boleh nak ambil peluang balik sambut ramadan kat rumah masing-masing. Maklumlah kelas yang padat everyday. Nak ponteng pun tak sempat.* ayat over*

Seriously aku faham keadaan korang sebab aku pun di situasi yang sama. Bangun sahur sendiri. Bukak puasa sendiri tanpa family disisi memang agak terharu. Tapi itu kan satu tanggungjawab kita sebagai pelajar. Tahun lepas kawan2 aku yang belajar dekat dengan rumah tak habis2 post kat fb aku betapa seronoknya berpuasa di rumah. Nak buat aku jeles leetteeeewww.. Tapi tahun ni sebulan aku akan berpuasa di rumah. Ha???Tengok Tuhan gantikan balik kesedihan kita dengan kegembiraan. So aku pun nak ganti semua juadah2 puasa yang aku tak boleh nak makan tahun lepas la. List makanan pun aku dah sediakan mengikut hari. Hahaha

Sepanjang aku kat kolej, korang nak tahu aku bersahur dengan apa??
Ni la peneman aku selama sebulan. Dan ditambah dengan...



Air Milo....dan diakhiri dengan...



buah kurma. Untuk tahan lapar.

Begitulah hidupku selama sebulan. Tapi yang bestnye, aku tak rasa lapar langsung walaupun aku ke hulu, ke hilir, naik bukit, turun bukit, naik lif dan turun lif semata-mata nak pergi kelas yang memang terlalu padat dari pagi pukul 8 am sehinggalah 5 pm. Lepas tu berlari-lari ke kafe pulak sebab malas nak beratur panjang beli makanan.

Tapi bila aku stay kat rumah, sahur dengan nasi still rasa lapar. Bukan setakat sahur dengan nasi, dari pagi sampai petang kerja aku goyang kaki. Masih lagi lapar. Maybe sebab aku tak ada kerja. So kepada yang tak ada kerja nak buat, carilah kerja. Menoreh ke, bercangkul ke, bercucuk tanam ke, cuci jalan raya ke ok tak??Hehe

Whatever it is im still missed that moment. 

p/s: Tak pernah sekali pun aku berpuasa tak bangun sahur tapi tahun lepas aku tak terjaga sahur. Sehari je la. Nasib baik aku boleh menghadapi hari tersebut dengan jayanya. Haha..*an evil laugh*


2 comments:

Dahlia Daffodil said...

da ka kta kna naik bukit??hehe...
aq phm prasaan kta time 2..huhu..bezanya ang mnum milo,aq air masak je sbb mls nk trun katil..hahaha

fatin aziz said...

Yg kita naik turun dari Audi tu bkn bukit..hehe