Berikut
ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses
mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka
untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya
mampu.
1. Membaca surah Yaasin setiap
malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10
keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka
akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan
niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan
beriman. Insyaallah mustajab.
2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang
kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam
sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya
diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa
yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan
soleh.
3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan
penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang
baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati
sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain
Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan
merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang
merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada
Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia
maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.
4. Berdoa disetiap
selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja
selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah
5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud,
kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa
rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan
kusyu’, insyaallah.
6. Solat hajat 2 rakaat –>
Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang
rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak
yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda
telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah,
tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)
7. Betulkan niat,
nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat,
ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah.
Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya
8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau
ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan
Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa
dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar
sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan,
pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan
tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam
kelaparan.
9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.
12.
Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja
yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan
suci. (sebenarnya selalu kena amalkan ini) jauhi yang haram dalam
kehidupan anda.
Semoga membantu anda di luar sana.
InsyaAllah...
Renung-renungkan dan selamat beramal.. :)
Lots Of Luv,
Fatin Aziz..
15 comments:
InsyaAllah..moga dgn jodoh ini kita dpt bina halaqah keluarga yg mukmin.. :)
InsyaAllah..amin :)
wahh...ade tips..kne amalkan selalu..
hehe... sila amalkan ye :P
Wah best tips ni. Skrg masa utk pilih nk buat mana satu,hehe
haha..pilih yg btol2..jgn tersalah pilih..hehe
nice tips... in shaa Allah sya amalkan.. ;)
moga2 cepat dpt jodoh :)
nice info.. =)
thanks :)
bagus,... aku sudah mendapatkan jodoh
alhamdulillah~~~
Alhamdulillah. info yang bermanfaat dan membantu. terima kasih :)
sama2..just sharing.. :)
aamiinnn.....
Post a Comment