Friday, June 21, 2013

Nak Jugak Berteduh Dibawah Kasih Papa Ehsan

Assalamualaikum...


Wow!! Dulu demam Nora Elena, pastu Setia Hujung Nyawa, Sebenarnya Saya Isteri Dia and now demam TEDUHAN KASIH. Siapa tengok teduhan kasih? Ofkos I yang angkat tangan dulu mak jemah mak jemah sekalian. First time tengok dah episod 7 kot kalau tak silap. Waktu tu tengok pun sebab ummi yang buka. Aku layan je la. Aku tak berapa layan sangat drama pukul 7 lepas habis Setia Hujung Nyawa sebab Sedetik Cinta tak menangkap kalbuku untuk tengok. Jadi aku ni tak ambil tau la. Lepas je tengok satu episod 7 tu terus aku rasa macam best jugak cerita ni ala-ala novel gitu. Ehem2, ratu novel is here. Dah boleh tangkap cerita tu macam novel ke tak. Habis je Teduhan Kasih tengok yang bahagian closing tu (ala yang tunjuk2 pelakon segala bagai tu la) ada tulis "diadaptasi dari novel". Terus feeling "patutlah best. novel rupanya.."


Aku: Eh patutla best cerita ni. Dari novel rupanya. Kak Fatin dah agak dah tadi.

Ummi: Ummi tengok cerita ni pun sebab ada Adi Putra..


OhMyGosh!!!Ummi pun layan Adi Putra jugak. Like mother like daughter youuuu. Pernah sekali ummi tanya "Kenapa Adi Putra tak pernah menang mana award? Sedangkan banyak drama dia berlakon. Best-best pulak tu". Tiba-tiba terfikir, betul jugak tu. Berlakon punyalah banyak drama dan filem. Kalau tak best takkan banyak berlakon kan. Nak kata tak handsome, "gila wa cakap sama lu tak handsome?". Semua perempuan terpaut kot. Nak-nak kalau berlakon waktak romantik. Cair sampai tak dapat dibekukan dah. Tapi takpelah tak menang award pun takpe asalkan banyak keluar tv.




Kalau aku jadi wife dia memang aku ikat kaki tak bagi berlakon. Wakaka..


Ada tak yang baca novel ni? Cer cite sikit best tak dalam novel? Kalau diadaptasikan pengarah pendekkan. Tak boleh nak feeling lebih-lebih. Nak beli novel, dah tahu ceritanya. Aku ni jenis kalau dah tengok cerita malas nak baca novel sebab dah tahu ending. Aku tak macam ummi aku, 10 kali baca pun still feeling-feeling lagi. Aku kalau dah second round baca, cari part-part yang best je. Setengah jam je dah habis satu novel. Kalau ummi, yang kesepuluh kali pun berhari nak habiskan. Bila tanya je mesti ummi jawab macam ni

"Biar la nak menghayati setiap ayat dalam novel ni."

OhEmGeee!!!





"Jangan lupa saksikan drama bersiri #TeduhanKasih di slot Akasia. Setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7 petang hanya di TV3."-feeling retis la pulak ko ni PATIN


p/s: Aku cukup geram geram dengan watak KAK LONG tu. Rasa macam nak cepuk-cepuk je muka dia.


Lots Of Luv,
Fatin Aziz... 

8 comments:

Marzatulalia said...

wahhh..kita suka jugak gambar tuh..mula-mula macam tak minat je..tapi kwan cakap best..terus tgok..hee

fatin aziz said...

hehe..best gile sbb ada adi putra.. :P

Unknown said...

memang besh kan.. uhuks

fatin aziz said...

hehe..best sgt2..

Unknown said...

sangat best cerita teduhan kasih..!! rasa nak jerit kak mak "nak kaweenn..!!! hihi...neway salam perkenalan buat fatin :)

fatin aziz said...

salam perkenalan jugak.. :)

Cahaya Kesempurnaan said...

done follow u
nukilancintapurple.blogspot.com

fatin aziz said...

thank u.. :)