Assalamualaikum..Salam Ramadhan..
Wahai rakyat-rakyat jelata beta, adakah tuan hamba semua berpuasa? Harap korang berpuasa la ye. Taknak tinggal-tinggal. Taknak taknak taknak melainkan yang special case la kan. :P Kadang-kadang bila kita stress atau ada masalah mesti kita akan cakap "kenapa la hidup aku tak best macam dalam novel. Happy-happy je". Ini kalau yang gila novel tahap hantu la. Bila aku cakap macam ni muncul la suara-suara halus yang bebisik macam ni. "Woit Fatin ko kat dunia mana ni? Kembali la Fatin oooiii". Suara kawan aku. Aku rasa lebih kepada menengking bukan berbisik ni.
Bagi yang terlampau taksub dengan novel macam aku, yes kita geng. Mesti bila baca je novel, awal-awal tunggang-langgang hidup, dera sana dera sini, sindir mak aiii keras sungguh bunyinya rasa macam nak hempuk je novel kat dinding sambil bayangkan yang kena hempuk tu hero novel tu tapi bila yang hero tu Aaron aziz, Izzue Islam, Akim tak sampai hati la pulak.
Sampai ke hati korang nak hempuk kalau dah muka hero macam ni??? Ahaks!!
Tapi bila nak akhir-akhir, sweet menyuweet je memanjang. *Abaikan BM aku*. Part tu la yang korang akan rasa "wah bestnye", waktu tu jugaklah hati korang berbunga-bunga indah sambil menyanyikan lagu-lagu indah seperti A Thousand Years? Hahahaha. Aku ni dah taksub Twilight. Maaf sekiranya ada typo pasal Edward Cullen ke Bella Swan ataupun Jacob yang kacak lagi handsome lagi tinggi lagi gentleman lagi dan lagi dan lagi.
Suka dengan mata Edward!!!Boleh cairkan hati perempuan aku..Hakhakhakhak
Pernah tak korang baca novel yang ending tak happy?
"Kalau ending tak happy takdenye orang nak beli novel. Dah lama orang mengamuk-ngamuk habiskan duit ending tak happy"-ummi
10 points for ummi. Kadang-kadang, aku mengaku yang ada juga aku taksub dengan kehidupan dalam novel sehingga aku tak sedar yang hidup seseorang bukan ditentukan oleh manusia seperti novel. Semua itu rekaan oleh manusia sedangkan hidup kita di muka bumi ditentukan yang di atas sana.(baca dalam nada serius)
Walau bagaimanapun (penanda wacana la pulak), setiap novel mempunyai isi dan juga istilah tersendiri yang boleh dikaitkan dengan kehidupan. Pengajaran dalam novel tu boleh diselitkan dengan kehidupan kita yang ibarat roda. Awal-awal menghadapi kesusahan tu sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan dan perancangan Allah itu mahal adil. Diberikan kesusahan untuk balasan kesenangan nanti. Tak gitu yang diceritakan dalam novel???
Tapi kalau nak harapkan hidup kita ni 100% macam novel tu taklah kot. Tak tau la kat luar sana ada yang hidup seakan-akan atau sejibik macam novel. Cercite sikit.. :P
p/s: Apa-apa pun kan best kalau hidup aku macam novel Kampung Girl. Kawen dengan orang kaya rumah ada lif lagi..hahaha..
Lots Of Luv,
Fatin Aziz...
10 comments:
blog yang cantik..design menarik.. good job blogger :) menggunakan teknik SEO..SEARCH ENGGINE OPTIMINIZATION untuk blog..
http://searchsecure.blogspot.com/2013/03/dapatkan-backlink-cara-mudah-rahsia-seo.html
novel ialah dunia untuk kita melarikan diri daripada realiti. escapism ialah apa yang kita dpt drpd membaca novel. fuh dah lama x baca novel.
mizzyn.blogspot.com
teruskan membaca novel ye..hehe :)
nice...biase lh hidup semua org x same...:D
betul!! :D
life dlm novel pn ada suka duka jgak. nak reka life sndri, main the sims.. suka sgt main game ni. nice entri sbb ramai antara kita nk life mcm dlm novel2.
thanx for reading.. :)
haha pun boleh macam tuu..
dulu pernah jgak baca 2 3 novel masa sekolah menengah,
lepas sekolah memang tak baca dah..hilang minat..
lelaki mmg la tak minat..kalau perempuan tak beli benda lain pun xpe..beli novel je...hehe
Post a Comment