Assalamualaikum
Genap 15 hari berpuasa. Yeay nak raya dah. Sedih puasa dah nak habis dah. Tahun depan pulak berjumpa kalau ada umur yang panjang. Persiapan dah buat ke belum cik akak, cik abang, makcik-makcik dan pakcik-pakcik sekalian? Kalau dah buat bagos la. Persiapan last minute tak elok. Biar aku je buat at least tak sesak sangat shopping mall nanti. Takde la keluar taring harimau, kuku panjang singa nak berebut, bercakar dengan orang sebab nakkan baju yang sama kan..
Raya-raya ni benda paling penting untuk gadis-gadis diluar sana bukan baju raya ye. Tapi muka. Harus nampak berseri, cantik, mulus lagi tulus. Jadi aku nak tanya pendapat korang produk apa yang paling trending sekarang ni. Aku guna Olay White Radiance tapi sekarang ni macam olay nak bertindak jahat sebab muka aku asyik berminyak dan berjerawat. Exam dah habis sebulan yang lepas tapi muka still nampak macam tengah bertarung antara hidup dan mati dalam dewan exam yang sejuk tahap kutub utara tu.
Ada hitam-hitam sikit kat muka aku tu jerawat la. Tension bak hang.. Cuti sem ni aku asyik berkurung je dalam bilik. Usaha untuk dapatkan tona sekata. Hakhakhak. Taknak sunburn. Cukuplah waktu study sunburn. Tu memang takleh nak elak. Kalau nak pergi kelas WAJIB kena sunburn. Kan best kalau macam negara omputeh. Summer je cuti. Muehehe
Lebih kurang 2 minggu lagi nak raya. Gagahkan jugak taip entry sebab weekend ni nak keluar beli cuci muka baru sebab yang lama dah habis. Rasa macam nak try yang baru. Dah setahun aku guna Olay. Memang muka aku ni jenis yang set cukup setahun tukar baru. Dulu guna Oxy. Jahanamkan muka aku jugak bila nak masuk setahun. Awal-awal je setia bagai Edward dan Bella. Muehehe
Mintak jasa baik tuan puan, dato datin, tan sri puan sri drop comment kat bawah je. Pemerhatian akan dilakukan. Kerjasama anda amatlah dihargai. Tolong menolong amalan mulia. Siapa yang dapat nama kalau muka aku berseri di pagi raya nanti kalau bukan (mestilah bukan korang) jenama produk tu. Hehehe
Lots Of Luv,
Fatin Aziz...
11 comments:
My mom ada jual produk ni. Memang berkesan lah. :) Dengan izin Allah.
Boleh tengok fb personal dia.. -> https://www.facebook.com/Liabeautyspa?fref=ts
Kalau nak terus pegi info produk tu, just SMS/Whatsapp 0138693325.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=274846535981445&set=pb.100003683033504.-2207520000.1374758041.&type=3&theater
Ni page dia : - https://www.facebook.com/SabunGlutaMagicCream boleh order online =)
thanx for sharing..nnti saya tgok ye.. :)
muka ai pun sensitif jugak dulu. but now alhamdulillah dah makin ok. cuma kekadang je lah jerawat menumpang. ai pakai set D'herbs,, bkn set sgt pom.. just krim mutiara n bedak sejuk.. n kapsul.. n fyi,, muka ai tak boleh guna apa apa jenis cleaner face. kalo pakai je, terus naik balik jerawat tu. so, ai just cuci muka pakai air biasa je lah... n lagi satu, try amalkan mkn vit C blackmores.. boleh didapati di guardian, watson or farmasi.. okeh ! :D.. sharing is caring.
ok thanx..tapi kalau boleh nak elakkan makan sebarang ubat..saya pernah makan ubat yg doktor bagi..agak ganggu period jugak and smpai skrg walau dah setahun stop tetap period tak tetap..
muke leyla mmg xleh tahan oxy and olay tu , jahanam habeh muke , sekarang leyla gune d'gistee beauty . mmg mnjadi . harap kekal mnjadi la .
thanx for sharing.. :)
cik nurani skrg pakai pelembab safi dan bedak biasa jer. setakat ni masih okey..mukak cik nurani jenis yg kering jd guna pelembab je lah. dulu memang suka tukar2 produk sbb nak cari yg mana btol2 sesuai,alhamdulillah mukak ni x pernah meroyan lagilah setakat ni mgkin sbb muka jenis yg x sensetif. ada pun bminyak sket.hehe. x sure mana nak rekomen pd fatin sbb cik nurani x pndai sngt bab2 ni tapi mukak fatin jenis yg sensetif ea? baik guna bedak sejuk tiap malam.. guna yg beras punya.
Saya pakai bedak talcum ja. hehe
ce try gune bedak tanaka. orang kata berkesan. tapi xtaw la betol ke dak. saya gune produk safi je :)
try la nak cuba shaklee..set kecantikan kulit, alfalfa dengan vitamin E http://bubblescantiksihat.blogspot.com/2013/07/kebaikan-esp-untuk-kulit-yang-cantik.html
thanx for every suggestions..nanti sya pikir nak pakai yg mana..hehe
Post a Comment