Wednesday, November 21, 2012

6 Ciri Wanita Tak Layak Jadikan Isteri

 Terkejut atau tidak yang fatin aziz sedang membincangkan soal isteri mithali?
Ye ini memang owner blog ni yang menaip. Tak tipu. -_-
 Faktor usia la katakan, memang seronok pun cakap benda-benda macam ni. Aku pergi kelas, dalam kelas, atas bas, turun bas, tunggu lecturer masuk kelas,semua bercerita pasal kawen. Dah naik menggelegak tahi telinga aku dengar.

Jom kita baca kat bawah ni. Semoga mampu mengubah kita sebelum terlambat. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Eh3 ada kena mengena ke? Mesti la ada kena mengena. Nak kawen pun kena prepare fizikal dan mental jugak. Ye dok? Jangan main terkam je. Nak kawen, terus je kawen.






1. Al-Anaanah:
Banyak keluh kesah. Selalu merasa tidak cukup, apa yg diberi semua tidak cukup. Diberi rumah tidak cukup, diberi motor tidak cukup, diberi kereta tidak cukup, dll. Tidak redha dengan pembelaan dan peraturan yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa mengira perasaan suami, tidak hormat kepada suami apa lagi untuk berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yg suami beri pun tidak pernah puas. Ada saja yg tidak cukup.


2. Al-Manaanah:
Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tidak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Padahal suami sudah memberi perlindungan bermacam-macam padanya.


3. Al-Hunaanah:
Ingin pada suami yg lain atau berkenan kepad lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami / lelaki lain. tidak redha dengan suami yang ada.


4. Al-Hudaaqah:
Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan pelbagai ancaman seperti ingin lari dari rumah, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami, dll. Suami dibuat seperti kulinya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.


5. Al-Hulaaqah:
Sibuk bersolek atau tidur atau bersantai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak2, dll.


6. As-Salaaqah:
Banyak bercakap, menggosip. Siang malam, pagi petang asik menggosip saja. Apa saja yang suami lakukan selalu tidak betul dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan sahaja bercakap di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, facebook dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.


Tak ada niat nak mengaibkan sesiapa. Sekadar berkongsi pengetahuan di samping jadikan panduan dalam hidup suatu hari nanti. 
InsyaAllah~~~ 


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

13 comments:

mocha caramel said...

oh....

NURSHAHIRA SAIDATUL HASNA said...

bukan senang nak jadi isteri solehah..
bukan sekadar nama je isteri,tapi perangai pon biarla gaya macam isteri:)

Arina Shamsul said...

nice entri dear :) peringatan kepada isteri2 macam akak dan bakal2 isteri :)

done follow :)

Unknown said...

menarikk..

Unknown said...

fariz kena ingat nih

Fariz Reza Dot Com

fatin aziz said...

amboi laju je nak ingat bab ni ek..hehe

fatin aziz said...

thank you sis..done follow u too :)

fatin aziz said...

yup thats right..and congrats for u cuz being a super duper younger mommy :)

fatin aziz said...

:)

amirul hakim said...

bagus entri ni.nice sangat ;)

fatin aziz said...

thanks :)

win3 said...

bagus Tin, semoga istri aku terjauhkan darienam sifat itu

fatin aziz said...

insyaAllah..amin :)