Memandangkan aku tak ada kerja sepanjang cuti midsem ni *assignment menggunung sebelah laptop* aku pun skodeng la blog-blog kawan aku. Then terjumpa artikel ni. Aku memang suka baca benda-benda yang dikaitkan dengan personaliti ni.
Baca pastu baca. Aku pun senyum sorang-sorang. Bukan gila okay!
Nak tau aku yang mana?
Korang baca dulu dan tengok korang no berapa lepas tu kita COMPARE!!!
Nak tau aku yang mana?
Korang baca dulu dan tengok korang no berapa lepas tu kita COMPARE!!!
1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual.
Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah,
wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir
sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti
ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia.
Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak
jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun,
ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup.
Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan
boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan
hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak
peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan
hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya.
Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda
tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya
teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.
5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku.
Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai
perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan
kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah
ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan
akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita
ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia
menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat
romantiknya.
7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung.
Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah
menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah
mengalirkan air mata.
Dah baca? Korang no berapa?
Aku no 3!!! Siapa sama? Give me five.
Banyak kali juga aku cuba untuk kurangkan jalan menunduk ni sebab bagi aku jalan menunduk ni macam budak nerd atau yang tak berapa nak betul.Tapi lepas baca artikel ni terus bangga you olls. Nak jalan menunduk terus la macam ni. :P
Berbual dengan orang yang rapat adalah diri aku. Orang yang tak kenal aku akan label aku sebagai pendiam tetapi orang yang rapat dengan aku akan segera menjuihkan bibir sambil berkata
" dia ni pendiam? dia ni la yang paling mangkuk ayun dalam geng kitaorang"
Bersikap dingin pun betul gak. (wah terus terang ko fatin!!). Aku ni dingin bertempat. Aku jenis tak suka kalau aku tengah ada problem orang pergi dekat aku then tanya aku " kenapa ni?" , "ceritalah kat aku", "siapa buat ko sakit hati?" Aku akan cerita jugak nanti tapi biar aku reda dulu karang tak pasal-pasal aku marah kat orang lain, kawan aku pulak kena penyepak bertuah aku (wow ganas minah ni)
Yang paling penting...." dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya." Tolonglah percaya kat aku. Aku tak tipu * sambil buat muka comel*
Aku tak pernah bercinta even cinta monyet so once aku bercinta nanti, akulah wanita paling setia sekali..Muehehe..
Promote diri jap. Cinta muka buku dah banyak. Cinta blogger ada ke belum ek? Kena cetus fenomena baru ni...*tangan di dagu*
Kbye~~~
Lots Of Luv,
Fatin Aziz...
Aku tak pernah bercinta even cinta monyet so once aku bercinta nanti, akulah wanita paling setia sekali..Muehehe..
Promote diri jap. Cinta muka buku dah banyak. Cinta blogger ada ke belum ek? Kena cetus fenomena baru ni...*tangan di dagu*
Kbye~~~
Lots Of Luv,
Fatin Aziz...
23 comments:
BW disini..dah follow jugak...jemput ke sini^_*
http://dieejaaminho.blogspot.com/
Haha ! aku pun xtaw la car jalan aku cmne . humm , kdang 3 , kdang 6 dan kadang 1 !! OMG ! xkan mlot aku lazer ? huaww ! Belum knal mna thu . Hehe... Aku xlazer pun . Kalau xcya cetry tnya kwan2 Dyah . Diorng pasti kena . Arhh ! sudah , mengrut daa... hehee... peach !
i will..thanks for your follow :)
haha..xpe2..lama2 tau la cara jalan tu macam mna..hehe
wahh..no 3 jgk
http://nurulnamasaya.blogspot.com/2012/11/jom-cuba-hollywood-makeover.html
hehe..sama la kita.. :)
alaaa xtau lah no bape...xpe nnt nk test =)
haha..boleh plak mcm tu ek..cer try jalan..hehe
2,3 and 5. hehe
byknya..heehe
no 3 jugak... sampai member lalu pun boleh tak nampak.. hehehe..
haha..itu sudah perkara biasa :)
aku no 3 tp mst ada yg ckp aq no 7 gk..hahaha
kekeliruan sbb time jln,aq tgk jln. x sedaq aq jln style cam na :P
mmg pun..ang no 7 sepatutnya..haha
no 3 hewhew betul ke? anyway setiap org lahir dengan cara tersendiri
sekadar perkongsian.. yang salah dtg dari diri sendri yang betul dari Allah SWT :)
good job...thks for sharing
welcome :)
info yg baik utk dikongsi..tq
alamak..tak taw pulak camane farah jalan..hee :D
cer try bangun jalan..hek3
nice entri :)
Follow Blog Ni Kalau Sudi :)
http://mynameishafizah.blogspot.com/
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
Post a Comment