Tuesday, April 9, 2013

OMG OMG OMG..Oh Pimples!

"aaarrrrgggghhhh jerawat dah naik"
Itulah ayat normal bagi bebudak perempuan..

btw sebelum terlupa..
Assalamualaikum... :P

Sejak cuti midsem ni makin gedik la pulak jerawat ni nak naik kat muka. Dalam banyak-banyak muka orang lain kat dalam dunia ni muka aku jugak yang berkenan. Kalau naik jerawat waktu belajar boleh terima maybe sebab stress belajar plus berminyak sebab aku saje je duduk bawah matahari lama-lama nak feel macam omputeh. Orang kata "sun-bathing"??Ha tu la aku..

Aku rasa cuti ni dah habis relax dah aku buat badan aku. Semua benda aku lupakan even pelajaran aku walaupun next week ni ada test.Wakakaka..

Aku paling tak suka dengan jerawat. Actually semua orang kot tak payah la nak aku sorang kan. Sebabnya cuma satu iaitu aku suka picit jerawat tambah-tambah yang ada nanah. Lepas nanah tu keluar mula aku menggelupur kesakitan pusing satu rumah melompat-lampat, merangkak-rangkak, berguling-guling tahan sakit. Waktu buat tak hirau pun. -_-


Haa macam ni la. Naik seriau la pulak tengok gambar ni.

If kat muka orang lain ada jerawat pun aku rasa geram.


Me: Adik, muka adik tumbuh jerawat la..

Adik: Jap nak tengok..A'ah la ada jerawat.

Me: Jerawat adik ada putih-putih (nanah la ). Sini kak fatin nak picit.

Adik: Tak payah nak gedik!!!

Me: Ala..Sikit je kak fatin picit slow-slow

Adik: (terus masuk bilik kunci pintu)

Me: Wakakaka..

So nak kempiskan jerawat..(macam kempiskan perut la pulak)

Aku guna..

Oxy 10

Alhamdulillah...Bila guna oxy 10, hari ni ada jerawat kembung macam belon esok kempis macam apa2 je (takde idea).

Dah lama aku guna ni tetapi face cleanser aku tak pakai dah jenama ni. Aku guna Olay sebabnya aku pun tak tau maybe dah jemu kot. Muka aku lebih ok dengan Olay berbanding Oxy walaupun Oxy dah berbakti dengan aku bertahun-tahun sejak aku muda-muda hingus orang lapkan. Hehehe..


So disini aku nak sarankan korang guna produk bukan Oxy ataupun Olay tetapi guna produk yang korang rasa best dan best dan best dan best lagi. Aku tak jual produk so suka hati aku la nak cakap apa pun. Lain la aku jual produk aku konpem aku paksa sorang-sorang guna produk aku. :P


<SEKIAN>


p/s: mintak jasa like page online business saya ye---->Silver & Pearl Collection

Lots Of Luv,
Fatin Aziz..

19 comments:

Khalilah said...

Sanggup tolong picit jerawat adik??? Saya jerawat sendiri pun mau meroyan tengok lelama. Nak picit kena selawat bebanyak dulu... :))

ibh_sue said...

Haiii dikk Hakak yg bukan remaja ni pun kekadang kemain gatal lagi jerawat nak naik juga. Ku redhokan ja lah dia gatai nak naik. Hehehee

atiera said...

hehehe. sy pun guna oxy gak. arini letak esok da kecut. so far ok la.. hehe.

fatin aziz said...

@Khalilah biasa la geram tgok lama2 sgt bertenggek kat muka..hehe

fatin aziz said...

@ibh_sue mmg gatal akak..rasa mcm nak ambil berus je garu kat muka ni..hehe :P

fatin aziz said...

@atiera kan..cepat kecut.. :)

atiera said...

heehe. done like. jom barter like
page saya
http://www.facebook.com/atierasline

tqsm ^_^

fatin aziz said...

done dear :)

Unknown said...

mcm akak aku,, balik dari sabah mesti xsah cari jerawat kat muka sang adik ni,,

fatin aziz said...

@waddah jannah..hehe..sama ek??

Mysara Ab Rahman said...

ada 1 tips mak cik kte bgtau..sapu lipstick kt jerawat tu
kte slalu wt time skolah dlu..hee
curi lipstick ibu

fatin aziz said...

@Mysara Ab Rahman..hahaha..nak amek lipstick mak jgn harap..nak pgg pn dah kena marah sebab takut patah..maklumlah ganas pernah bagi patah lipstick mak yg bru beli..hehe

Hunny Kitty said...

jerawat dalam hidung paling seksa...hehhehe

blogwalking n f0llow anda....xoxo

fatin aziz said...

haha..dlm hidung mmg seksa..mcm nak buang je tapi sakit..hehe

Emildza Jayy said...

Seram kalau bab bab picit jerawat ni. Hehehe

fatin aziz said...

haha..seram kan.. :P

Cik Fieka Wafa said...

Selain oxy, boleh jugak try guna produk ni http://lurvehated.blogspot.com/2013/02/new-product.html dan hasilnya alhamdulillah, berkesan :)

Cik Tanpa Nama said...

salam....saya pun adamasalah jerawat jugak dulu...sampai segan nk upload gmbr...tp lepas pakai collagen rumpai laut ni alhamdulilah jerawat mengecit secara NATURAL.boleh la try :)

http://ciktanpanamaa.blogspot.com/2013/04/jangan-beli-collagen-rumpai-laut.html

fatin aziz said...

@cik tanpa nama teringin nak try..tapi saya ni geli tgok rumpai laut ni. walaupun kering tapi asyik terbyang yg mcm dlm laut..hehe