Thursday, April 25, 2013

Seronok Ke Masuk U???

Assalamualaikum...

Malam ni nak cerita sikit pasal masuk universiti ni. Hari tu aku ada buka twitter then nampak ada sorang ni tweet lebih kurang macam ni


"Hidup di universiti tak seseronok macam dalam drama petang-petang"


Aku ulang, lebih kurang ye. Maybe tak 100% sama sebab aku pun dah lupa ayat sebenar.


Bagi yang masih sekolah, akak (rasa keTUAan plak) nasihat rasai zaman sekolah sepuas-puasnya sebab nanti adik-adik akan rindu. KONFEM!!! Aku berani jamin mesti ramai bebudak sekolah yang tak sabar nak habis sekolah sebab nak masuk universiti bukan semata-matanya untuk sambung belajar tetapi sebab nak hadapi hari-hari di universiti macam dalam drama-drama tu kan?


Mengaku je la ye sebab aku pun macam tu. Waktu form 4, tengok senior-senior form 5 habis sekolah rasanya macam bahagianya diorang. Tak payah bangun pagi, tak payah iron baju sekolah, tak payah nak sental baju sekolah putih bila kotor, tak payah nak pakai baju sukan then tukar balik walaupun dah nak balik rumah, tak payah nyanyi lagu sekolah tiap-tiap pagi isnin, tak payah dengar pengetua membebel panjang lebar sampai lenguh kaki-kaki, semua tak payah!


Tetapi bila korang masuk je universiti korang akan rasa...


"Eh hari ni nak pakai baju apa ek? Semua baju dah pakai, boring la. Waktu sekolah dulu kan senang, nak tak nak baju putih je"


Waktu tengah borak-borang dengan geng.


"Eh lagu sekolah korang dulu macam mana?Siapa ingat lagi cer nyanyi sikit"
(waktu sekolah nyanyi dalam hati je)


Waktu masuk kelas lambat.


"Eh ko apsal lambat walaupun kelas start kol 10? Ni mesti alarm bunyi tapi malas nak bangun kan..."
(dah biasa lepas subuh tido balik)


Bila pakai baju kurung.


"Rajinnya ko iron baju kurung. Pakai je la baju biasa. Sekarang kan bebas.."
(nak jugak nampak macam ayu berbaju kurung. Sekolah dulu kalau boleh nak pakai jeans)


Ingat lagi tak cerita "KISAH KAISARA" yang Sari Yanti berlakon tu? Ha kalau ingat, korang nak tau tak yang aku selalu berharap bila aku tidur then esok bangun sekolah, sepanjang hari persekolahan kalau boleh nak happy je macam hidup Kaisara tapi semua itu hampeh!

So dalam hati...

"Come on...Itu drama..Semuannya lakonan"


Bila tengok cerita budak-budak study kat universiti,study group segala bagai, dalam hati...


"Bestnye...Tak sabar nak masuk universiti cepat-cepat. Happy je hidup diorang. Cepatlah masa berlalu"


Tapi sekarang semuanya dusta. Sebab apa aku cakap macam ni sebab aku tak happy pun. Setakat happy sebab masuk universiti banggakan mak bapak tu ye lah tetapi selain dari tu tak happy. Penuh dengan stress!!!


Jadi wajarlah ada je budak-budak pandai tetapi bila masuk final year, jadi stress dan gila. Ini betul!! Kawan ayah aku dah jadi dan makcik aku pun sama. Sayangkan dah final year. Tetapi ni semuakan ketentuan. Walau apapun korang kena make sure jugak dalam apa-apa hal pun jangan stresskan diri korang pada tahap yang melampau. Kalau dah rasa stress sangat better korang luahkan. Kalau taknak kat parents, kawan yang boleh percaya,tapi kalau tak percaya kan kawan, korang boleh buat something yang korang boleh rasa puas. Macam aku baling benda-benda yang aku paling sayang...contohnya baling phone kat dinding then aku rasa puas. Tapi alhamdulillah sebab tak pernah rosak, bertahan sampai 5 tahun. Korang jangan ikut lak :P


Ok itu saje ye :)



"Saya yang menulis..Kikikiki..."


p/s: Motif kepada entry ni adalah nak gtau orang-orang kampung yang assignment digit, mathematics engineering, computer programming telah selamat dihantar hari ni. Fuhhh lega!!!Tetapi masuk je kelas tadi, next week tolong submit assigment mathematics engineering II,assignment PBSM,assignment devices. Gedebukkk!!!Jatuh batu berat atas kepala. Stress balik!!!Jerawat pun seronok "bina" rumah banglo kat muka aku. Minyak kat muka aku plak rasanya cukup kot goreng wedges kat 100 orang!!!


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

12 comments:

Luqman Zakaria said...

serious kan..bile dah abes belajar nnti..barulah terkenang2 time bljar..mcm sy..hehe

fatin aziz said...

zaman u mmg best tapi tak best bila kita blajar benda yg kita tak suka which is nak spent 4 years on something yg kita x suka. msa kat asasi dulu mmg best gila sbb kita blajar benda yg kita minat & environment yg best. so mmg sya tak nafikan yg zaman u mmg best yg yang sya lalui totally tak best.. hehehe

Anonymous said...

mulut itik.. mulut itikkk..perlu ke..? Nice job on blogging.. but if you want to attract people to read your blog, the music is not necessary..
yeay, maybe, "blog aku, suka aku lah" kalau adik fikir macam tu, nampaknya u sorang lah yang akan baca blog sendiri.. keep it up..

Cik Tanpa Nama said...

iera pun dah lupa lagu sekolah..kui3

Atak said...

lawak la.. tapi tu la realiti manusia. x penah puas, ad ja x kena.. salah seorg dari golongan tu saya la.. hahahaha :p nice la blog..

fatin aziz said...

Cik Tanpa Nama...haha..saya ingat lagi sikit2..hehe

fatin aziz said...

@Amanda Sofea...hehe..thank you my dear.. :)

Unknown said...

huah,,
ika nak masuk u,eheheh,,
mesti rindu,, ngn moment skrg seprti akak ckp,, hurmm,,

fatin aziz said...

serius akak ckp konfem rindu sekolah..mak akak pernah sampai mimpi2 nak masuk sekolah..masuk u pun best tapi msa skrg ni had fun habis2 nanti rindu..konfem!!!hehe

Miss Za said...

winduu zaman form 6 :(

Unknown said...

ok la tue..ambl kos ape smpi ambl mathematics engineering?

fatin aziz said...

ambil engineering la..dah terang2 mathematic engineering..hehe :P