Wednesday, February 13, 2013

10 Perkara Disebalik Seorang Blogger

Nampak tak betapa aku dah ketandusan idea nak menulis so kira macam tangkap muat je la kan apa yang masuk dalam otak aku.....

Yang aku nak cakap bukan Fatin Liyana bukan Fatin Suhana tetapi Fatin Shazwani. Siapa Fatin Shazwani tu? Tak kenal pun.

Yang menulis ni entry ni la Fatin Shazwani..Hehehe..
Ramai sungguh Fatin menulis blog ni ye. Aku ni blogger ke? Ye la walaupun tak famous. Ahaks!

Aku ni orang yang macam mana ek? Bagi yang nak tau nah ambik ni. 10 perkara tentang aku. 10 je tak banyak. Sekali nafas je korang boleh habiskan baca..


1) Aku ni peminat tegar novel.
Baru tahun lepas minat novel. Setakat ni dah ada lebih dari 10 novel kot agaknya :)


2) Aku ni seorang pendiam.
Aku ni pendiam bagi orang yang tak mengenali diri aku.


3) Seorang yang gila-gila.
Macam mana gila aku? Lebih kurang sama la dengan orang yang tinggal kat Tanjung Rambutan. Wakaka..Hanya kawan aku je yang tau kegilaan aku tahap mana.


4) Seorang yang amat cerewet.
Kalau nak beli barang apa-apa aku memang susah. Sebab aku akan cari sampai aku jumpa taste yang aku nak. Selagi tak jumpa aku takkan beli even benda tu teramatlah penting untuk aku beli.


5)Suka travel.
Once abah aku cakap " eh tiket AirAsia ada murah. Jom pergi sini....". Aku teramatlah teruja. Berjalan kaki jauh pun tak kisah. Tapi MERENTAS DESA sekolah dulu aku yang selalu ponteng. Hahaha..


6) Suka shopping.
Normal untuk perempuan. Tapi jangan risau aku shopping tak habis duit punya. Aku suka jalan-jalan kat mall sambil cuci mata. So kalau aku kawen dengan anak jutawan pun InsyaAllah tak bankrap punya. :P


7)Seorang yang minat gila social networking.
Semua aku ada. Dari zaman Friendster sampai la Twitter. Tapi aku akan hardcore on9 bila cuti. Bila study pandai2 la aku nak hidup antara belajar dengan blog ni.


8) Seorang yang setia.
Yang ni aku je syok sendiri. Tak tau la setia ke tak sebab tak pernah ada someone lagi. Tapi aku rasalah aku ni setia pada yang satu kot kalau orang tu tak buat masalah. BETOL TAK GIRLS???


9) Budak yang sentiasa berangan.
Ha yang ni memang aku mengaku. Kalau aku duduk sorang-sorang memang aku berangan. Berangan nak rumah besar mana, nak beli kereta apa, nak bercuti kat mana, nak pelamin macam mana, nak suami macam Zain Hakimi. Eh?


10) Aku adalah aku
Maknanya aku ni lebih suka jadi diri sendiri. Buat apa nak jadi orang lain sedangkan kita ni cuma satu je dalam dunia. Ye dak???? Cuma kalau yang buruk tu kita ubah la. Janganlah sebab nak jadi diri sendiri yang jahat pun tetap jahat pulak.....


p/s: 10 je. Buat la gi 10 bagi 20. Takpe la, nak pikir yang 10 ni pun termengah-mengah tengok cermin tentang diri aku ni..Hehehe..





SEKIAN...


Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

17 comments:

Unknown said...

Berangan nak suami macam ZainHakimi yaaa? :)


Jom join GA Aimi dear :)

http://aimisyafiqahsuhaimi.blogspot.com/2013/02/first-giveaway-by-marshmallow.html

fatin aziz said...

haha..mestilah.. :P
baru je publish tak sampai 2 minit dah ada yg komen cepat sungguh..hehe

Nadiaafarhanaa said...

amboi zain hakimi hehe...nanti jadi kenyataan .......hihihi

Unknown said...

yes my dear be yourself no one better :) nice entry..keep blogging sweetie! :D

fatin aziz said...

@nadia farhana nak zain hakimi yg baik la. yang jahat tu xnk la..haha

fatin aziz said...

@seneorita baharin betol! just be myself.. :)

Unknown said...

hihi. minat novel? sama lah kita !!!!

fatin aziz said...

ye minat sangat2... :)

Cik Tanpa Nama said...

suka travel n berangan erk? siip2 sikit..same la kite..haha

fatin aziz said...

haha..same ek..give me ten..boleh travel sma2 nanti..hehe

Unknown said...

hahaha..kita punya minta yg sama...baca novell..:P

Unknown said...

hahahaha, ada lar persamaan sikit.. satu lagi blogger nie peka akan detik-detik yang bermakna dalam hidupnya.

fatin aziz said...

@Lyeen De Syifa oh ye ke..mmg perempuan suka baca novel la..hehe

fatin aziz said...
This comment has been removed by the author.
fatin aziz said...

@nik.. oh ye ke..sya tak pun..

Nick Nashram said...

saya memang kaki shopping.
duit gaji 5k boleh habis dlm sebulan..hahah

fatin aziz said...

klau saya sehari je bolah habiskan 5k tu.ahaks!