Sunday, January 20, 2013

Lelaki Cuba Rasa Sakit Bersalin






Lelaki Cuba Rasa Sakit Bersalin - BELANDA : Dua penyampai berita Belanda, Dennis Storm dan Valerio Zena mahu merasai kesakitan yang dialami oleh kaum hawa ketika melahirkan anak.
Bagi tujuan itu mereka dibenarkan merasaikan kesakitan berkenaan secara simulasi, namun hasilnya, kedua-dua lelaki berkenaan hanya mampu bertahan selama dua jam.

Mereka menyifatkan kesakitan yang dialami itu sebagai satu siksaan.
Storm dan Zena mendedahkan mereka melakukan ujian itu untuk merasaikan pengalaman bersalin selepas mendengar bahawa ia paling menyakitkan di dunia.

Malah ketika memasang alat itu, Zena sempat bertanyakan kepada jururawat “Adakah awak rasa kesakitan ini akan membuatkan saya menjerit,” .

Soalan itu dijawab oleh jururawat ` ya, sudah pasti’.

Biarpun ketika memasang alat berkenaan, kedua-duanya cuba bergurau dan ketawa, namun wajah mereka menunjukkan kesakitan sebenar yang mereka alami.

Dengan pengalaman yang dilaluinya itu, Zena kini berfikir dua kali untuk memiliki anak kerana tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesakitan ketika bersalin.

Zena dan Storm bagaimanapun bukan lelaki pertama yang cuba merasai kesakitan berkenaan.
Pada 2009, Dr Andrew Rochford melalui pengalaman sama untuk program TV, What’s Good for You.

Dua jam kemudian, muka Rochford hampir bewarna biru ketika dia sedang menahan kesakitan. – Webberita | Terkini


p/s: Betapa kuatnya kaun hawa ni. So jangan pandang kaum hawa ni sebelah mata walaupun kami merupakan kaum yang lemah :)

Lots Of Luv,
Fatin Aziz...

14 comments:

Rozita Ceritaita said...

nikmatnya menjadi seorang ibu...

fatin aziz said...

betul3..hehehe

iha said...

Gilo ko doghang tu, huhu.. apapun, atleast kita tahu kenapa syurga dibawah telapak kaki ibu kan :)

fatin aziz said...

yeah!!! thats true!!! :)

Bunga said...

bagus la ade alat mcm ni. lelaki wanna try???

fatin aziz said...

haha..ada ke lelaki yang berani nak try.. :P

Azera Aziz said...

As Salam Fatin...

Ayyak ini macam pun ada ka? Adoiii pening le mcm ni...:-D

Anyway Azera sedang mencari bloggers yang sudi sponsor untuk Giveaway...Kalau sudi la..Kak Azera dah follow sini..

tengok kat sini yer..

[INFO] Pencarian Sponsor Untuk Giveaway Azerawati [dot] com kali ke-2

fatin aziz said...

wassalam Azera..hehe tu la pelik2 btol perangai orang skrg ni..

BTS said...

dah tak perlu rasa sakit nak cuba-cuba rasa pulak...mesti tak 100% sama

fatin aziz said...

itu sudah pasti!!! :)

Anonymous said...

hargailah ibu kita...

^^

akumann2803 said...

Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com. ..sayangi ibu anda :)

fatin aziz said...

betul!!!

seribupilihan said...

itulah kelebihan wanita.sakit macamana sekalipon dia mampu melahirkan anak..ini juga menunjukkan wanita ini sebenarnya kuat..lelaki pon tak tertanggung..klu diberikan peluang lelaki beranak rasanya sekali sahaja dlm hidup sebab lelaki tak tahan sakit..dlm perubatan ada hormon wanita yg mampu mengekang kasakitan wanita ketika bersalin..lelaki takde hormon nie wlupon dah bertukar jantina..:-)