Monday, January 28, 2013

Melawat Popular Pulak!!!


Assalamualaikum :)

Hari Ahad lepas aku keluar la jalan-jalan sambil window shopping memandangkan plan nak gi holiday kat Penang diberi notis batal 24 jam sebab nak tengok cerita Main Hoon Na dan juga sebab Shah Rukh Khan. Ni abah aku punya pasal la. Aku punyalah semangat dah buat list  nak beli kasut, baju, novel, beg dan macam-macam lagi seolah-olah aku ni jutawan terkemuka di Malaysia ni.

So pergi je la Tesco memandangkan my mommy (ummi je la tak payah nak berlagak omputeh sangat) nak beli barang dapur. Lepas je beli barang dapur aku terus menghilangkan diri menyelinap sambil merangkak macam askar upahan masuk ke dalam popular sambil menginjak-injak kaki tengok novel-novel yang menggunung.

Masuk tanpa bermodalkan satu sen pun, keluar balik dan buat muka innocent kat abah mintak duit. Bagilah rm50. Dalam hati "Cukup ke tak ni ek? Tapi aku nak beli dua je. DUA JEEEEE.."


Taraaaaa...Ni la novel yang aku beli.


Duit baucer buku 1Malaysia tak dapat lagi so guna duit abah la dulu..Hehehe..

Aku pilih berdasarkan TOP RATING and of course la cerita pasal kawen paksa. Boleh tau dah sekarang ni trend cerita kawen paksa. Perempuan umur 19 lelaki 20++.

Sebelah popular ada kedai iProduct. Kedai ni semua benda jenama Apple. iPad, iPhone, Macbook dan apa2 je la yang ada gambar apple kena gigit sikit kat depan tu.

Aku pun skodeng la iPhone. Aku pernah cakap yang tetiba aku minat iPhone kan. Klik SINI untuk baca entry lepas. Bila tengok harga terus tak jadi. Tengok pulak iPad. Murah la sikit dari dulu. Abah aku beli 2000++. Sekarang ni 1000++. Tapi aku tak nak iPad sebab besar sangat aku malas nak bawa dalam beg, berat. Then terpandang mini iPad. Harga 900++.

Haruslah bibirku tersenyum...

Sekarang ni aku tengah consider sama ada nak beli mini iPad ke atau galaxy tab? Kawan aku suggest galaxy noteII. Harga berapa ek? Tapi aku kalau boleh tak nak la beli hp baru sebab yang aku baru 2 tahun. So nak bersabar dulu....

Hhhhmmmm..Meleleh lagi air liur aku..wakakaka


Gambar terbaru!!!
Hot lagi panas lagi meletop lagi bajet ko ni hot Patin. :P
*lama tak gila glam di belog sendiri*
Lots Of Luv,
Fatin Aziz..

21 comments:

Cik Tanpa Nama said...

wahhhh ipad dah murah ea....iera pun dah lama mengidam ipad ni..huhu

fatin aziz said...

ye..dah murah sikit..bolehla kalau nak beli..hehe

Nadiaafarhanaa said...

ala comelnye dy

fatin aziz said...

@ nadia farhana biasa2 je.. nadia lagi comey.. :)

fatin aziz said...

@ nadia farhana biasa2 je.. nadia lagi comey.. :)

Unknown said...

salam..do follow my blog fatin...tq sweetie!
http://mrsupham.blogspot.com

fatin aziz said...

i will :)

nadia said...

Wah, bestnya beli novel.. :)

fatin aziz said...

hehe..dah habis baca satu!!! :P

Diari Si Froggie said...

Abah peminat tegar SRK eh? haha.. Ha tudia borong dua novel dah tu. mohon review nanti :P aida dulu pun minat iphone tapi sampai sekarang satu2 jenis hp canggih pun tak ada dalam tangan :P

seribupilihan said...

lebih baik simpan duit tu dulu klu dah ada hp baru..nanti dah buruk beli yg berkenan tu..mesti harga dah turun dah masa tu,murah..hehe..:-)

fatin aziz said...

@Aida Omar..a'a peminat setia SRK.klau cite yg lama zaman SRK muda pun dia tgok. InsyaAllah akan review nanti..

fatin aziz said...

@seribupilihan tu la lgipun hp x rosak lagi. tpi mslhnya bukan nak beli hp nak beli gadjet mcm tab or ipad yg boleh surf tenet kat mna2 :)

Lady ★ Hanna said...

novel "kalau memang harus begitu best ! * jom join segmen hana pulak ;) bnyak hadiah taw ;) mana tahu anda yang bertuah ;)

fatin aziz said...

ye ke best? tak baca lagi.. baru habis rindu dalam sepi..hehe

nabila biela said...

dah review belog awk..jmput bacer^^...http://comey-comeyblog.blogspot.com/2013/01/3-blog-random-review.html

shameel Iskandar said...

wah minat novel ni smpai borong dua sekaligus..

fatin aziz said...

@nabila biela.. thank u so much :)

fatin aziz said...

@shameel klau boleh nak beli semua..hehehe

Unknown said...

As Salam
Sy da khatam baca novel Kalau Memang Harus Begitu by Acik Lana....Best novel 2...:)

fatin aziz said...

saya baca baru separuh :)